Posts

Showing posts from 2016

9 bulan 10 hari?

Image
39 minggu 2 hari.  hai readers. penulis belum bersalin lagi hehehe. so confirm lah anak kami ini adalah Baby September. syukur ke hadrat Allah kerana telah memberiku nikmat mengandung hingga ke 39 minggu atau mungkin jejak 40 minggu. lebih 9 bulan dah kandungan ni dibawa ke mana-mana. Alhamdulillah atas nikmat ini, Allah sentiasa menjaga si ibu dan bayi. pernah banyak kali nak terjatuh atau tergelincir tapi setiap kali itu juga Allah selamatkan kami. terima kasih ya Allah, Dialah sebaik-baik pelindung. sebak pulak, pengalaman mengandung ini bakal berakhir tak lama lagi bila aku dah melahirkan. aku pasti tak dapat melupakan setiap suka duka susah senang membawa zuriat dalam perut selama lebih 9 bulan. rasa terima kasih yang tak terhingga kepada suami yang melayan isteri mengandung dengan super tip top. begitu terharu bila dikenang.  dari awal mengandung yang diserang alahan dan emosi tak stabil. 2nd trimester yang berselera hebat. dan 3rd trimester yang sentiasa isteri ini

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Assalamualaikum. bertemu kembali. penulis masih belum bersalin dan sedang menunggu hari dengan penuh kesabaran dan perasaan berdebar. lagi 3 hari kandungan dah cukup 37 minggu, consider full term dan baby dah cukup matang untuk dilahirkan. Jadi sementara menunggu baby nak keluar, mari kita kongsikan sedikit pengalaman ibu mengandung ini tentang 'scan baby' sepanjang check up di Klinik Kesihatan.  Baru-baru ni masa kandungan dah genap 36 minggu, adalah kali terakhir ibu tengok baby melalui ultrasound. dan sebelum itu, Klinik Kesihatan scan baby pada usia kandungan 10 minggu dan 29 minggu. Jadi kita start dari scan minggu ke 10. Ibu mula buat buku pink masa kandungan 5 minggu 3 hari. buat awal sebab kandungan pertama, excited nak tau betul ke mengandung. lepas cek UPT +ve bila 10 hari lewat datang bulan. disebabkan ibu memang tak ada masalah period, kalau period datang lambat berbungalah harapan di dalam hati. InsyaAllah hamil. Klinik Kesihatan tak akan scan masa kandung

Jurugambar Perkahwinan Muar EzyWedStudio

Image
Assalamualaikum. entry ni khas nak share gambar-gambar kawen sahaja. Ok. aku dapat harga yang sangat berpatutan dengan servis untuk hari nikah dan majlis sanding pada dua hari yang berbeza iaitu Jumaat dan Sabtu iaitu harga bawah RM1600.00, cover majlis nikah, majlis sanding dan outdoor. Fotografer ni aku memang tak kenal and dapat contact pun melalui Google je. aku booking 4 bulan awal dari majlis, kebetulan slot tarikh majlis kami masih kosong. kami cuma deal melalui wassap dan email sahaja. tak ada jumpa pun, aku konfiden dengan hasil kerja beliau melalui Facebook Page beliau iaitu EzyWedStudio.  Korang boleh search sendiri, dalam Intagram pun beliau guna nama yang sama jugak EzyWedStudio cuma mungkin beliau jarang post latest update sebab team diorang super busy tetiap minggu ada job. But seriously service sangat bagus, sporting sepanjang majlis dan hasil kerja boleh dapat lepas 2 bulan dari majlis. pantas bukan? customer akan dapat album glass cover, 1 frame gambar

Jodoh dan Rezeki.

Image
  Benarlah jodoh itu rahsia Allah. datanglah sejuta calon pun, kalau dah jodoh kita dengan seseorang, Allah telah sediakan episod pertemuan dan perjalanan menuju perkahwinan melalui jalan yang tidak kita sangka. Tak pernah terfikir akan kawen dengan orang yang berasal jauh dari bumi Kelantan. Tak pernah terfikir juga berjodoh dengan lelaki yang lebih muda 4 tahun. (Nasib baik aku ni awet muda kahkahkah). Kita mula kenal pada tahun 2013, masa tu umur aku dah 26 tahun. Actually dari umur 23 hingga 25 memang aku kerap fikirkan soal jodoh. Siapalah gerangannya kenapalah tak jumpa-jumpa lagi. Then bila aku stop fikir, tak semena-mena ia datang.  Berkahwin di usia 28 tahun pada tahun 2015. Aku panjat rasa syukur Alhamdulillah. Allah beri jodoh pada masa yang tepat, masa kita benar-benar dah sedia.  Allah kurniakan jodoh yang tepat, slow-slow hidup aku jadi tersusun.  Masa aku decide nak kawen tahun 2015, beberapa perkara juga Allah susun dalam hidup aku. Dari seorang

Perubahan Fizikal Ketika Mengandung.

Image
Assalamualaikum. lama dah kan tak nampak penulis?. this is me pada 33 minggu kehamilan. ada beza ke dengan sebelum pregnant? Sejujurnya aku ni memang dah mengembang sebelum kawen lagi. sejak plan nak kawen (a year b4 wedding date) hati memang riang kuat makan, hati senang lah orang cakap. dari 60kg ke 67kg. plan nak diet sebelum kawen pun kelaut sebab aku baru dapat kerja kerajaan (ofis hour) April 2015. faham-fahamlah kerja menghadap PC, duduk berjam-jam, menternak lemak lah jawabnya jadi perancangan untuk lose weight gagal sama sekali. aku memang kawen masa tengah gemuk. mujur baju wedding yang ditempah tu muat dengan badan. lepas kawen memang aku plan nak terus dapat baby. memandangkan umur aku masa kawen pun dah 28 tahun. beberapa bulan sebelum kawen lagi dah mintak kat Allah agar diperkenankan hasrat nak dapat baby secepat mungkin. Alhamdulillah Allah makbulkan doaku. kalau ikutkan usia kandungan aku sama dengan usia perkahwinan jugak. aku nikah 11/12/2016 and EDD a

Pregnancy: Cara Kira Gerakan Baby

Assalamualaikum.  Hari ni nak share sikit tentang info dan pengalaman mengandung dalam bab mengira pergerakan baby dalam kandungan. Ok. Biasanya bila dah pregnant 20 minggu dan keatas, mommy dah boleh rasa gerakan baby dalam perut. mula-mula akan rasa slow je macam kena sentuh-sentuh jentik jentik je camtu. tapi apabila kandungan makin membesar iaitu 24 weeks, mommy akan mula rasa kena kick dengan kuat sampai bergoyang-goyang perut.  Klinik Kesihatan akan minta mommy catat pergerakan baby apabila genap kandungan 28 minggu. Ramai yang konfius cara betul nak kira, ok, ini yang aku dapat kongsikan apa yang nurse kat KK tempat aku ajarkan. Cara kira adalah tetapkan waktu dalam sehari tu 12 jam, biasanya dari pukul 9 pagi sampai 9 malam. Gerak baby mesti lebih dari 10x gerakan kuat. So mommy jangan bangun lambat sangat. Hahaha. Let say start jam 9 pagi, fokus untuk rasa pergerakan baby yang paling kuat dan paling lama, kalau boleh yang lebih 20 saat gerakan. dan catatkan ia se

Selamat Hari Raya 2016.

Image
Alhamdulillah. tahun ini 1st time beraya sebagai isteri. dah lama berangan nak beraya dengan suami. Ecewaahhh. sebenarnya beraya bertiga, dengan my baby dalam perut dah 7 bulan kandungan. Kalau ikutkan macam dah sarat, tapi gagah je sambut raya. cuma tak ambik gambar je sebab gemuk. Kahkah, tak boleh terima kenyataan. Kami pulang beraya di Muar terlebih dahulu, sampai Muar malam Selasa. aku off day hari Selasa je. so sempatlah bersahur dan berbuka puasa kat rumah mak sehari sebelum raya. Raya pertama cuma husband aku je menantu lelaki yang ada kakak n adik yang dah kawen semua belum balik lagi. so husband dengan abah jela sama-sama pergi solat sunat Hari Raya kat masjid. ini kali pertama husband beraya di Johor.  Baju raya 2 tahun lepas. ada baju baru tapi taknak pakai. Songkok je baru beli kat Giant Muar time malam raya. Samping songket pinjam abah. hahaha. pakai baju raya ni bertahan sampai Zuhur je. lepas Zuhur dah tukar. hahaha. panas katanya. tapi memang agak panas

Pregnancy: Minum Air Gula dan Diabetis Ketika Mengandung

Assalamualaikum. Ok kali ni kita nak sharing sikit entry ilmiah untuk ibu-ibu hamil. Ada banyak persoalan bagi ibu-ibu bila ibu disahkan hamil, antara persoalan yang paling glamer adalah tentang prosedur minum air gula, siapa yang perlu/wajib minum air gula? untuk tujuan apa ada prosedur minum air gula? dan apa yang perlu dilakukan ketika ibu diminta minum air gula.  Ok. ini perkongsian dari Klinik Kesihatan tempat aku cek up. Tak semua ibu hamil perlu minum air gula. Antara faktor ibu-ibu perlu minum air gula adalah: 1. Faktor keturunan, ada sejarah kencing manis dalam ahli keluarga 2. Berat badan berlebihan. Bergantung pada BMI, jika overweight atau obesiti ketika 1st time buat buku. 3. Kenaikan berat badan yang mendadak ketika hamil, iaitu lebih 2kg dalam sebulan.  4. Faktor umur, hamil pada umur 30 tahun ke atas wajib minum air gula walaupun tiada sejarah kencing manis dan tidak obesiti. Tapi ada jugak sesetengah Klinik Kesihatan yang wajibkan minum air gula seaw

Resepi Nasi Goreng Kampung Simple

Image
Bahan-bahan: Sepinggan nasi putih (pinggan besar dan penuh, menu untuk seorang makan) Minyak masak (sesenduk) Segenggam ikan bilis  2 Ulas bawang putih 1 Ulas bawang besar 8 tangkai Cili Padi Sebiji telur ayam Garam dan ajinomoto secukup rasa Cara-cara: Goreng ikan bilis yang telah dibuang kepala. Angkat dan asingkan. Kisar/tumbuk bawang putih, bawang besar, cili padi dan sedikit ikan bilis mentah. Panaskan kuali, tuangkan sesenduk minyak masak. Setelah minyak panas, masukkan bahan kisar. Kacau rata, masukkan garam dan ajinomoto. Masukkan sepinggan nasik putih, Kacau rata. Masukkan telur dan kacau lagi. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng. Gaul rata, dan nasik goreng sedia untuk dihidang.Boleh goreng telur mata kerbau jika rajin. 

6 bulan Perkahwinan.

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah. tak terasa masa berlalu, rupanya dah melepasi setengah tahun tempoh perkahwinan. Thank you suami kerana sudi berhijrah mengikut isteri menetap di bumi Mersing ni. walaupun pada awalnya merancang untuk PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh) tapi saat akhir aku request supaya suami berhenti kerja sebagai chef di Senawang Negeri Sembilan supaya kami boleh duduk bersama mulakan hidup baru bersama-sama di Johor. Ya, suami berhenti kerja 2 hari sebelum kami berkahwin and masa tu suami belum dapat apa-apa tawaran kerja pun kat Mersing. Tapi aku yakin je, rezeki di tangan Allah. dan rezeki ada dimana-mana. Keputusan dibuat setelah fikir masak-masak, disebabkan aku kerja tak tentu masa, weekend pun on call sebab aku bertugas bawah unit Penguatkuasa Jabatan Agama, selalu ada Operasi, and suami pun kerja sebagai chef cuma dapat off day sehari dalam seminggu itupun weekdays, jadi untuk PJJ memang tak praktikal. Tambah pulak dengan kos perjalanan dari Mersing ke S

Resepi Mee Goreng Sedap

Image
Ok. disebabkan ini adalah blog seorang yang berstatus isteri, maka mestilah ada aktiviti memasak jikalau rajin. Sebenarnya aku tak masak hari-hari. Bukan sebab pregnant tapi sebab kadang taktau nak masak apa and kadang suami pun boleh memasak.  Sebenarnya memang suamiku seorang tukang masak tapi kalau masak di rumah selalu 'gaduh mulut' dengan isteri sebab dia nak masak kat rumah style kat kedai sedangkan kat rumah ni barang asas je kita guna untuk memasak. Yelah aku dah biasa mak ajar masak semua pakai bahan yang senang. Tapi suami ni semua benda nak letak dalam masakan, kicap sotong lah, air limau lah, sos tiram lah. Hahaha. Mee Goreng Sedap. Disebalik cerita masak mee goreng ni, on that day suami ada katering kat Politeknik Mersing and aku berbuka puasa seorang je kat rumah. so bila masak sorang suka hati aku nak masak style macam mana. yeaaa. Jadi kita kongsikan kat sini resepi mee goreng ni. mudah-mudah sahaja. Bahan-bahan. 2 pinggan mee ku

Pregnancy: Perkembangan 2nd Trimester

Alhamdulillah now dah masuk 26weeks maksudnya dah cukup 6 bulan usia kandungan. macam sekejap pulak masa berlalu. tinggal 3 bulan je lagi InsyaAllah baby akan jumpa mama and ayah. Pengalaman awal 2nd trimester ialah alahan stop serta merta. kandungan dah kuat, aku pun sihat je tak ada lagi morning sickness. selera makan semuanya okay. pertambahan berat badan untuk 2nd trimester ni dah masuk 5kilogram. tapi belum cecah 70kg lagi berat aku. dah minum air gula sebab hari tu berat naik mendadak 2kg lebih dalam sebulan. and result air gula pun dah dapat. aku bebas dari kencing manis. so tak perlu ambik darah yang 4 kali sehari sampai ke malam tu. Alhamdulillah.  Pergi cek up semuanya okay takda masalah. keputihan pun tak ada. kencing tak kotor. sembelit pun tak ada Alhamdulillah lawas je buang air paling lambat 2 hari sekali or kadang sehari 2 kali. depends banyak mana aku makan and apa yang aku makan. cuma satu je yang kurang, bacaan HB aku masih kurang dari 11 iaitu 10 lebih. aku tak

Kursus di PNB Ilham Resort Port Dickson

Image
Assalamualaikum. ok ini cerita awal April 2016, sebenarnya April adalah bulan ulangtahun aku berkhidmat dalam perkhidmatan awam Johor. Alhamdulillah dah setahun. sebenarnya masih baru dan masih banyak ilmu dan pengalaman yang perlu dipelajari dalam bidang kerja ini. kalau ikutkan dalam setahun ni, dah banyak kursus yang aku kena pergi, semuanya berkaitan dengan bidang kerja. tapi macam tau je aku memang suka berjalan, so kursus ni bagi peluang jugak kat aku untuk ke sana sini melihat tempat orang. Kursus kali ni bertempat di PNB Ilham Resort Port Dickson Negeri Sembilan. Jadi aku kongsikan sikit gambar-gambar lokasi kursus kami kali ini.  orait. ini adalah view dari apartment kami. ada kolam renang and of course boleh mandi tapi waktu siang sahaja. pakaian mandi haruslah sopan. menjolok mata tidak dibenarkan.  sebabkan peserta kursus ni lebih dari 50 orang so jabatan sewakan apartment.satu apartment ni macam kita sewa homestay la. ada 3 bilik. satu bilik ada dua katil.

Pengalaman 1st trimester.

Alhamdulillah bertemu lagi. sedikit coretan pengalaman pertama menerima orang baru dalam hidup. this is my 1st baby InsyaAllah. kita mulakan dengan macam mana tahu aku pregnant. actually masa kawen hari tu aku memang baru habis period. and aku memang plan kalau boleh nak terus mengandung so kami berdua tak ada merancang ke apa. memang berharap kalau boleh nak terus ada baby.  bulan Januari patutnya aku period awal Januari tapi tak datang pun and delay sampai seminggu. aku still tak cek UPT and relax dulu. tapi masa ni dah rasa ada cramp kat perut macam nak period tu lebih kurang je rasa dia. bila dah lebih seminggu tak datang haid aku pun decide nak beli UPT. beli sampai dua sebab adik kat farmasi tu kata biasa orang cek lebih dari sekali. tak apa beli je. satu tu harga dalam rm11.  aku test urin awal pagi masa bangun tidur nak solat subuh. memang berdebar jugak hahahaha. Alhamdulillah naik double line. macam tak percaya dah boleh berangan jadi emak-emak. masa tu straight

Setelah Bergelar Puan.

Image
Assalamualaikum readers. masihkah ada yang menunggu update dari tuan blog ni?. dah dekat setengah tahun tak update. lama jugak rupanya. taktau nak sambung update dari mana. tapi last hari tu cerita pasal nak kawen kan. so sekarang kita cerita pasal episod setelah berkahwin la ye.  Alhamdulillah majlis nikah dan kenduri walimatul urus kami adik beradik berjalan lancar. tak ada sebarang masalah syukur ke hadrat Ilahi. perasaan apabila segalanya selesai tak boleh digambarkan dengan kata-kata.setinggi penghargaan dan terima kasih untuk semua yang terlibat menjayakan majlis kami terutama mak dan abah dan adik beradik serta keluarga mertua yang datang jauh dari Kelantan. sangat-sangat bersyukur. syukur kami 3 beradik selamat mendirikan rumahtangga. mak dan abah sekaligus dapat 3 menantu dari 3 negeri berbeza iaitu Kedah, Pahang dan Kelantan. oh ye menantu pertama iaitu suami kakak berasal dari Johor. abah ada 4 lagi anak perempuan agaknya dapat tak wakilkan satu negeri sat