6 bulan Perkahwinan.


Assalamualaikum. Alhamdulillah. tak terasa masa berlalu, rupanya dah melepasi setengah tahun tempoh perkahwinan. Thank you suami kerana sudi berhijrah mengikut isteri menetap di bumi Mersing ni. walaupun pada awalnya merancang untuk PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh) tapi saat akhir aku request supaya suami berhenti kerja sebagai chef di Senawang Negeri Sembilan supaya kami boleh duduk bersama mulakan hidup baru bersama-sama di Johor. Ya, suami berhenti kerja 2 hari sebelum kami berkahwin and masa tu suami belum dapat apa-apa tawaran kerja pun kat Mersing. Tapi aku yakin je, rezeki di tangan Allah. dan rezeki ada dimana-mana.



Keputusan dibuat setelah fikir masak-masak, disebabkan aku kerja tak tentu masa, weekend pun on call sebab aku bertugas bawah unit Penguatkuasa Jabatan Agama, selalu ada Operasi, and suami pun kerja sebagai chef cuma dapat off day sehari dalam seminggu itupun weekdays, jadi untuk PJJ memang tak praktikal. Tambah pulak dengan kos perjalanan dari Mersing ke Senawang boleh menelan belanja hampir RM100 untuk kos tambang/petrol dan tol sahaja. Tak berbaloi hanya dapat jumpa cuma sehari seminggu. Itu belum kira penat lagi on the way 4-5 jam perjalanan.

Alhamdulillah sebelum berkahwin aku dah usahakan cari rumah sewa. Kat Mersing ni agak sukar nak cari rumah sewa. Kalau carik kat mudah.my confirm tak akan jumpa. Tapi mungkin Allah nak mudahkan pasangan yang nak kawen ni, sebulan sebelum nikah aku dah dapat rumah sewa untuk kami duduki. Rumah kecil cuma 2 bilik sahaja. Kadar sewa RM400 sebulan. Tak mahal tapi tak juga murah. Sesuai dengan suasana Mersing ni yang kategori luar bandar. Yang penting rumah atas tanah, tak perlu naik turun tangga. 



Pantai Air Papan Mersing Johor.




Encik Suami yang suka sangat elemen air, lagi-lagi laut.


Aku sangat-sangat hargai pengorbanan suami yang sanggup ikut isteri menetap di tempat dimana isteri bekerja tetap, walaupun tempat ni sangat asing bagi beliau, tak ada sedara-mara, tak ada kawan. cuma ada isteri je. Dan sebenarnya kat Mersing ni agak sukar nak cari kerja sebab Mersing adalah kawasan kampung. and kalau ada pun banyak nak pakai pekerja perempuan which is kerja sebagai promoter pasaraya or kedai-kedai. Masa mula-mula kawen memang suami jadi househusband, mulanya plan nak meniaga sebab suami boleh memasak tapi ada beberapa faktor yang menyukarkan. Iaitu faktor tak pratikal nak meniaga sorang-sorang and tak ada sesiapa pun yang suami kenal kat Mersing ni untuk jadi partner bisnes or pekerja. 

Tapi plan untuk meniaga sendiri tu belum pernah padam. Memang pasang impian kalau boleh nak ada restoran sendiri suatu hari nanti. Setakat awal-awal ada ambik order katering sikit-sikit dari ofis aku pun ada. Masak kat rumah, and hantar terus kat orang yang tempah. Tapi masih limited jugak sebab barang-barang tak cukup. Kalau order bawah 100 pack or order bungkus sahaja yang boleh diterima. Disebabkan masih baru lagi, tak ada order sangat pun katering ni. Mungkin kena rajin buat marketing lagi lepas ni tapi kena tunggu semua barang dah complete. so suami masih plan nak kerja dengan orang cuma tak nak lari dari bidang dia iaitu duduk dapur memasak.

Lepas cuti raya cina, iaitu 2 bulan lebih lepas kami kawen, aku dapat contact sorang abang ni yang meniaga dalam kafeteria Politeknik Mersing. Aku yang wassap abang tu pakai handphone suami and deal untuk interview. Suami pun mencuba, Alhamdulillah dapat! Cuma suami kerja dari petang ke malam kat kafeteria dalam Politeknik.walaupun bos suami meniaga dalam Politeknik, kadang dia dapat job katering jugak, and selalunya bila dapat job katering bos suami akan bayar gaji extra dari biasa. kalau biasanya rm5 sejam, dia akan dapat rm8 sejam. semoga murah rezeki beliau. memang murah hati sangat dengan suamiku. Alhamdulillah. 

Jadi kalau ada warga Mersing yang nak buat tempahan katering, up to 500 pax, dari makan pagi hingga malam, berhidang atau bungkus, menu aneka masakan Melayu, boleh contact SARAH:- 0183953026 via sms or wassap. 

Walaupun suamiku cuma pekerja tapi aku promote jugak bisnes bos beliau. Tapi kalau cuma 100 pax ke bawah nak tempah dengan aku je pun boleh InsyaAllah. Suami masak aku jadi pembantu je tolong apa yang patut. Hehe. Terima kasih Allah untuk setengah tahun perkahwinan yang ada pasang surutnya, biasalah awal perkahwinan banyak susah senangnya tapi sentiasa mohon pertolongan Allah dan Allah sangat dekat dengan kita, yang penting jaga solat, jaga aurat. Alhamdulillah Ya Allah, atas satu persatu kurniaanMu dalam perkahwinan kami. InsyaAllah doaku semoga kami terus cekal hati dalam menjayakan episod hidup berumahtangga ni hingga ke akhir hayat. Aaminn. 




Comments

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S