kahwin campur..
orang kata.....
kalau pasangan berkahwin berlainan bangsa/ negara. atau 'mix'. maka:
1). genetik keturunan akan melahirkan anak-anak yang bijak pandai.
2). genetik keturunan akan melahirkan anak-anak yang cantik dan handsome.
sejauh mana kebenaran statements tersebut?
adakah mitos atau ianya kajian para saintis?
penulis tak ambik pengkhususan genetik, maka tak ada pengetahuan tentang ini secara mendalam. tapi, apa yg dilihat melalui pengalaman dan pembacaan, ianya boleh jadi benar.
bukti kebenaran statement no 1:
-sufiah yusof. genius matematik.mendapat tawaran ke university oxford ketika usia 13 tahun.
bukti kebenaran statement no 2:
-cantik ni subjektif, penulis mengkategorikan Maya Karin sebagai contoh anak kacukan yang cantik dr segi paras rupa. artis lain, catriona ross dan farahdhiya.
berdasarkan pengalaman yg paling dekat dgn penulis iaitu dalam keluarga penulis, adik kepada emak penulis berkahwin dengan gadis jepun dan mereka mempunyai sepasang cahaya mata yg kini berusia 9 tahun dan 8 tahun. semasa kecil, mereka sangat pantas mempelajari dan memahami sesuatu. tapi setelah 5 tahun tinggal di jepun, sepupu penulis ni mengalami masalah untuk bertutur dalam bahasa melayu.
penulis sendiri, macam adalah teringin jugak nak ikut jejak langkah pakcik. rasanya abah bg jer greenlight. bagus apa kawin campur, ibarat memasuki dunia yg baru dan asing. macam makcik yg bangsa jepun tu, banyak budaya melayu yg dia belajar selama 4 tahun duduk kat malaysia dulu. yg paling die suka, ikan keli masak lemak cili api.
tapi, ramai gak yg berpendapat kawin campur ni susah. susah sebab dunia tak sama. takut berakhir dengan perceraian, macam sasha saidin n sarimah ibrahim. tapi pada hakikatnya semuanya adalah bergantung kepada individu, bagaimana meng'handle' situasi yg dihadapi. kawin dengan sebangsa pun belum tentu perjalanannya adalah mudah, dan takda sesiapa boleh jamin tentang itu. so, buka pemikiran di luar kotak. jgn terus dibayangi mitos2 purbakala.
Comments