mood happy!

cerita dan gambar2 bertarikh 31 ogos 09...
after shopping barang dapur di carrefour..

beratur panjang demi big apple..



time bayar..muka terkezut..hehe





salam ramadhan,

semalam, rombongan ke MV bersama housemates. beli big apple sempena hari merdeka dapat diskaun 52% guna kupon dalam harian metro.. beli 12 biji, tak abis makan, dalam peti sejuk ada 5 bijik lg masih belum disentuh..

semalam jugak, pergi puduraya jemput kakak yg datang sini kerana ada urusan, beli tiket balik raya sekali.. penulis akan balik raya pd hr khamis, 17/09/09..bus pukul 2.30 petang..haha, seronok balik awal memponteng kelas hari jumaat..

hari ini, nak announce bahawa streamix di kediaman penulis dah available sejak pukul 2 ptg 01/09/09.. happy n happy. boleh guna 24 jam tanpa had, dan wireless ini sangat laju, sure puas hati.. kami pilih pakej 1Mbps dengan harga rm11o sebulan.

so, dengan ini tiada alasan untuk menangguh-nangguh assignment.

yo! happy sekali kerana rumah dah lengkap, ada tv, ada internet.

semalam dan hari ini telah menghabiskan ratusan ringgit kerana shopping. beli baju untuk tuan punya badan, beli kasut, beli baju adik2, beli beg tangan emak, beli tudung raya..aduhai duit mengalir macam air terjun..sekejap jer lesap sekelip mata..itupun belum habis lg membeli dan sesi shopping akan bersambung di masa akan datang..

selamat memasuki bulan september!

Comments

abang besi said…
asal muka terkejut tu?hahaha
Ibu Ammar said…
muka terkezut sbb tiba2 nama dilaung n gambar di snap..hahaha

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..