entry hodoh?!

kenapa hari ini asyik nak menjenguk hp, tapi tiada pun sms yang masuk, call masuk???.. lagilah tak ada..owh..tersedih sekejap..(sumpah hanya sekejap saja I bersedih)...rupanya I ni tak glamer pun pada hari ini..ahakz..macamlah I ni glamer di hari yg lain, rupanya sedar bahawa diri mmg tak glamer dikalangan senarai teman2 phone contact hp ku..huaahhh! ini yg membuatkan bateri hp I bleh bertahan 3hr tanpa di cas..wah! hebatnya hp ni...jimat elektrik umah aku..kahkah!

online ym..owhh..tiada siapa yg buzz I pd hari ahad yg sejuk ni...diorang ni tak sedar ke I tengah online sekarang..so (kawan2 ym) sila buzz I sekarang!..ahakz..macam mana diorg nak sedar sedangkan I sentiasa berstatus invisible bila on ym..ceh, padahal bila I berstatus available pun takda gak org nak buzz I, yg ada cuma org bagi salam jer..tanya hari ni berbuka dgn apa? ahaa..itu gara2 I asyik announce dalam blog tentang juadah berbuka puasa..kahkah... tp hari ini takda sapa pun tanya tentang juadah buka puasa?! maaflah I tak larat dah nak snap gambar masakan kami di rumah sewa ini..hari ni I penat, siap masak pun dah pukul 7.10ptg..siap jer hidang terus azan maghrib..mana sempat nak cari kamera apa semua! tp meh sini nak cerita bahawa I berbuka puasa dengan nasi putih lauk sambal sotong dan sayur campur digoreng dengan sos tiram..minuman nya teh O ais..dibuat dalam jag dan di share seramai 4 org..(ceh itupun nak cerita)..weh suka ati akulah nak cerita ke tak!

asyik tengok nota-nota.....aik? tengok ja?...yes! tengok jer coz I tak mampu dah nak menelaah nota2 tersebut..aduhai seakan gangguan psikologi bila kena attend test di mggu akhir sebelum raya! mana ada dah mood study..yang ada cuma mood nak raya.nak raya.nak raya! sekali lagik. NAK RAYA! so sampai bila kah nota2 itu akan menjamu mata? sampai mata pun dah terlayu.. (mmg mataku akan terlayu bila nampak nota)..adakah mata I ni alergik tengok tulisan2 bertaip Arial Black font 12??....mata! oh mata! tolong bagi kerjasama! aku nak test ni..tolong!!!

skang ni I takda mood sangat nak jelajah+jengah blog orang..nak komen kat entry blog org pun rasa cam nak patah jari kaki..aik! jari kaki ku kah yg menaip di keyboard laptop?...owh! tidak2! mahu jahanam kah laptop jika jari kakiku yang menaip diatasnya???!..maaf..maaf..mengarut entah apa2 gara-gara stress seketika..(sumpah ianya cuma seketika)..jom! jom! percaya kat I.. hehe..

dan tolong percaya bahawa I ambik masa setengah jam untuk tulis entry hodoh sebegini...!

Comments

Beruwang said…
meh no nya aku sms ko
green said…
tau xpe..boleh lec wat test minggu2 cm ni..
sengaje je..

tu tak plus kerja2 dorng bagi lagi..
waaaa..
Nbl Fzr said…
setengah jam yg bebaloi kot.
mr.kordes said…
hmm...setgh jam tu kira ok la tu...

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S