salam lebaran.
so many things to share, especially about Eid celebration..jom ushar apa cerita di sebalik sambutan raya aidilfitri kali ini,
19/09/09:-
bertolak pulang ke kampung emak bertempat di Kampung Tiong Baru, Muar Johor. Mak n abah amalkan sistem giliran untuk tentukan dimana patut sambut malam raya dan hari raya pertama. kali ini turn beraya di kampung emak. seronok dengar pengunguman raya pd malam raya kerana perkara camni jarang berlaku..hihi.
20/09/09:-
lepas sembahyang raya, sesi ziarah kubur arwah atuk, dah lebih sedekad arwah atuk pergi buat selama2nya. kemudian, sesi menerima duit raya. Alhamdulillah, dah dekat umo 22 still lg dapat angpau!..huhu..then rombongan keluarga ziarah rumah sedara-mara, yg bestnya kat umah atuk mak adalah jiran2 sumer sedara dekat..
malamnya adalah sesi BBQ, so petang tu sumer makanan laut dah di bereskan (disiang), dan ayam pun dah diperap semalaman. sangat kenyang malam tersebut, aneka hidangan ada, nugget, sosej, sate, udang bakar, sotong bakar, kerang bakar, ayam bakar, dan aku hanya tukang makan saja, bab membakar serah pada kaum lelaki (my uncles n my abg sedara dan adik sedara.)
21/09/09:-
sesi beraya pada waktu pagi sekitar Parit Raja dan Parit Bengkok. semuanya rumah atuk saudara belah emak. time ptg tak beraya, lepak kat umah, hujan sangat lebat petang tu.. sesi tido amat bersesuaian.haha..dan pd malamnya bertolak ke rumah atuk abah yg terletak di Felda Sri Ledang, Muar Johor.
22/09/09:-
hanya berada di rumah atuk abah sepanjang hari.tolong puan shima masak hidangan tengah hari. puan shima-20 thn, adalah sepupu yg baru kawin b4 bln puasa. rumah atuk byk terima tetamu sepanjang hari ini. tp semua mereka adalah sedara-mara.. pd mlmnya aku hanya berada di depan tv, tonton kl drift, even dah pernah tengok tetap jugak tengok lagi sebab sangat suka dengan Farid Kamil..ehehehe.
23/09/09:-
sesi beraya bermula sejak jam 8 pagi, kami sekeluarga seramai 10 org beraya di Parit Raja, umah atuk sedara sebelah abah. sebanyak 7 buah rumah kesemuanya dan selesai beraya pada pukul 2ptg..
lepas asar abah decide untuk pulang ke Felda Maokil. singgah ke rumah adik abah kat Felcra Bukit Kepong n solat mahgrib kat situ. sampai maokil dah masuk Isya'. lepas solat terus beraya lagi ke rumah adik angkat abah n kawan baik abah.
hari yg sangat penat.
24/09/09:-
sesi beraya dengan teman2ku, ex-RKA Munshi Ibrahim 00-02, cuma dapat kumpulkan 7 org saja, yg lain sume banyak komitmen lain, keluar jam 9 pg, my dad antar sampai umah izzani kat Taman Mewah, Labis, 9.30 pg gerak dr umah izzani ke rumah abby kat perumahan rakyat labis. tggu yun n dila sampai 30 minit..pukul 10 pg baru gerak ke Felda Chemplak. beraya rumah amy n asma. ada gak sesi bergambar kat umah diorg ni.
pukul 11.30 bergerak ke Felcra Bukit Kepong, beraya rumah tiqa moharam. budak2 ni sibuk ushar tentang cincin. rupanya minah ni dah terima rombongan merisik 2 hr sebelum tu..
jam 12 tgh hari bergerak ke Lenga, ambik masa setengah jam gak nak sampai. Lenga ni takda dalam jadual pun, tp tetibe jer Yun ajak gi sana, rupanya nak beraya umah special friend dia.. siap makan tengah hari kat situ.
bergerak semula ke Labis dalam jam 1.30ptg..destinasi pertama rumah abby, best dijamu dengan mee hailam. solat zuhur kat sini.. then singgah rumah 'abah'->penyelia Asrama Munshi Ibrahim, tp dia tak da, yg ada cuma isteri dia, jd cuma singgah sekejap je. dalam kul 3.40 ptg bertolak ke rumah Yun,di jamu dengan mee kari. cuma makan sikit sebab perut dah full!
jam 4.10 ptg bergerak ke rumah izzani. solat asar kat sini, jamu gak kuih raya yang dia buat. 4.30 ptg bergerak ke Felda Maokil. beraya ke rumah Saiful Bahri. mamat ni tak berubah langsung aku tengok. ada gak sesi bergambar kat rumah dia ni.. n mak dia plak jamu kitorang dengan mee goreng.
next n the last destination. my house!.. diorang sampai umah aku dah pukul 5.30 ptg..my mom masa tu takda kat umah, pergi bank Agro bawak 3 org adik aku yang skola rendah tu pergi menabung duit raya diorg..so my sis yang buatkan air milo panas..dalam pukul 5.45 my mom sampai rumah. sempat la jumpa kengkawan aku yg 6 org tu..this is the 1st time kengkawan aku ni datang umah. selama ni tak pernah nak datang, kata diorg maokil ni jauh sangat.
rupanya sepanjang hari tersebut dapat beraya sebanyak 10 buah rumah. pencapaian unggul! thanks to mereka yg terlibat iaitu izzani, abby, yun, dila, amy, n asma.
25/09/09:-
sesi mengemas barang2 untuk balik ke k.l, cuti dah abis, segunung homework menanti!
p/s: kabel kamera hilang, segala gambar berkaitan belum dapat di upload. sy akan usahakan untuk mengupload gambar2 tersebut di lain entry..salam.
Comments
lama betul cuti.. tentu best raya.. slmt hr raya juga
kabel ilang la plak...
dush~