kerana ini entry ke-100

ini adalah entry yg ke 100 dalam blog ini.. sumpah empunya blog harus menganggap ia sebagai pencapaian yg indah dalam episod hidup seorang blogger..

keadaan penulis hari ini bertambah baik.alhamdulillah..dan hari ini cuma menghadiri satu kelas saja pada jam 1 tgh hari..dan kemudian terus pulang ke rumah..

baca paper utusan, berita tentang kematian ke-4 mangsa h1n1..gadis dr melaka..kasihan sebab dapat detect virus tu terlalu lewat..pemeriksaan awal kata demam biasa..last minute cek, paru2 dah terjangkit virus..nampaknya klinik dan sesetengah pegawai perubatan macam tak berapa pakar dalam mengesan h1n1..kenapalah macam tu..h1n1 ni dah sampai tahap kronik..kat paper sana sini cakap pasal sekolah n ipt ditutup sebab h1n1..sebenarnya perlukan tindakan yg lebih cekap dr semua pihak untuk tangani penularan virus ni..tp malaysia ni cuma buat saringan secara besar2an kat lapangan terbang ja..padahal jumlah jangkitan tempatan adalah lebih tinggi..

belum mengasapkan ruang dapur, hasni kata nak goreng cempedak..cempedak tu beli kat pasar malam hr semalam..nak beli yg dah siap goreng sangatlah mahal..rm1 cuma dapat dua je..jd beli yg mentah, boleh goreng sendiri..n boleh makan byk2..perut dah rasa lapar..mmg mintak diisi..jd sambung berblogging lepas dah kenyang nanti..

selamat membaca entry penulis yg ke 100!

Comments

akubudakU said…
tahniah!
samalah kita.
saya pun hari ini,entry yg ke-100

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S