kata laluan..

apa cara paling mudah nak ingat kata laluan @ password..?

kenapa byk sangat urusan yg memerlukan penggunaan password..patut ke guna password yg sama untuk setiap urusan?

paling susah adalah untuk mengingat password email..rupanya setakat bernafas kat bumi ni aku dah pernah buat lebih dr 7 email...tapi asyik buat email baru kerana tak ingat password..tapi sekarang aku ada 2 email yg aktif dan password nya dapat aku ingat..akaun google untuk blog ini password nya menggunakan 12 huruf..mungkinkah ianya adalah nama seseorang??? dan ia adalah satu2nya password yg tak gunakan sebarang nombor.. akaun yahoo, friendster dan perdana mail um aku gunakan password yg sama..sebab aku buka ketiga2 akaun tu dalam masa yg sama..

kata laluan kad atm?

aku ambik dr nombor bezday seseorang...seseorang yg kini sudah tak penting dalam life aku..


sebenarnya tak best guna kata laluan dalam berurusan..kan lg bagus kalau kata laluan tu ditukar pada benda lain untuk akses masuk..cubalah guna something yg canggih sket..kalau cam kad atm..guna jelah mesin yg touch screen..kata lauan tukar pada akses masuk melalui pengecaman cap jari..hanya perlu sentuh ibu jari pada skrin then boleh terus akses masuk...apelah tak best atm kat malaysia nih..ketinggalan zaman kot..

bukan sengaja aku nak bising pasal hal ni, tapi aku pernah pergi atm yg dah bengong keypad dia..ada ke patut ada nombor yg takleh detect bila ditekan..menyusahkan aje..tapi bab email tu..mmg tak ada cara lain selain gunakan kata laluan...tapi takpelah..aku bukannya terdesak sangat nak mansuhkan penggunaan kata laluan ni..saja je wat entry yg merapu nih..haha

Comments

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S