2nd week..

minggu kedua kuliah dah pun berlalu..rupanya semester ni aku lebih prihatin tentang tiap hari2 yg berlalu..mungkin sebab aku nak hargai sepenuhnya saat2 bergelar undergraduate student of university of malaya..rupanya aku dah jadi pelajar tahun akhir..rasanya macam baru semalam aku ikuti mggu haluan siswa pengambilan 07/08..yes..mggu haluan siswa yg dah tinggalkan satu kenangan yg agak menyakitkan hati..bukanlah aku benci ngan mggu haluansiswa..tapi mungkin cara pengendalian mggu tu yg tak kena dgn jiwa aku kot..dah.cukup2lah mengimbau kenangan.. sejak bila pulak aku berjinak2 nak berjiwa sentimental ni..ish..

jadi nya, sebagai pelajar tahun akhir..aku kena lebih matang dan berjiwa dewasa..harap tahun akhir ni adalah tahun yg menggembirakan..untuk mggu kedua kuliah ni, aku juga berjaya untuk tak missed sebarang kelas..alhamdulillah..dan keadaan kesihatan nampaknya semakin baik..walaupun mggu ni lab dah pun bermula, tapi aku tak lah terasa penat sangat..cuma agak liat nak bangun pagi, malahan mggu ni langsung masing2 tak berkesempatan nak menyediakan sarapan pagi macam mggu lepas..cuma minum segelas susu untuk mengalas perut..

mggu ni jugak aku masih nampak relax kerana di malam hari masih lagi berdua2an dengan novel..sebut pasal novel, rasa macam nak komen sket tentang kesilapan seorang novelis dalam novel yg dikarang beliau..beliau iaitu penulis yg tak boleh disebutkan namanya disini telah membuat kesilapan maklumat dalam mengarang..terdapat perenggan dalam novel beliau yg menyatakan bahawa terdapat jurusan perubatan di USM Pulau Pinang..agak lucu kerana beliau boleh tersilap maklumat..sedangkan jurusan perubatan USM adalah di hospital universiti sains malaysia Kubang Kerian Kelantan..tapi tak salahkan pengarang tersebut kerana beliau adalah pengarang muda dan novel tersebut adalah karya pertama beliau..cuma sepatutnya sebelum menulis seseorang itu perlu tahu fakta sebenar sesuatu perkara..

rasanya entry ini untuk setakat ini saja..nak kembali teruskan baca novel tajuk ilham hati karya damya hanna..dan nak tido awal..selamat malam..

Comments

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S