13 july..

yes..untuk hari ini lab plant fisio tak start lg...gembiranya..ntah kenapa hari ni mata ni mengantuk sangat2..even pg tadi da sambung tido balik after solat subuh..dalam kelas plant td mmg mengantuk yg amat..cuba gak gagahkan diri lawan ngantuk dgn mencatat nota dr slide powerpoint yg terbentang kat depan..mana dapat sindrom mengantuk ni taktaulah..padahal selama ni mmg tak da masalah mengantuk dalam kelas pagi..hairan betul.bukan ke semalam b4 kul 12 dah lelapkan mata..tido nyenyak tak sedar langsung..padahal selalunya kalau tido malam sampai 7 kali asyik terjaga..ada je terganggu dgn gangguan..n malam tadi mimpi yg pelik, mimpi tu macam cerita dalam novel wlupun aku bukan heroinnya..tulah asyik baca novel sepanjang minggu lepas..sampai mimpi pun ekstrem macam kisah dalam novel jugak..teruk betul..apa tak teruknya bila mimpi tentang konspirasi pembunuhan..n tak pasal2 ada sorang mamat yg aku kenal kat um pun masuk dalam mimpi tu...ni gara2 dia senyum kat aku masa pegi pasar malam jumaat aritu lah..hebat betul ydp mpmum 07/08 bleh masuk dalam mimpi aku..tak tahan dia bagi kat jemputan kawin plak tu, ish..apasal mimpi macam tu...padahal dia bukan senyum kat aku sorang hari jumaat aritu..masa tu kan ada zahidah n shera jugak..lgpun dia kan bekas pemimpin um..bukannya senyum dia ada makna apa2 pun..tapi kenapa dia sibuk masuk mimpi aku..or aku yg sibuk pegi mimpikan dia sapa suruh..ape2 ajelah..

hari ni masih dalam mood gembira coz hajat nak beli almari kayu dah kesampaian..syukur.. berbaloi tak rm70 dapat almari kayu? siap free delivery..almari tu sampai dalam keadaan belum pasang..kononnya nak pasang sendiri tapi macamlah pandai sangat..nasib baik makcik sebelah rumah tu tanya sama ada aku n naemah pandai pasang ke tak..akhirnya mmg mengaku tak pakar..tp segan nak mintak tolong...nasib baik ada org yg sudi tolong pasangkan..dalam masa sejam dua almari dah siap dipasangkan..kata makcik tu kerja pasang almari bukan kerja perempuan, betul jugak..tengok budak laki tu pasang kejap je even dia cuma sorang..aku yg bekerjasama dgn naemah pun terkulat2 nak pasang..mmg puas hati bila dah ada almari sendiri..
lagipun almari kayu ni nampak kemas sket..so segala beg pakaian yg sebelum ni berada di ruang tamu dah dapat disimpan..mmg satu keadaan yg menggembirakan.

ramai kengkawan tanya best tak duk rumah sewa?..meh cni aku bg jawapan jujur.. haha. sejujurnya kalaulah aku tau macam mana life duk umah sewa, dr dulu lg aku akan duk umah sewa..amacam? ok tak jawapan ni? aku tak rasa duk luar dr um satu perkara yg memenatkan.. n aku rasa duk kolej lglah memenatkan..kena turun perjumpaan dgn pengetua, kena tadah telinga dengar pengumuman yg menganggu..kena join projek, meeting malam2.. n kuar modal tuk projek..padahal time mlm mendeta tu, bukan org yg selayaknya yg dapat anugerah jasa..org lain yg mati2an, org lain yg dihargai, plastik sungguh..duk luar rasa lagi happy..tak payah lagi tengok muka org yg tak reti2 nak blah dr um ni..asyik muka diorg je..bosan2..dah grad pun ada lg duk menempel kat kolej..kenapa agaknya diorg tu sayang sangat ngan kolej tu aku pun tak paham..frankly..baik main masak2 kat rumah drpd terpaksa nampak org yg aku tak nak nampak..n im so happy n tak menyesal lgsg kerana tak apply kolej tu..huh.

Comments

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S