Demi Waktu/episod satu.

Sedang aku sibuk memilih makanan dan minuman, aku merasakan bahawa diri aku diperhatikan oleh seseorang. Aku cuba menoleh ke arah kanan untuk memastikan kebenaran telahan aku sebentar tadi. Dari kejauhan aku macam nampak kelibat dia, dan memang aku rasa susuk tubuh yang aku lihat memakai tshirt krim berkolar itu adalah dia. Takkanlah itu cuma halusinasi aku sedangkan aku bukan ada sebab untuk berangankan dia. Bukan ke aku dah lama buang dia daripada kotak fikiran aku. Dia yang suatu ketika dulu pernah menjadi insan penting dan istimewa dalam kehidupan aku. Tapi ianya hanyalah kisah tiga tahun yang lalu. Malahan sejak aku meninggalkan bumi Malaysia, aku memang telah berusaha keras untuk tidak lagi mengimbau kenangan manis kami berdua di tanah tumpah darahku itu. Ada juga di kalangan kawan-kawan aku yang bertanyakan sebab kenapa aku harus pergi membawa diri sejauh ini. Perlukah pemergian aku ni dikatakan sebagai membawa diri sedangkan aku punya misi tersendiri kenapa aku berada di negara empat musim ini. Masih teringat reaksi abah ketika anaknya ini menyuarakan hasrat untuk menyambung pelajaran di rantau orang. Mungkin masa itu abah berasa berat hati mahu lepaskan anak gadisnya pergi belajar di luar negara dan menjalani hidup bersendirian. Malah aku tahu yang abah paling risau tentang macam mana aku nak survive di negara orang dengan hanya berbekalkan RM10000. Namun aku berjaya yakinkan abah bahawa hanya doa restu daripada abah dan emak yang akan menjamin kesejahteraan aku walau di mana jua aku berada. Sengaja aku menolak niat abah dan emak yang mahu menghantar pemergianku di KLIA dengan alasan bahawa aku bukan lagi seorang anak yang baru menginjak usia 20an, aku telah dewasa ketika berkeputusan meninggalkan tanah air ini. Kedewasaan yang lahir daripada pelbagai pengalaman berharga sepanjang aku belajar dan bekerja di Kuala Lumpur. Sesuatu yang boleh dibanggakan apabila dalam jangka masa tiga tahun bekerja aku telah melangsaikan 60% daripada hutang PTPTN dengan hasil titik peluh sendiri. Pemergianku ke luar negara dapat dipercepatkan apabila bos tempat aku bekerja sudi melangsaikan baki hutang yang tinggal. Malahan beliau telah bermurah hati untuk menguruskankan tiket penerbangan dan turut memberikan sumbangan kos sara hidup sepanjang tahun pertama aku di luar negara. Lamunan panjangku terhenti apabila menyedari bahawa mocha coffee yang aku hirup dari tadi rupanya telah habis. Aku memandang pinggan berisi spaggheti bolognaise yang sedikit pun tidak terluak. Kenapalah panjang sangat aku mengelamun sampai terlupa akan makanan kegemaran yang terhidang di depan mata. Terfikir-fikir macam mana aku nak makan kalau perut aku dah penuh dengan air. Orang tua-tua kata perut akan jadi buncit kalau minum air sambil makan. Tapi aku lebih teruk kerana dah habiskan air sebelum makan hingga menyebabkan aku dah tak lalu nak makan. Aku kemudian berkeputusan untuk menjamah sedikit spaggheti tersebut. Sepanjang bermastautin di negara orang, aku sememangnya telah menasihati dan mengajar diri sendiri supaya membiasakan tekak dengan hidangan di sini. Baru menikmati suapan kedua, tiba-tiba kedengaran telefon bimbit di dalam poket seluarku berlagu menandakan ada message yang baru masuk. Aku segera meletakkan garfu yang sebentar tadi telah menyuap rongga mulutku. Rupanya message daripada Adrian yang mahu mengajak aku berjogging sebagai agenda petang nanti. Memang kebiasaan bagi Adrian untuk berjogging bersamaku sekiranya dia lapang dari sebarang kelas dan aktiviti universiti.

To be continued..

Comments

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S