Posts

Opss! terkadang termain mata..

boleh pandang-pandang.... ~lirik lagu sambung sendiri~ kejadian ini pernah berlaku tak berapa lama dulu . masa tu minggu-minggu cik adik sedang krisis dengan cik abang . lalu kononnya pergilah membawa diri sendiri menikmati 'zaman bujang' secara sementara.  so satu weekend ni, aku pergi online kat Starbucks. sambil-sambil online dengan menghirup americano, sambil tengok orang sekeliling. ya. hari itu hari Sabtu.  handphone tidak diendahkan. ~lantak kau sana~ Eh. tetiba ada sorang mamat yang agak good looking duduk table berdepan dengan aku. Eherm. pandangan pertama bertentang. Ops. cepat-cepat tengok laptop. buat-buat macam busy. padahal menghadap Facebook yang boring. ceh. dalam hati kata. kenapa mamat ni mesti nak pilih table tu. ~perasan perasaan~ selepas beberapa minit.  curi tengok-tengok lagi. eherm. sempat menganalisa. mamat ni mungkin umur dalam 27 tahun. tinggi dalam 170cm. tak gemuk. fit la bolehlah. minum ice blended. ohh. banyak kalori tu. errr, dan...

Wordless Wednesday #1

Image
On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

entry tentang apa aku makan.

taktau kenapa lately macam gilakan ayam goreng. 3 hari lepas makan ayam goreng Mekdi, hari ni makan ayam goreng A&W. macam sedap sangatlah ayam goreng cicah sos cili. macam tak boleh tahan nafsu dan tak jemu. esok macam nak makan ayam goreng lagi. Aish. nafsu. nafsu. cabaran 30 hari tanpa nasik berakhir dengan penurunan berat sebanyak 2.7kg.~alahai sikitnya~ tapi rasanya selepas itu macam dah nak kembali lebih 1.7kg. mana taknya, sejak 2 minggu ni asyik bedal nasik ayam, nasik goreng kampung. nasik berlauk.   sejak dua bulan lepas, aku suka makan kambing. padahal dulu-dulu benci gila ngan kambing. sekarang kalau orang offer nak makan western. mesti order lamb chop. ada time tu, sampai dua hari berturut-turut makan lamb chop. sedapnya kambing import. eauww! sebenarnya ada hasrat besar nak kembali berdiet. hai. bilalah nak tercapai berat idaman 47kg. :(

kalau baik mudah di buli..?

orang kata, dalam hidup ni, kita kena bersedang-sedang saja. kalau bodoh pun janganlah bodoh sangat. kalau pandai pun jangan tunjuk pandai sangat. kalau miskin jangan terlampau miskin, kalau kaya jangan tunjukkan kekayaan. peribahasa kata buat baik berpada-pada. buat jahat sekali pun jangan. ada orang kata peribahasa ni salah, sepatutnya tukar kepada 'buat jahat biar berpada-pada. buat baik buatlah banyak-banyak'. sebab manusia ni memang jahat. tapi kalau nak jahat biarlah berpada-pada. sebab manusia ni jahat, kena cover balik dengan banyak buat baik juga. dalam hubungan sesama manusia. kalau percaya jangan 100%. nanti kelak makan diri. kalau cinta jangan 100%. nanti kecewa makan hati. kalau benci jangan 100%, nanti jatuh suka malu sendiri. kalau marah jangan sampai berdendam. tak ada untung menyimpan sekam. perlahan-lahan terbakar diri. kalau baik mudah dibuli... apa lagi, bulilah balik!!! p/s: jangan terpedaya dengan entry luahan perasaan. segala kesan buruk sila tan...

wish me luck on my 1st trial:- 'English tutor to be'.

tugas yang diberi adalah mengajar English kepada seorang budak lelaki Melayu berusia 14 tahun. tempoh diberi hanya 10-11 hari. 4 jam dalam sehari. bukan mengajar macam mana buat karangan dalam Bahasa Inggeris. tapi mengajar beliau untuk berbahasa Inggeris dalam percakapan harian. sebab selepas 10 hari beliau akan terbang ke luar negara atas urusan karier. bertemu dengan this kid and his dad two days ago. diorang duduk kat Ampang. akan tetapi sesi tuition akan berlangsung di rumah aku di Wangsa Maju. ayah kepada this kid memang taknak cari seorang yang bergelar Cikgu untuk mengajar anak dia. sebab bukan nak anak dia belajar macam silibus sekolah. tapi more kepada nak anak dia  practice English conversation. so dalam masa 10 hari yang diberi, aku kena pastikan this kid lebih yakin untuk bercakap bahasa omputih. masa jumpa dia hari tu, nampak dia macam pemalu. tapi nasib baik comel.  aku masih terkejut yang aku bakal mengajar seseorang berbahasa Inggeris. aku sendiri tak past...

Sayang, Im Sorry.

"sayang, u cek kan, kereta I kemek tak?" "tak kemek, tapi ada calar sket la yang.." "Hah. calar?.. "Sorry la. I taktau kenapa dengan pagar rumah I. 1st time dia jadi macam tu." sambil buat muka kesian..... beliau keluar dari kereta, cek sendiri kesan calar. senyap sunyi. aku dah gigit jari. kereta beliau mana pernah ada calar. aku memang risau gila nak mampus. hukhuk. " tak ada apalah ni, sikit je. I risau kalau kemek je tadi." " You tak marah ke yang...?..sori sangat-sangat.." " tak ada apalah, sikit je... dah you janganlah masam muka... takde benda lah." geram je dengan pagar ni hah. baru 2 minggu lepas baiki dah buat hal. aishh.! ni cerita nak pergi picnic ahad lepas dengan my housemate. tapi naik kereta boyfriend my housemate so kereta Encik sayang kena masuk dalam pagar rumah. belum sempat kereta dia masuk, pagar sebelah kiri dah nak tertutup. Dangg! terkena sket kat pintu belakang kereta. meni...

kerjaya pilihan jiwa

sebenarnya dalam apa jua pilihan hidup kita untuk jangka masa panjang, kita perlu ada 'jiwa' padanya. dua contoh paling besar yang mesti ada 'jiwa' adalah pasangan hidup, dan juga kerjaya dalam hidup. mesti ada 'jiwa' sebab kita nak membangun bersamanya untuk saban tahun yang mendatang. bertahun-tahun sehinggalah kita sukses. sukses dalam kerjaya, juga sukses dalam rumahtangga. entry ini fokus kepada 'kerjaya pilihan jiwa'. pilihan yang kita tentukan, kita sendiri tidak sedar bilakah masa yang tepat untuk kita membuat pilihan. semasa kita kecil, kita memilih untuk jadi seorang doktor. tetapi perjalanan ke arah cita-cita itu tidak semudah kita membuat pilihan, masa kita kecil, kita nampak segalanya boleh dicapai. semakin kita besar, apa yang kita harungi menyebabkan kita terpaksa mempunyai pilihan kedua, mungkin ketiga. its ok. tak apa kalau tak dapat jadi seorang doktor, maka jadilah seorang jururawat.  contohnya my sister, masa kecil nak jadi doktor...