Pregnancy: Minum Air Gula dan Diabetis Ketika Mengandung
Assalamualaikum. Ok kali ni kita nak sharing sikit entry ilmiah untuk ibu-ibu hamil. Ada banyak persoalan bagi ibu-ibu bila ibu disahkan hamil, antara persoalan yang paling glamer adalah tentang prosedur minum air gula, siapa yang perlu/wajib minum air gula? untuk tujuan apa ada prosedur minum air gula? dan apa yang perlu dilakukan ketika ibu diminta minum air gula. Ok. ini perkongsian dari Klinik Kesihatan tempat aku cek up. Tak semua ibu hamil perlu minum air gula. Antara faktor ibu-ibu perlu minum air gula adalah: 1. Faktor keturunan, ada sejarah kencing manis dalam ahli keluarga 2. Berat badan berlebihan. Bergantung pada BMI, jika overweight atau obesiti ketika 1st time buat buku. 3. Kenaikan berat badan yang mendadak ketika hamil, iaitu lebih 2kg dalam sebulan. 4. Faktor umur, hamil pada umur 30 tahun ke atas wajib minum air gula walaupun tiada sejarah kencing manis dan tidak obesiti. Tapi ada jugak sesetengah Klinik Kesihatan yang wajibkan minum air ...