Berkunjung ke LIMA'15 Langkawi
Assalamualaikum dan hi readers. Baru-baru ini telah berlangsungnya LIMA'15 Langkawi iaitu Langkawi International Maritime &Aero space Exhibition iaitu pada 17 Mac 2015 hingga 21 Mac 2015 di kawasan lapangan terbang Langkawi, Kedah. Setelah beberapa kali LIMA diadakan di Malaysia, Alhamdulillah kali ini aku berpeluang untuk menyaksikan sendiri show begini di depan mata. dan lawatan ini telah ditaja sepenuhnya oleh ibu bapaku. Alhamdulillah rezeki. kebetulan diorang diajak oleh jiran kami. maka aku berpeluang turut serta memandangkan aku pun telah berhenti kerja dan bercuti panjang sementara menunggu surat panggilan dari SPA Johor. Sedikit info berguna sekiranya anda ingin berkunjung ke LIMA Langkawi:- show bermula jam 11 pagi atau 12 tengah hari, bergantung kepada jadual penerbangan domestik flight di Langkawi. selesai semua penerbangan berlepas dan mendarat, maka barulah show LIMA dimulakan. sekiranya ingin menonton show di kawasan sekitar lapangan te...