Aku Bercerita

Assalamualaikum,

pembaca budiman, (masihkah blog ini ada pembaca?)..

Alhamdulillah, hampir menamatkan tahun 2013 dengan perasaan yang macam-macam ada, mengakhiri tahun ini dengan puas hati 70%. Syukur, walaupun dalam 10 perancangan dari banyak sisi kehidupan, ada yang belum terlaksana, tapi banyak juga yang telah Allah kabulkan, dan mana yang belum tercapai, aku yakin ada hikmahnya. Allah Maha Mengetahui.

banyak sangat yang kita sebagai manusia mahukan dalam hidup. nak capai itu, nak mampu tahap ini, begitu dan begini. aku juga tak terkecuali. perancangan nak kawen, perancangan nak bisnes sendiri, misalnya.

ada sebab kenapa Allah belum takdirkan apa yang diimpikan tercapai, tapi tak bermakna kita kena berhenti berusaha. sebenarnya Allah nak tengok kita 'buat kerja'. anggaplah masih ada berjuta langkah lagi untuk tiba ke destinasi. dan di sepanjang perjalanan, ada bahaya dan bahagia menemani.

mampu atau tidak, usaha kita yang tentukan. kalau kita masih belum mampu, maknanya kita belum cukup usaha dan doa. 

When You Are Young, Work To Learn, Not To Earn.-Robert Kiyosaki-

sebenarnya pepatah Inggeris ni ada benarnya. time kita masih muda, jangan tamak kerja siang malam nak cepat kaya tapi bodoh tak ambik peluang timba ilmu pengalaman. dalam kerjaya paling utama, kalau kita kerja tapi tak ada hati dalam kerja, sebenarnya kita yang akan rugi, tak rugi sekarang, rugi akan datang. sebab duit/gaji sekelip mata boleh habis. tapi apa yang kita belajar n praktik sampai pandai, kita boleh manfaatkan sampai bila-bila.

dalam satu artikel aku baca di New Strait Times, seorang penulis/wartawan dalam satu slot penulisannya mengatakan, pakciknya (old man) pernah bagitau dia bahwa kita akan betul-betul dapat decide kerjaya seumur hidup apabila berusia 24 tahun dan ke atas. mungkin pakciknya bercakap berdasarkan pengalaman dia mengenal ratusan orang, and penulis tu sendiri yang di zaman ijazahnya ambik kos law, end up jadi penulis/wartawan di usia 24 kerana passion dia dalam bidang tu.

sebenarnya berapa peratus je antara kita yang betul-betul dapat peluang sambung belajar dalam kos yang kita minat, yang kita ada passion dalam bidang tu. ada kawan sekolah dulu ambik medik sebab dia layak, dia genius and ayah dia suruh, kalau ikutkan dia, passion dia adalah dalam bidang penulisan dan sastera. mungkin satu hari nanti dia boleh jadi penulis buku berkaitan ilmu kesihatan.tapi tau sajalah kerjaya seorang doktor dia punya busy macam mana.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


aku masih lagi tinggal di Putrajaya, diam tak diam, dah 2 tahun juga disini, dari Januari 2012, dan kini Disember 2013. dari tahun yang single dan naik bas je hari-hari pegi Alamanda sorang-sorang, now I've found my angle, shine bright like a diamond (bahasa cinta kononnya).

pertengahan bulan 12 hari tu, genap 9 bulan berkawan. aku rasa dalam tempoh tu aku dah cukup kenal hati budi dia, sebab we all tak pernah berjauhan lama, paling lama pun 2 weeks if one of us balik kampung. bulan 11 hari tu kami masing-masing dah jumpa parents. aku dah jumpa emak dia and adik beradik dia, dia pun dah jumpa mak abah aku and semua adik beradik aku.

Alhamdulillah sebab mak dia jenis simple and tak kisah, sebijik macam mak aku. bila mak aku tanya mak dia orangnya macam mana, aku jawab, mak dia sama macam mak, sporting, tak cerewet, and asyik masak je kat dapur.

sebenarnya memang normal lah parents kita tak kisah siapa yang kita pilih untuk jadi pasangan hidup, tapi aku tetap rasa kes aku lain, sebab aku lebih tua beberapa tahun dari beliau, malah adik lelaki aku pun lebih tua dari my angle. and abang kedua dia pun lebih muda setahun dari aku. macam cerita Saya Sebenarnya Isteri Dia, aku terasa tau bila tengok cerita tu bab watak isteri yang lebih tua tu.

ini adalah kali pertama aku berkawan dengan seseorang yang lebih muda, dulunya aku sensitif bab umur, konon mesti nak lelaki lebih tua dari aku, atau at least sebaya, ada kawan lelaki kawen dengan perempuan lebih tua pun aku terdetik macam, why la why. lupanya aku, bahwa itu semua kerja Allah.

kita boleh plan untuk belajar apa, bekerja sebagai apa, tapi magiknya kita tak boleh plan untuk saling fall in love dengan siapa. *satu hari kita kenal someone and terus decide, aku nak jatuh cinta dengan dialah. aku mesti boleh jatuh cinta kat dia and buat dia jatuh cinta dengan aku. yelah kalau aku boleh plan, baik aku jatuh cinta dengan Farid Kamil, misalannya.

macam tu jugak kita tak boleh decide dengan orang umur berapa kita akan fall in love, tua, muda atau sebaya, beza 2 tahun, 5 tahun atau 10 tahun. bila dah sama-sama suka, kita akan bertolak ansur tentang umur mahupun status. tengok Che Ta dapat Zain Saidin, Tok Ti dapat Datuk K.

25 tahun sebelum jumpa yang sekarang, dah berapa kali fall in love?

Ya. memang berkali-kali. cubaan berkawan secara serius memang bukan kali pertama. but I ve set in my mind, kalau ada jodoh, ianya tidak akan susah, Allah pasti mudahkan, sebab bab jodoh ni kerja Dia Yang Maha Kuasa. ini yang aku tengok dari pengalaman kawan-kawan aku sendiri. kalau ianya terlalu susah, ditentang misalnya. maknanya ia bukan jodoh. *walaupun pernah berkali-kali bercinta, tapi beliau lelaki pertama yang aku bawak jumpa dengan kesemua 7 adik-beradik aku yang lain, and mak abah.

*sayang, please terharu when you read this.

perancangan untuk berkahwin. siapa yang taknak kawen dengan orang yang dia bercinta sekarang? siapa yang taknak?. jadi benda ni tak perlu diulas panjang, kalau dah jodoh, ia takkan kemana. doakan yang baik-baik. kita usaha dan rancang, selebihnya Allah yang tentukan.

untuk itu, Sekian update kali ini, jumpa lagi tahun hadapan. Assalamualaikum.


Comments

joegrimjow said…
lama xjumpa sarah. heeee. harap 2014 lebih bermakna!
Ye.. sangat benar ..
When You Are Young, Work To Learn, Not To Earn.
Belajarla menhargainya dan berusaha

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S