Januari 2013

Tanggal 10 Januari 2013. sebenarnya tarikh ulangtahun perkahwinan mak abah yang ke-28. tapi pada kali ini, ia juga menjadi tarikh sedih buat ahli keluarga besar abah, iaitu pergi tak kembalinya arwah nenek (mak kepada abah) kerana sakit tua.

kronologi kisah kepergian arwah nenek berlaku dengan sangat pantas. arwah mula kurang selera makan sejak sebulan lalu. makan dengan sangat sedikit. sentiasa tak lalu makan dan makan sebab terpaksa. padahal sebelum tu arwah nenek memang kuat makan. nenek jugak sangat pendiam, sedangkan sebelum tu arwah memang sangat suka bercerita tentang macam-macam perkara, tapi kebanyakan kami ingat perkara tu adalah biasa sebab nenek dah tua. rupanya itu memang petanda awal yang nenek akan pergi untuk selama-lamanya.

cuti New Year yang lalu, adalah kali terakhir aku dapat jumpa arwah nenek, masa tu arwah masih mampu lagi nak ke bilik air sendiri walaupun dengan merangkak. nenek memang dah tak boleh berjalan sejak bulan puasa tahun lepas. arwah nenek tak larat bangun dalam tempoh seminggu sahaja. badannya panas-sejuk silih berganti. jadi kebanyakan adik beradik abah dah mula balik kampung, bersedia jika nenek bakal pergi.

pagi Khamis lepas, jam 9 pagi, mak call bagitau yang nenek dah tenat, aku pun dah plan untuk balik kampung keesokannya hari Jumaat. tiba-tiba pukul 12 tengah hari mak call sekali lagi bagitau yang nenek dah menghembuskan nafasnya yang terakhir. macam tak percaya, begitu pantas. janji Allah bila sampai ajal seseorang, tidak akan lewat atau cepat sesaat pun. 

aku dapat emergency leave untuk balik awal dan cuti pada Jumaat. adik-adik yang lain di KL pun sama balik. memikirkan walaupun mungkin tak sempat nak tengok nenek dikebumikan, at least kami sempat menghormati arwah buat kali terakhir dengan tidak menjalani rutin harian yang biasa dan melawat pusara nenek dan hadir pada kenduri tahlil untuk arwah yang dibuat 3hari berturut-turut. 

perginya nenek bermakna abah kini adalah anak yatim piatu, yang sudah kematian ibu bapa. tapi yang pergi tetap pergi, yang masih tinggal di dunia ini patut saling menghargai antara satu sama lain. semoga setiap  kematian yang berlaku disekeliling kita dapat memberi pengajaran kepada kita yang masih hidup. mati itu pasti, cuma kita tak tahu bila akan menjemput. semoga arwah nenek ditempatkan di kalangan hambaNya yang mendapat rahmat dariNya. Ameen. 

Comments

Izzat Aziz said…
Takziah. Moga roh beliau di tempati di kalangan-kalangan orang yang beriman.
Seimura said…
Touching lak. sob sob sob...

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S