Posts

Showing posts from January, 2012

Hidangan makanan Seminggu

Image
Hi everyone. Actually penulis gatal nak update blog tapi lack of idea nak mengarang cerita. So marilah berkongsi gambar-gambar makanan. Untuk minggu ini. Chicken chop. Makan kat presint 16 malam tadi. my friend belanja.   KFC dinner plate. Malam sabtu punya dinner. With my bro kat TBS.. We all share je. Dia gak yang belanja.    Haaa. Ni sate masa kat kampung hari tu.. My dad everytime anak2 dia balik mesti order sate. Secucuk 35 sen tapi sate dia best! Tak macam sate kat KL. Banyak kulit ayam je. memang banyak kalori untuk minggu ni. dah la makan pun malam after pukul 8. tapi sebab semuanya free so tak baik kita tolak. Hahaha. kalau keluar duit sendiri memang I say No awal-awal lagi. oklah. itu saja update kali ni. selamat berhujung minggu! p/s:- malam ni AJL26, aku sokong Aizat dan Hafiz AF.

Bercuti Raya Cina

Today dah Selasa. Petang ni akan kembali ke KL.. Atau lebih tepat lagi, putrajaya. Cuti 4 hari dah pun dihabiskan di kampung halaman. Cerita di kampung adalah cerita tentang quality time with family. Happy, senang hati dan nyenyak sekali. Cuma perut aku sedikit alami kejutan sebab kat putrajaya life macam ikat perut. Bila duk umah mak. Makan bedal je semua. Perut asyik rasa tak selesa sebab asyik full je. And esok life kembali ke asalnya. Makan dengan sederhana.   2-3hari ni aku dapat batuk sebab makan rambutan. My dad bising bila aku batuk-batuk suruh cepat makan ubat. Dia kalau boleh nak anak dia bebas jangkitan penyakit all time the whole year. Walhal aku plak jenis yang taknak bergantung sangat dengan ubat/panadol.biar sembuh sendiri. Petang ni balik KL aku rasa jalan mesti jem. Harapnya boleh sampai KL before maghrib. terasa cuti macam sat ja. Its ok, Next 2 weeks aku akan balik kampung lagi. Alah. 2 weeks pejam celik je. Kan?

Redha itu Indah

untuk beberapa perkara yang terjadi dalam hidup aku kebelakangan ni. banyak darinya memberi pelajaran bahwa di setiap sesuatu yang kita korbankan/lepaskan dengan redha. Allah bakal gantikan ianya dengan sesuatu yang lebih baik.  sesuatu yang aku nak sangat ia terjadi, aku terpaksa let go dengan berat hati. walaupun berat. terpaksa lepaskan jugak. sebab hidup bukan hanya perlu memikirkan tentang diri sendiri. hidup ini melibatkan jiwa insan-insan yang penting di sekeliling kita. yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti. tapi kalau kita tutup mata kerana terus kenangkan masa lalu, kita sukar untuk nampak 'peluang' di masa depan.  buka mata dan hidup untuk masa hadapan yang lebih bersinar.  p/s:- update blog time lunch hour. tak curi tulang eh.

Hidup Sihat.

Image
Azam tahun baru. Nak jalani hidup yang sihat sepanjang hayat. Oleh itu, harapannya boleh lakukan sedikit aktiviti fizikal yang menyihatkan at least 30 minit everyday. Nak dapat 10,000 langkah memang macam mustahil. Tapi 1000 langkah InsyaAllah boleh. sikit-sikit lama-lama menjadi juga. kan. kan.

I Am Okay

Image
Nak update blog dengan gambar je boleh?. Alang-alang dah simpan gambar dalam phone ni. Kehkeh. Ni pic 2 hari lepas.   Konon nak diet tapi asyik tewas sebab orang nak belanja. Benda free memang menggoyah iman. Punah perancangan diet. By the way. Update sikit tentang penulis. Den sudah berpindah ke putrajaya. Sudah agak jauh dengan KL. Tapi so far. Life di putrajaya sangat baik juga. Alhamdulillah. Ditemukan dengan persekitaran yang lebih baik dan orang-orang yang baik jugak. sehingga bertemu lagi. Daa.

2012, Please Be Nice..

Hi everyone. Lama tak blog. Busy untuk tahun baru ni. Selamat tinggal 2011. selamat datang 2012. semoga 2012 ini membawa sejuta harapan. Dan semoga segala impian menjadi kenyataan. Itu saja untuk update kali ini. Jangan rindu ye.