Posts

Showing posts from 2013

Aku Bercerita

Assalamualaikum, pembaca budiman, (masihkah blog ini ada pembaca?).. Alhamdulillah, hampir menamatkan tahun 2013 dengan perasaan yang macam-macam ada, mengakhiri tahun ini dengan puas hati 70%. Syukur, walaupun dalam 10 perancangan dari banyak sisi kehidupan, ada yang belum terlaksana, tapi banyak juga yang telah Allah kabulkan, dan mana yang belum tercapai, aku yakin ada hikmahnya. Allah Maha Mengetahui. banyak sangat yang kita sebagai manusia mahukan dalam hidup. nak capai itu, nak mampu tahap ini, begitu dan begini. aku juga tak terkecuali. perancangan nak kawen, perancangan nak bisnes sendiri, misalnya. ada sebab kenapa Allah belum takdirkan apa yang diimpikan tercapai, tapi tak bermakna kita kena berhenti berusaha. sebenarnya Allah nak tengok kita 'buat kerja'. anggaplah masih ada berjuta langkah lagi untuk tiba ke destinasi. dan di sepanjang perjalanan, ada bahaya dan bahagia menemani. mampu atau tidak, usaha kita yang tentukan. kalau kita masih belum mam...

15 / 10 /2013

Image
You are my sunshine, my only sunshine, you makes me happy when skies are grey, you never know dear how much I love you. Please dont take my sunshine away. Thanks sebab jadi 'sunshine' selama 7 bulan ini dan akan datang InsyaAllah.

Dia Datang..

Manis itu tak datang sendirian, ia selalunya disulami dengan sedikit kepahitan. Tapi pahit kali ini tidak juga sedikit. Mencabar kesabaran juga. Berat juga aku diduga.  Mana pun aku pergi, manis dan pahit sentiasa menemani. Jauh mana aku berlari, ia tetap datang silih berganti. Izinkan kali ini untuk aku terus disini. Kali ini, aku mahu terus kuat berdiri, bukankah aku, bukannya budak lagi. Segunung sabar aku untuk pertahankan diri. Bezanya kini, perjuangan tidak lagi sendiri. Kita akan selalu ada untuk satu sama lain. Sama berjanji, dan sama bulatkan hati. Destinasi kita satu hari nanti, bukan lagi sebuah mimpi.  20 Mei 19** Selamat Ulangtahun Kelahiran Sayang. 

Cucu Pertama Mak dan Abah.

Image
Siti Nur Jannah bt Mohd Syafie. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. kakak saya yang mendirikan rumahtangga pada April 2012 telah selamat melahirkan baby girl pada 12 Feb 2013 yang lepas. eksaited betul kami sekeluarga dapat ahli baru dalam famili. sebab ini anak buah auntie yang pertama. maka eksaited tu over n over. sementara auntie belum kawen n belum ada anak sendiri, so anak buah dapatlah kasih sayang yang melebih-lebih. Hahaha. auntie mithali ni. leulz. walaupun masa dia lahir, auntie baru je beberapa jam balik dari segamat ke putrajaya, sebab nak tengok newborn punya pasal, kerja 3 hari then balik lagi ke kampung. mana aci, adik beradik lain semua ada kat kampung dapat tengok newborn. mana boleh antie tak dapat peluang.  lepas dapat tengok newborn, ada gak ambik peluang tukar pampers si kecik ni sekali, haha, *1st time tu bersihkan berak baby. peluk cium puas-puas, ambik gambar, rakam video buat simpanan dalam handphone. barulah lega nak balik semula...

Banyak Bercakap Kurang Mendengar

Ya. bila cakap banyak tak henti-henti. maka kuranglah nak dengar. sebagai contoh. dengar orang sebelah bergosip pasal si polan. tak tanya habis lagi, tak siasat lebih dalam lagi, tapi cepat ja buka mulut bercerita kepada A, B, C, D, E hingga Z. lepas tu sampaikan cerita versi dia sendiri. tambah garam, gula, ajinomoto, biar cukup rasa so cerita makin sedap untuk disebarkan. dan seterusnya. itulah kata, mengumpat ni memang sedap, menokok nambah lagilah sedap. Tambah sedap lagi, sudahlah tak tau cerita sebenar, tapi mahu jadi hero datang kepada orang dan menasihati begitu begini, nak nasihat tu bagus, tapi kalau topiknya tak tepat, kan ke memalukan diri sendiri. contohnya, dapat tahu officemate ni tak tidur rumah sendiri, terus kata budak tu liar, padahal orang tu bermalam rumah adik dia, atau pakcik dia, kan ke elok-elok konon nak nasihat tapi dah jadi fitnah. sebelum bercakap. belajarlah untuk lebih mendengar, tak tahu, bertanya. kalau malas nak tanya, diam je, jangan suka pan...

2013 dan CRUSH.

Assalamualaikum. Salam 1 FEB. Alhamdulillah. Januari berlalu dengan baik. Hidup masih sangat baik di Putrajaya. InsyaAllah akan stay lebih lama lagi, entah kenapa. rasa macam life kat Putrajaya ni best sangat. walaupun ada cabaran kecil sikit-sikit, tapi yang manis lagi banyak. duk KL dulu banyak pahitnya. seperti cinta yang putus di suku jalan. contohnya lah. Sobs. 2013 patutnya umur dah nak masuk 26 tahun, (walaupun patutnya lambat lagi sebab tarikh lahir bulan Nov). tapi kalau orang tanya umur aku. terus terang je bagitau 26 tahun. perasan senior dah kengkonon bila melepasi usia 25tahun. tapi single lagi you so tak ada la senior sangat, awet muda lagi sebenarnya. Haha! segan sebenarnya nak sembang pasal crush di umur begini. (feeling dah terlalu matang nak buat ayat "I have crush on you"). tapi nak buat macam mana. memang titlenya crush saja. bukan boyfriend. takkan nak kata calon suami sedangkan tengah perasan sorang-sorang kan. T________T. 2013 dan crush b...

Januari 2013

Tanggal 10 Januari 2013. sebenarnya tarikh ulangtahun perkahwinan mak abah yang ke-28. tapi pada kali ini, ia juga menjadi tarikh sedih buat ahli keluarga besar abah, iaitu pergi tak kembalinya arwah nenek (mak kepada abah) kerana sakit tua. kronologi kisah kepergian arwah nenek berlaku dengan sangat pantas. arwah mula kurang selera makan sejak sebulan lalu. makan dengan sangat sedikit. sentiasa tak lalu makan dan makan sebab terpaksa. padahal sebelum tu arwah nenek memang kuat makan. nenek jugak sangat pendiam, sedangkan sebelum tu arwah memang sangat suka bercerita tentang macam-macam perkara, tapi kebanyakan kami ingat perkara tu adalah biasa sebab nenek dah tua. rupanya itu memang petanda awal yang nenek akan pergi untuk selama-lamanya. cuti New Year yang lalu, adalah kali terakhir aku dapat jumpa arwah nenek, masa tu arwah masih mampu lagi nak ke bilik air sendiri walaupun dengan merangkak. nenek memang dah tak boleh berjalan sejak bulan puasa tahun lepas. arwah nenek tak...