Eksklusif:- Entry Permintaan Hati
Ya Allah, hanya Engkau Yang Maha Mengetahui isi hati hambaMu ini. Aku manusia lemah, dan untuk itu. Aku sangat mengharapkan keajaiban. Perasaan kali ini sangat kuat hingga aku sendiri hairan dari mana datangnya perasaan aneh sebegini. Tapi percayalah bahawa demi kamu, aku mahu menang, aku takkan mengalah sebelum berjuang. Perut tegang, tarik nafas dalam-dalam dan lepas perlahan-lahan. Aku sebenarnya banyak bersusah. Tapi memang bukan aku jika diminta untuk mengalah. Aku menulis ini dengan tangisan. Ini sangat benar, bahawa perasaan ini adalah sangat sakit. Sakit kerana aku tidak dapat meramal masa depan. Aku bimbang. Mereka menasihati aku supaya jangan cinta mati. Tapi aku sendiri tidak meminta ini, perasaan separuh nyawa. Di saat orang lain mungkin berpisah kerana insan ketiga, pudar kasih sayang dan segala yang sewaktu dengannya. Kebimbangan aku bukan untuk masalah seperti itu. Aku benar-benar bimbang sekiranya walaupun tanpa orang ketiga, walaupun perasaan kita begitu k...