Posts

Showing posts from July, 2017

Kenapa Menganggur Dipandang Hina

Mengimbau kisah dahulu. actually tahun 2015 la masa awal tahun. masa ni aku dah terima tawaran masuk government tapi surat panggilan belum sampai lagi. and kebetulan aku ada krisis sikit dekat tempat kerja lama yang memaksa aku untuk resign awal dan jadi penganggur untuk beberapa bulan. oleh sebab memang jenis tak suka duduk rumah, and tak nak susahkan mak kalau tau aku tak ada kerja, yelah sebab aku ada komitmen kereta, sewa bilik and so on. so aku still stay kat putrajaya duduk saja kerja berjalan je tapi bukan berbelanja lah. sikit-sikit simpanan aku habis. dari amaun lebih tiga ribu dalam bank, memang susut dan susut sebab menanggung diri aku yang menganggur time tu.   ok cerita nya baru nak mula, sebenarnya ini bukan kali pertama aku tanam anggur berbulan-bulan (2-3bulan) tapi kali ketiga. sebelum tu masa tahun 2011 lepas aku pindah dari UM. dan jugak 2013 lepas aku resign dari taska kat putrajaya. masa 2011 n 2013 still okay sebab aku ada buat kerja secara part time...

Rutin Ibu Bekerja

Image
  Assalamualaikum. Hai Julai 2017. Selamat Hari Raya. mood masih beraya sebab nak makan makan di open house raya minggu ini dan minggu depan. Tahun ni beraya pertama di rumah mertua. Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja 5hari 4 malam berpuasa dan sambut awal Syawal di sana. Pertama kali beraya bersama anakanda teruna sulung kami. Azzam murah rezeki, siapa yang jumpa dia terus hulur angpau raya. kadang satu rumah tu sampai 4-5 orang hulur angpau.   diam tak diam dah 7 bulan ibu bekerja selepas cuti bersalin. Azzam pun dah nak masuk 10bulan. sekejap je masa berlalu. Anak ibu tak lama lagi masuk setahun umurnya. Rindu Azzam yang baby yang merah-merah lagi tu.     Azzam Ashraf umur 4 hari. tembam, mata sepet macam anak cina. merah lagi masa ni. Wangi sangat         Selama nak masuk 10 bulan ni, Azzam easy baby sangat-sangat. dia tahu ibunya bekerja tak dapat nak berkepit dengan Azzam 24jam. Azzam sangat mudah dijaga, jara...