Dia Datang..
Manis itu tak datang sendirian, ia selalunya disulami dengan sedikit kepahitan. Tapi pahit kali ini tidak juga sedikit. Mencabar kesabaran juga. Berat juga aku diduga. Mana pun aku pergi, manis dan pahit sentiasa menemani. Jauh mana aku berlari, ia tetap datang silih berganti. Izinkan kali ini untuk aku terus disini. Kali ini, aku mahu terus kuat berdiri, bukankah aku, bukannya budak lagi. Segunung sabar aku untuk pertahankan diri. Bezanya kini, perjuangan tidak lagi sendiri. Kita akan selalu ada untuk satu sama lain. Sama berjanji, dan sama bulatkan hati. Destinasi kita satu hari nanti, bukan lagi sebuah mimpi. 20 Mei 19** Selamat Ulangtahun Kelahiran Sayang.