nikmat yang hilang..

Allah tidak akan menguji kita akan sesuatu yang tidak tertanggung oleh kita.. Allah beri ujian tandanya Allah sayang pada kita..dan orang yang beriman itu, tidak akan berhenti daripada diuji oleh Allah s.wt.. jadi, aku harus optimis dan kuat semangat atas segala apa yang berlaku dalam hidup aku...ujian kesakitan, dan kesedihan adalah ujian biasa dalam kehidupan seorang mukmin..

memang agak sedih mengenangkan nikmat yang telah Allah tarik sementara dalam hidup ini.. iaitu nikmat untuk menjamah apa jua jenis makanan..sedangkan dulu aku tak punya sebarang masalah alergik terhadap makanan.. sekarang aku mesti berpantang daripada makan apa jua makanan dari laut.. bukan lagi kerana masalah gatal sekiranya memakan makanan laut, tapi makanan laut jugak menyebabkan kaki aku bengkak dan sakit untuk berjalan..

tapi alhamdulillah, ujian sakit ini diberi ketika aku berada di mggu study week.. moga aku sempat sembuh sepenuhnya sebelum tarikh peperiksaan tiba..cuma setiap hari aku terpaksa makan sumber protein daripada ayam atau daging dan aku harus melupakan segala hidangan makanan dari laut sehinggalah satu ketika nanti moga Allah akan mengembalikan semula nikmat yang hilang ini..Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S