untuk sekian kalinya..airmata ini menitis lagi.

Ya Allah. kenapa ya dalam minggu ini begitu banyak kesedihan. baru seharian Isnin aku happy semula. hari ini aku menangis lagi sedu-sedan. Damn! aku tak boleh teruskan menaip. juga aku tak boleh focus study. mood aku kembali bersedih.

kenapa dia pergi dengan tiba-tiba? dia pergi untuk selamanya..


tadi petang k.l hujan lebat. aku off laptop. baring-baring dan tertidur. bangun tidur jam 6.30 petang. lepas solat asar. aku on laptop. baca satu tajuk entry kat bloglist. daripada blog Jard. Al-Fatihah untuk Bro Hisham?. why. why. !

Bro Hisham kemalangan. aku still tak percaya. bergegas aku capai handphone. cari number Kapten. belum pun aku tanya. Kapten lebih dahulu memberitahu. Ya. Bro Hisham dah meninggal dunia. WHAT!

masih segar dalam ingatan, jemputan dari Bro supaya aku attend wedding beliau 10Apr lepas. belum pun sebulan beliau berkahwin, kini beliau sudah pergi selamanya. berjuraian airmata aku. benar-benar terkejut. tak sangka.

betapa di permulaan aku berblog. beliau adalah antara pembaca setia pertama yang sentiasa meninggalkan komen dalam setiap entry di blog ini. selalu dalam setiap komen. beliau pasti akan menyebut, "take care".

sememangnya mati itu pasti. entah bila masanya, kita takkan pernah tahu. lalu aku segera mengenang kembali. kenapa aku begitu bersedih dengan 'ragam manusia'. sedangkan satu hari aku bakal meninggalkan mereka. bukankah seharusnya aku patut mengenang dan memberatkan urusan agama ku. juga amal ibadahku. bersediakah aku menghadapi sakaratulmaut? dengan amalan yang sedikit, layakkah aku mendampingi syurgaMu.


Jadikan kematian saudaramu, sebagai keinsafan buatmu.


p/s: al-fatihah buat Allahyarham. setulus doa buatmu. semoga tenang di alam baru. Amin.

Comments

green said…
alfatehah utk bro sham
Adila Ady said…
tak sempat kenal dia sarah...tp time blogwalkin ada jugak y cerita pasal dia..semua y baik2.moga dipermudahkan urusan dia disana..alfatihah!
Frodo Baggins said…
Big Hug Sarah ~~
Al-Fatihah buat arwah.
arwah klaka ... baik tentunya

sedih.

:(


Takziah buat keluarga arwah.
Unknown said…
ya Allah
terkejutnya ery
al-fatihah utk arwah
tgh sebak ni.
joegrimjow said…
tgok title blog alie cam xcaye
tgok blog jard pon xcaye
tgok blog luffy
baru bleh caye
Kehilangan beliau sangat terase.. Banyak kesah2 dengan dia dan lepas ni tiada lagi panggilan Doc dan usikan dari beliau.. Al fatihah..
risanur said…
al fatihah...
setiap manusia akan kembali kepada Penciptanya...
nora said…
kita akan sentiasa merindui arwah..
Unknown said…
al fatihah buat arwah
syahirul said…
moga Allah permudahkan urusannya di alam barzakh... moga ditempatkan bersama org beriman.. amin... Al-Fatihah..

innalillahi wainna ialai hirojiuun...
Seimura said…
sedih siot. tak sangka sgt. ohhh...
Unknown said…
saya pn terkejut sarah... tp mati janji tuhan pd kita.. ms kita juga akan tiba nanti.. alfatihah buat bro hisham...
meo188 said…
wah... mankin gempak cik sara.. blogger girl...

:)

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S