The Mines. (entry bergambar) part I

salam semua..


ok. cerita ini adalah tentang perjalanan semalam.  seperti yang anda maklum. aku dan 6 orang rakan baik berjalan-jalan sampai ke The Mines. bukan jalan kaki, tapi kami bertujuh menaiki LRT dari stesen Universiti ke stesen KL Central. dan kemudian mengambil Komuter untuk ke Serdang. punyalah ramai manusia masa naik komuter kat kl central, rasa nak patah pinggang. sebab berdiri macam senget. sebab sesak. sebab Arghh! tak selesa. tapi part sesak ni tak lama. ramai manusia yang turun kat Mid Valley. Ek eleh pergi Mid je ke. alohai. bosannya MidV. Ai tak heran langsung dah dengan MidV. dengar nama pun nak muntah dah. wek.wek. KahkAh! sumpah bosan. no.no. aku tak ajak pun korang supaya sama-sama bosan. nak pergi MidV pergilah. pergilah. pergilah hari-hari sampai engkau bosan. WakaKa!

-

-

-

-



gambar agak shake, gabra sebab komuter da sampai.

-

-



after sampai stesen Serdang. kena cross guna this jejantas untuk menyeberangi jalan raya. kalau tak guna jejantas. mustahil selamat. I ingatkan awal-awal. gunalah jejantas. Wajib!

-

-



ok, lepas dah guna jejantas, sampailah kita ke tempat ini. tempat untuk naik 'bot'. entahlah 'bot' ke apa ntah nama dia. tapi memang kena naik benda tersebut untuk sampai The Mines.

-

-



inilah bendanya. boleh kot nak panggil 'bot'. sebab dia guna enjin. tak seswai panggil sampan. sebab pendayung tak ada. HaHa!

-

-



kawan aku yang seorang ini. Husna. dia boleh ketinggalan bateri kamera. ralat sungguh beliau. ada kamera tak ada bateri. so kali ini, kamera aku ada banyak gambar beliau. demi menghilangkan rasa ralat tersebut. hehehe.

-

-




dan inilah 'view' yang dapat dilihat dan dirakam oleh penulis belog. oh ya. naik benda alah ni bukan free. kena bayar. tambang sehala, RM2 tiap seorang.

-

-



ok. dah nak sampai.. phewitt!..teruja.

-

-



ok. kat dalam air ini ada ikan. ikan besar-besar. taktau sejak bila depa pelihara. mungkin dah bertahun-tahun. kalau nak bagi ikan-ikan ni makan. boleh beli makanan dia, sepaket 2 ringgit.

-

-



dah sampai. nampak tak tulisan kat atas tu. The Mines!

-

-


oleh sebab sampai sini dah pukul 2.50 petang. perut pun dah lapar. kita makan dulu. sorry! aku dan kawan-kawan dah terbosan-bosan dengan KfC, mCd, PIzza dan segala yang sewaktu dengannya. so kami pilih tempat makan yang lain sket. Garden Cafe. kedai makan ni macam-macam ada. Nasi puteh dengan lauk pun boleh order, dan ada juga western food. menu dia cukup banyak. pilihlah mana-mana berkenan. bab harga. standard la. kalau nasi puteh ngan tomyam campur dalam 7ringgit. kalau western food 10 ringgit ke atas.

-

-




kawan-kawan aku semuanya order menu yang ada nasik.

-

-






aku saja yang makan menu tanpa nasi. this is Chicken Steak. RM 13.75 sen sekali dengan Sirap limau. cam biasa. kedai makan kat mall of course ada Tax. macam la you all taktau. haha!


-

-

----------------------------------------------------------------------------


dah banyak sangat gambar. over load pulak entry ni nanti. takut loading jadik lambat. so. entry ini bersambung lah. nantikan slot part II. pada malam ini.




p/s: macam biasa. gambar penulis memang tidak ada...KaHkAH!

Comments

Sesumpah said…
walaaaa
baru tau bole naik bot dr situ
grr!


mau gmbar penulis :))
fauziibrahim said…
wah best nye jalan2..
saya pun sama gak suka gak jalan2 kat the mines tu.. makanan best tempat shopping pun byk.. leh tgk movie..
bH said…
pehh..tak tau pun ada venice di malaysia..hik hik hik..
jauh pulak subang dengan serdang..
zac zirwan said…
pergh..bestnye dapat naek bot tuh..
lumut said…
dulu aku dok uniten slalu sgt g mines..kalau kau bisan ngan mid..aku mines dah jadik umah ke2...hehe...

bestnye makan kat malaysia...heaven!!
Frodo Baggins said…
>.___<<

best ... hahahha
rindu lepak2 haishhhh
jap lagi aku g tempat nie...
hehehehe...
tOm said…
hahaha... seronok jenjalan ye.. =P
Hafiz Yusof said…
dah lama tak g mines..rindu nk bagi ikan2 tu makan roti
.::WaNiE::. said…
oo dah ada shuttle rupanya serius tak tau :D dulu2 turun komuter menapak ler sampai mines tuuu :P
aisHa 'S' said…
lame da xpegi the mines..
hurm.
NiZaM Limited said…
wahh..tempat best..xpnh pg sane lg.waaaa..

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S