review korean drama series: Personal Taste



memang dah lama sangat menanti-nanti lakonan Lee Min Ho untuk drama korea seterusnya selepas lakonan mantap beliau dalam Boys Over Flowers. Personal Taste adalah drama bersiri kedua lakonan beliau. masih lagi ditayangkan di South Korea. kat you tube cuma boleh akses sampai episod 12 sahaja. the next episode kena tunggu lah.

berkisarkan Jin Ho (hero utama) yang sedang membina kerjaya sebagai arkitek, dan dalam masa yang sama terpaksa fight dengan company yang dulunya pernah menjatuhkan karier arwah bapanya. juga misi misteri yang perlu dilakukan ke atas rumah peninggalan seorang lagenda arkitek, yang mempunyai seorang anak perempuan. Kae In. (heroin utama).

Jin Ho seorang lelaki yang metroseksual hingga disangka sebagai gay. manakala Kae In adalah seorang wanita yang selalu cuai, pengotor dan selekeh. atas sebab mahu menyewa bilik di rumah peninggalan lagenda arkitek. Jin Ho terpaksa berpura-pura bahwa beliau adalah gay maka Kae In akan membenarkannya untuk tinggal di rumah tersebut.

semua watak adalah berkesinambungan. watak heroin kedua, In Hee. selaku kawan kepada Kae In yang such a bitch. pentingkan diri sendiri dan berhati busuk. sanggup merampas kekasih kawan sendiri bukan satu kali malah mencuba untuk kedua kali juga. perempuan penggoda yang bermuka tembok.

hero kedua Chang Ryul, adalah kekasih pertama Kae In yang curang dan memilih kawan Kae In sebagai pasangan. juga pesaing terdekat Jin Ho dalam karier sebagai arkitek, bapanya merupakan orang yang bertanggungjawab menggagalkan setiap peluang Jin Ho untuk mendapatkan projek pembinaan.

konflik bermula apabila Chang Ryul dan In Hee berpisah. manakala Jin Ho dan Kae In saling jatuh cinta, Jin Ho akhirnya mengaku bahwa beliau bukan gay. Chang Ryul yang telah menyesal, mahu merebut kembali Kae In. dan dalam masa yang sama. In Hee begitu berminat terhadap Jin Ho dan sebolehnya ingin menghancurkan hubungan cinta Jin Ho dan Kae In.


over all, cerita ini all in one. funny. ceria. sedih. menyampah. n everything perasaan semua ada. serius tak sabar nak tunggu episod 13 n seterusnya. Huh! rasanya DVD dia belum ada di pasaran. kat My Soju pun baru sampai episod 11. HuhU.!


p/s: rasanya peminat setia Lee Min Ho takkan ketinggalan tengok cerita nih. btw, selamat menonton!

Comments

.::WaNiE::. said…
kalau tengok citer korea abis mood episod tu bawak dalam kehidupan seharian hehehehe
Aku dah selamat donlod 12 episod.. Rase mcm nak bukak kedai jual DVD korea jek.. Wakakaka.. Sebab peminat2 lee min ho mst nk ulang tayang tgk mamat tinggi pakai seluar senteng dan takde stoking dn kasut comel.. Wawawa.. *cute gak laaaa*

Tapi kan.. Entah nape.. Aku suke nengok muke chang ryul.. Walaupn dia tak gentleman lngsung.. Ekeke..
nuraarin-life said…
Rasa macam baca skrip.. best!! Mmg tak sabar, saya lebih suka tonton DVD, so rela tunggu....

Mesti cari!!!
Farihah Ahmad said…
aku pon da post sal cita ne kt http://cengkihkali.blogspot.com/2010/04/cik-amoi-yg-jahat-membuatkan-ketagihan.html
man layan ah cita neh.
juelee said…
salam singgah.. nak kene tengok nie..
Anonymous said…
apasal ada menyampah? haha


Latest:Santai: Aku dan Mesin Vending Nescafe
Hime said…
download lg cepat kuar dr kat mysoju..tgk kat dramafever pn lg cpt dr mysoju
cikNiarun said…
wa..mase menggoogle dan mencari torrent..lalalal

thanks for sharing!
Hasrol Nizam said…
erk. tak tgk cerita korea2 or jepun ni..hehe..
biar pun kawan dah ajak tgk byk2 kali..keras betul hati nak tgk..
lagi satu mungkin kurang sikit tgk cerita series ni, suka tgk movie je
Cap Api said…
mcm best jer..
Kniedaz said…
tak berapa minat cite korea..ada tgk dulu citer apatah tajuknya tapi sangat best..lupa ahhhh
notti netti said…
harus gie donlot skang....
ANIS ASILA said…
tengok kat youtube laju oh. memang puas hati. nak tunggu loading pun tak lambat. (:

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S