notty/nakal.-> zaman skola.

tadi pagi, sy ke MV beli stok roti...musim study tak sempat nak beraksi didapur maka roti saja jadi hidangan utama...masa keluar dr carrefour sy ternampak budak skola menengah ramai2 makan di domino pizza midvalley..cam pelik la diorg ni makan pizza pukul 10 pagi dengan pakaian seragam..tak pi skolah ka?.

dan bila sampai rumah sy terus terlintas mahu mengimbau kenangan kenakalan di zaman skola dulu2...huhu

skola rendah sy adalah budak skema sebab tiap2 tahun jadi penolong ketua darjah..bohong je.bukan tiap2 tahun..darjah 1 dan darjah 5 sy jadi orang awam takda jawatan. kenapa sy tak jadi pengawas?..tulah..darjah 5 baru nak dilantik jadi pengawas tp telah ditakdirkan berpindah sekolah maka cita2 jadi mawas tak kesampaian..bila pindah skolah baru takkan tiba2 guru displin nak melantik budak baru ni jadi pengawas.. nnti sentap semua budak2 lama terus pasang banner protes budak baru..(ceh, macam budak U la plak mengusung banner sana sini..tetiba terbayang suasana pilihanraya kampus dimana kanak2 IPT lebih gemar mengusung banner dr menghadiri kuliah..alahai..sem depan dapatlah menonton suasana begini lagi). sy juga dikatakan sbg budak skema sebab berkawan ngan budak pandai..biasalah time skola rendah mana ada budak pandai yg nakal...tp time skola menengah, budak yg rajin 'fly' malam tulah yg dapat 9A PMR..hebat betul mereka..tahniah!

fasa skola menengah sy mulanya tidak juga nakal..tp notty tu ada..biasalah nakal ni sebenarnya berpunca dr aktiviti 'melanggar peraturan'.. duduk asrama mmg banyak peraturan, dan juara memprotes mmg adalah sy! baru tingkatan dua sudah pandai ponteng kelas..bukan ponteng la..tp balik setengah jam awal..haha..balik awal sebab projek kerja kayu sudah siap (org lain masih terhegeh-hegeh lagi) dah siap kerja buat apa nak duduk dalam makmal..maka sy, Yan. dan Ruby pun pulang ke asrama..tapi biasalah bila pertama kali buat jahat maka kita akan berasa takut2..bukan apa..takut ja kalau ada kes kecurian berlaku, maka kami bertiga yg akan dituduh..maklum saja, kes kecurian di asrama mmg amat fames! (baju dalam aku sidai kat ampaian pun org berkenan pi curi buat koleksi perangai apa ntah mereka ni busuk sungguh).

time form 3, notty juga, apabila time maghrib sy pernah memonteng acara zikir & tadarus..perangai sebegini terjadi gara2 nak tengok favret team England vs Argentina time world cup 2002..baru beberapa minit tengok tetiba warden buat perjumpaan pelajar secara mengejut di surau..maka terkedek-kedek la sy n the geng bola masuk surau semula. kantoi betul la.kuciwa tak dapat tengok david beckham.isk.

time form 4, mmg notty juga, masuk skola yg fully duduk asrama mmg mencabar..huhu..sy pernah secara pertama kalinya mencuba untuk ponteng kuliah maghrib...org lain buat agenda ini sudah berkali2 tidak pula kantoi...tp sy baru 1st time try terus kantoi..malam tu lebih 20 org pelajar aspuri didenda berzikir di dataran depan dewan makan..acara sebegini mmg menarik untuk ditonton oleh para junior..nasib baik la malam maka tak la  nampak sangat muka2 'baik hati' ni menjalani proses denda..muahaha!

time form 5 sy tidakla nakal kerana insaf diri nak ambik SPM..muahaha.tapi tengok kenakalan junior mmg menjadi2..tiap2 malam acara dating di tangga mmg macam acara wajib mereka..kecik2 dah pandai berdating tulis surat cinta, bagi bunga, bagi coklat..kelihatan cam indah tp I geli dgn perangai pelajar hingusan ni..

hari tu masa spend time kat rumah seminggu, my sis yg bersekolah kat skola yg sy belajar dulu bercerita pasal kenakalan bebudak skola tu..tak tahan bila dengar anak pengetua n the geng boleh digantung time percubaan PMR..apasal la perangai diorg ni dahsyat sangat..punya la cam jahanam perangai anak pengetua apabila menjadikan rumah ibunya sebagai markaz ponteng skolah tatkala ibunya berkursus luar selama seminggu...anak pengetua sendiri yg jadi maskot gejala ponteng,sudahla ponteng, merokok pula! betul2 memalukan ibu sendiri..nasib baik adik sy perempuan..bukan apa,perempuan ni terkawal sket kenakalannya..sebab budak perempuan ni cam ada rasa segan...kalau nakal pun takkan senakal mana..

so, pada bebudak skola yg baca blog ni...jgn nakal2 sangat..ponteng kelas kalau sekali dua tak apa I benarkan..kalau sampai seminggu tu mmg la kau nak kena..bayar yuran mahal2 jgnlah merugikan diri sendiri dgn gejala ponteng terlampau..muahaha!

pada yg dah masuk U pun janganlah memonteng secara terlampau jugak..at least kehadiran 80% mesti dalam genggaman kalau tak abisla kena banned tak boleh ambik exam..ni kalau UM la..kalau U lain sy taktau...huhu

pada yg dah bekerja pun janganlah kau tuang-tuang @ curi tulang..tiap saat kau kerja itu dibayar..kalau kau tuang2 maka beringatlah dengan gaji yg kau terima hujung bulan tu nanti akan jadi darah daging juga dan akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak..

p/s: hari ni makan roti sampai lebam.

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S