bacaan santai=>>>fakta pelik di dunia..

bacaan ringan...mgkin you all pernah baca ia dimana2 majalah or internet...sy taktau sejauh mana kesahihan fakta ini..kalau rasa tak percaya, boleh la mencuba wat kajian sendiri..layannz..!


# Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.

# Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat di bumi.

# Secara purata, ramai manusia lebih takut labah-labah daripada takut mati.

# Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.

# Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.

# Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.

# Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.

# Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri.

# Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.

# Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.

# Semua beruang kutub adalah kidal.

# Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.

# TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.




p/s: Hampir semua pembaca post ini akan cuba untuk menjilat sikunya.

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S