Posts

Pregnancy: Minum Air Gula dan Diabetis Ketika Mengandung

Assalamualaikum. Ok kali ni kita nak sharing sikit entry ilmiah untuk ibu-ibu hamil. Ada banyak persoalan bagi ibu-ibu bila ibu disahkan hamil, antara persoalan yang paling glamer adalah tentang prosedur minum air gula, siapa yang perlu/wajib minum air gula? untuk tujuan apa ada prosedur minum air gula? dan apa yang perlu dilakukan ketika ibu diminta minum air gula.  Ok. ini perkongsian dari Klinik Kesihatan tempat aku cek up. Tak semua ibu hamil perlu minum air gula. Antara faktor ibu-ibu perlu minum air gula adalah: 1. Faktor keturunan, ada sejarah kencing manis dalam ahli keluarga 2. Berat badan berlebihan. Bergantung pada BMI, jika overweight atau obesiti ketika 1st time buat buku. 3. Kenaikan berat badan yang mendadak ketika hamil, iaitu lebih 2kg dalam sebulan.  4. Faktor umur, hamil pada umur 30 tahun ke atas wajib minum air gula walaupun tiada sejarah kencing manis dan tidak obesiti. Tapi ada jugak sesetengah Klinik Kesihatan yang wajibkan minum air ...

Resepi Nasi Goreng Kampung Simple

Image
Bahan-bahan: Sepinggan nasi putih (pinggan besar dan penuh, menu untuk seorang makan) Minyak masak (sesenduk) Segenggam ikan bilis  2 Ulas bawang putih 1 Ulas bawang besar 8 tangkai Cili Padi Sebiji telur ayam Garam dan ajinomoto secukup rasa Cara-cara: Goreng ikan bilis yang telah dibuang kepala. Angkat dan asingkan. Kisar/tumbuk bawang putih, bawang besar, cili padi dan sedikit ikan bilis mentah. Panaskan kuali, tuangkan sesenduk minyak masak. Setelah minyak panas, masukkan bahan kisar. Kacau rata, masukkan garam dan ajinomoto. Masukkan sepinggan nasik putih, Kacau rata. Masukkan telur dan kacau lagi. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng. Gaul rata, dan nasik goreng sedia untuk dihidang.Boleh goreng telur mata kerbau jika rajin. 

6 bulan Perkahwinan.

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah. tak terasa masa berlalu, rupanya dah melepasi setengah tahun tempoh perkahwinan. Thank you suami kerana sudi berhijrah mengikut isteri menetap di bumi Mersing ni. walaupun pada awalnya merancang untuk PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh) tapi saat akhir aku request supaya suami berhenti kerja sebagai chef di Senawang Negeri Sembilan supaya kami boleh duduk bersama mulakan hidup baru bersama-sama di Johor. Ya, suami berhenti kerja 2 hari sebelum kami berkahwin and masa tu suami belum dapat apa-apa tawaran kerja pun kat Mersing. Tapi aku yakin je, rezeki di tangan Allah. dan rezeki ada dimana-mana. Keputusan dibuat setelah fikir masak-masak, disebabkan aku kerja tak tentu masa, weekend pun on call sebab aku bertugas bawah unit Penguatkuasa Jabatan Agama, selalu ada Operasi, and suami pun kerja sebagai chef cuma dapat off day sehari dalam seminggu itupun weekdays, jadi untuk PJJ memang tak praktikal. Tambah pulak dengan kos perjalanan dari Mersing ke S...

Resepi Mee Goreng Sedap

Image
Ok. disebabkan ini adalah blog seorang yang berstatus isteri, maka mestilah ada aktiviti memasak jikalau rajin. Sebenarnya aku tak masak hari-hari. Bukan sebab pregnant tapi sebab kadang taktau nak masak apa and kadang suami pun boleh memasak.  Sebenarnya memang suamiku seorang tukang masak tapi kalau masak di rumah selalu 'gaduh mulut' dengan isteri sebab dia nak masak kat rumah style kat kedai sedangkan kat rumah ni barang asas je kita guna untuk memasak. Yelah aku dah biasa mak ajar masak semua pakai bahan yang senang. Tapi suami ni semua benda nak letak dalam masakan, kicap sotong lah, air limau lah, sos tiram lah. Hahaha. Mee Goreng Sedap. Disebalik cerita masak mee goreng ni, on that day suami ada katering kat Politeknik Mersing and aku berbuka puasa seorang je kat rumah. so bila masak sorang suka hati aku nak masak style macam mana. yeaaa. Jadi kita kongsikan kat sini resepi mee goreng ni. mudah-mudah sahaja. Bahan-bahan. 2 pinggan mee ku...

Pregnancy: Perkembangan 2nd Trimester

Alhamdulillah now dah masuk 26weeks maksudnya dah cukup 6 bulan usia kandungan. macam sekejap pulak masa berlalu. tinggal 3 bulan je lagi InsyaAllah baby akan jumpa mama and ayah. Pengalaman awal 2nd trimester ialah alahan stop serta merta. kandungan dah kuat, aku pun sihat je tak ada lagi morning sickness. selera makan semuanya okay. pertambahan berat badan untuk 2nd trimester ni dah masuk 5kilogram. tapi belum cecah 70kg lagi berat aku. dah minum air gula sebab hari tu berat naik mendadak 2kg lebih dalam sebulan. and result air gula pun dah dapat. aku bebas dari kencing manis. so tak perlu ambik darah yang 4 kali sehari sampai ke malam tu. Alhamdulillah.  Pergi cek up semuanya okay takda masalah. keputihan pun tak ada. kencing tak kotor. sembelit pun tak ada Alhamdulillah lawas je buang air paling lambat 2 hari sekali or kadang sehari 2 kali. depends banyak mana aku makan and apa yang aku makan. cuma satu je yang kurang, bacaan HB aku masih kurang dari 11 iaitu 10 lebih. aku...

Kursus di PNB Ilham Resort Port Dickson

Image
Assalamualaikum. ok ini cerita awal April 2016, sebenarnya April adalah bulan ulangtahun aku berkhidmat dalam perkhidmatan awam Johor. Alhamdulillah dah setahun. sebenarnya masih baru dan masih banyak ilmu dan pengalaman yang perlu dipelajari dalam bidang kerja ini. kalau ikutkan dalam setahun ni, dah banyak kursus yang aku kena pergi, semuanya berkaitan dengan bidang kerja. tapi macam tau je aku memang suka berjalan, so kursus ni bagi peluang jugak kat aku untuk ke sana sini melihat tempat orang. Kursus kali ni bertempat di PNB Ilham Resort Port Dickson Negeri Sembilan. Jadi aku kongsikan sikit gambar-gambar lokasi kursus kami kali ini.  orait. ini adalah view dari apartment kami. ada kolam renang and of course boleh mandi tapi waktu siang sahaja. pakaian mandi haruslah sopan. menjolok mata tidak dibenarkan.  sebabkan peserta kursus ni lebih dari 50 orang so jabatan sewakan apartment.satu apartment ni macam kita sewa homestay la. ada 3 bilik. satu bilik ada d...

Pengalaman 1st trimester.

Alhamdulillah bertemu lagi. sedikit coretan pengalaman pertama menerima orang baru dalam hidup. this is my 1st baby InsyaAllah. kita mulakan dengan macam mana tahu aku pregnant. actually masa kawen hari tu aku memang baru habis period. and aku memang plan kalau boleh nak terus mengandung so kami berdua tak ada merancang ke apa. memang berharap kalau boleh nak terus ada baby.  bulan Januari patutnya aku period awal Januari tapi tak datang pun and delay sampai seminggu. aku still tak cek UPT and relax dulu. tapi masa ni dah rasa ada cramp kat perut macam nak period tu lebih kurang je rasa dia. bila dah lebih seminggu tak datang haid aku pun decide nak beli UPT. beli sampai dua sebab adik kat farmasi tu kata biasa orang cek lebih dari sekali. tak apa beli je. satu tu harga dalam rm11.  aku test urin awal pagi masa bangun tidur nak solat subuh. memang berdebar jugak hahahaha. Alhamdulillah naik double line. macam tak percaya dah boleh berangan jadi emak-emak. masa tu...