wish me luck on my 1st trial:- 'English tutor to be'.


tugas yang diberi adalah mengajar English kepada seorang budak lelaki Melayu berusia 14 tahun. tempoh diberi hanya 10-11 hari. 4 jam dalam sehari. bukan mengajar macam mana buat karangan dalam Bahasa Inggeris. tapi mengajar beliau untuk berbahasa Inggeris dalam percakapan harian. sebab selepas 10 hari beliau akan terbang ke luar negara atas urusan karier.

bertemu dengan this kid and his dad two days ago. diorang duduk kat Ampang. akan tetapi sesi tuition akan berlangsung di rumah aku di Wangsa Maju. ayah kepada this kid memang taknak cari seorang yang bergelar Cikgu untuk mengajar anak dia. sebab bukan nak anak dia belajar macam silibus sekolah. tapi more kepada nak anak dia  practice English conversation.

so dalam masa 10 hari yang diberi, aku kena pastikan this kid lebih yakin untuk bercakap bahasa omputih. masa jumpa dia hari tu, nampak dia macam pemalu. tapi nasib baik comel. 

aku masih terkejut yang aku bakal mengajar seseorang berbahasa Inggeris. aku sendiri tak pasti aku mampu mengajar dengan baik atau tidak. akan kah aku jadi seorang cikgu yang garang, atau yang lembut hati atau macam mana. sebenarnya English aku pun bukan terer giler. tapi nak tunggu terer giler bilalah nak mula. dulu aku cuma dapat C5 dalam SPM, and Muet pun cuma band 3. tapi apadehal, itukan pencapaian 5-6 tahun lalu.

actually. aku sebenarnya banyak belajar berbahasa Inggeris melalui kawan-kawan non malay. dari 1st year aku paksa diri untuk speaking dengan diorang. cakap je. belasah je. salah jangan malu. belajar berbahasa tak sama macam belajar sejarah. bukan boleh pick up dengan baca menelaah berjam-jam. mesti nak kena bercakap. bak kata orang kampung aku, 'practice make perfect'. Gituuuuu!

sekarang zaman pun dah canggih, kat internet melambak-lambak video untuk belajar easy English. macam-macam versi, boleh pilih. so internet pun akan jadi pembantu aku gak nanti. benda dah ada, kenapa taknak guna. so nanti that kid pun tak adalah boring mengadap cikgu dia. boleh gak mengadap laptop. cuma aku kena pantau and push dia sket-sket je.

ini memang pengalaman baru. so wish me luck k. kita tengok Isnin nanti, update pasal hari pertama mengajar. Oraitttt!



p/s: sebab tau kemampuan diri yang tak sehebat mana. sejam caj RM10 je. dah kira murah dah ni tau. :p





Comments

Farihah Ahmad said…
good luck. mesti seronok :)
Anonymous said…
ok lah tu
ko pun dapat practice gak sambil2
Shahada Fauzi said…
wow!that's a good new experience..good luck to you sarah!
uncle gedek said…
Task dah macam realiti TV, la pulak!
Shahir said…
akan dapat banyak pengalaman yang menarik nanti. :)

Rm10 sejam? memang sangat3 murah.nak join sekaki la :D
HEROICzero said…
nanti dah terer, boleh demand lebih.

anyway,

gud luck ! =)

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..