Opss! terkadang termain mata..

boleh pandang-pandang....


~lirik lagu sambung sendiri~


kejadian ini pernah berlaku tak berapa lama dulu. masa tu minggu-minggu cik adik sedang krisis dengan cik abang. lalu kononnya pergilah membawa diri sendiri menikmati 'zaman bujang' secara sementara. 

so satu weekend ni, aku pergi online kat Starbucks. sambil-sambil online dengan menghirup americano, sambil tengok orang sekeliling. ya. hari itu hari Sabtu. 

handphone tidak diendahkan. ~lantak kau sana~

Eh. tetiba ada sorang mamat yang agak good looking duduk table berdepan dengan aku. Eherm. pandangan pertama bertentang. Ops. cepat-cepat tengok laptop. buat-buat macam busy. padahal menghadap Facebook yang boring. ceh. dalam hati kata. kenapa mamat ni mesti nak pilih table tu. ~perasan perasaan~

selepas beberapa minit. 

curi tengok-tengok lagi. eherm. sempat menganalisa. mamat ni mungkin umur dalam 27 tahun. tinggi dalam 170cm. tak gemuk. fit la bolehlah. minum ice blended. ohh. banyak kalori tu. errr, dan lagi. tengah online dengan smartphone. 

selama hampir 2jam online kat situ. adalah dalam 3-4 kali ter'shoot' dua hala. tindakan flirt guna mata secara dua hala. Ceh!

beliau blah dulu. aku blah setengah jam kemudian. lantak dia la pegi mana kan, aku saja je nak pandang-pandang. bukanlah terpikat pun. saja-saja suka-suka. tak serius okeyh.

esoknya Ahad. aku datang lagi Starbucks yang sama di waktu yang sama. guess what. tak lama lepas aku duduk. boleh tak perasan ntah masa bila. mamat semalam tu dah duduk kat table berdepan dengan aku. eh. phewww!

ayat cover perasan, mamat ni memang kaki Starbucks lah. bukan macam aku, datang sini sebab rumah belum pasang internet. Ceh. 

dan hari itu tetap serupa seperti semalamnya. hanya sekadar berbalas pandang macam tersalah pandang. tapi demi nak tunjuk ego sikit. aku blah dulu dari situ. kira satu sama.


dan cerita tamat sampai di situ saja. tak ada progress pun sila sedar diri~imnotsingle~. cuma kadang-kadang aku terfikir-fikir. kalaulah aku try kesana di waktu yang sama, agaknya akan terjumpa dia lagi ke tak. Ceh. ~macam dalam drama~



p/s: tapi sumpah masih boleh ingat lagi muka mamat tu. Hahaha!





Comments

Shahada Fauzi said…
hahaha..jaga mata weh!

kang dari mata turun ke hati..erk?


ala..biasa la tu sarah..manusia..kadang2 kita bukan sengaja pun kan nak terpandang lelaki lain dan termain mata..;p
Amni said…
hahahaha.... gila kau... try la.. hahahha....
yanamib said…
tersenyum bc entry u..terbyg situasi u..haha..suwit dowh..dari mata trn ke hari..auww~ eh try la pi lg starbucks..tgk apa lak jd pastuh..wheww =P
budak kecik said…
wah, sgt sweet!! hee
Ur Other Half said…
sweet gak.. tp aie pun ske duk starburck.. mcm tenang xde cam tmpat lain.
ceksumolek's said…
hhaha.. sweet sangat!

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..