kerjaya pilihan jiwa
sebenarnya dalam apa jua pilihan hidup kita untuk jangka masa panjang, kita perlu ada 'jiwa' padanya. dua contoh paling besar yang mesti ada 'jiwa' adalah pasangan hidup, dan juga kerjaya dalam hidup. mesti ada 'jiwa' sebab kita nak membangun bersamanya untuk saban tahun yang mendatang. bertahun-tahun sehinggalah kita sukses. sukses dalam kerjaya, juga sukses dalam rumahtangga.
entry ini fokus kepada 'kerjaya pilihan jiwa'.
pilihan yang kita tentukan, kita sendiri tidak sedar bilakah masa yang tepat untuk kita membuat pilihan. semasa kita kecil, kita memilih untuk jadi seorang doktor. tetapi perjalanan ke arah cita-cita itu tidak semudah kita membuat pilihan, masa kita kecil, kita nampak segalanya boleh dicapai. semakin kita besar, apa yang kita harungi menyebabkan kita terpaksa mempunyai pilihan kedua, mungkin ketiga. its ok. tak apa kalau tak dapat jadi seorang doktor, maka jadilah seorang jururawat.
contohnya my sister, masa kecil nak jadi doktor, dah besar jadi jururawat. ~harap-harap aku boleh dapat adik ipar seorang doktor. HahaHa.
berapa percent agaknya yang berjaya menjadikan cita-cita mereka di zaman kanak-kanak satu realiti di alam pekerjaan.?.
belajar tinggi sampai Universiti, tetapi akhirnya berkahwin muda dan menjadi suri rumah sepenuh masa. menjaga suami, menjaga anak-anak. juga menghabiskan masa terluang dengan berblogging.
ada tak sesiapa masa kecilnya pasang cita-cita seperti ini?
sebenarnya itu bukan cita-cita, tetapi satu pilihan. satu pilihan yang anda tidak perlu berjuang untuk merealisasikannya, tetapi perlu berjuang untuk menjadikan ianya pilihan 'jiwa' anda. macam yang dikatakan di perenggan atas tadi, pilihan 'jiwa' adalah pilihan yang kita boleh bertahan dengannya selama yang mungkin.
30 tahun yang lalu, yang 'berjuang' adalah perempuan yang berkerjaya. sebab di saat itu semua wanita bergelar suri rumah. di zaman ini, yang 'berjuang' adalah para suri rumah dan mungkin para suami mereka, sebab di saat ini semua wanita punya kerjaya.
apa jua pilihan 'jiwa' anda, menjadi doktor, jururawat, guru, bisnesman, malah astranout sekalipun, pilihan itu bukan ditentukan pada had masa tertentu. dan pilihan itu tidak semestinya sama dalam jangka masa tertentu. ada orang memilih untuk belajar dalam bidang engineering tetapi akhirnya berkeputusan untuk menjadi seorang bisnesman Herbalife ~joegrimjow~. contoh lain, Dr Sheikh Muzaffar berjaya bergelar astronout setelah bertahun-tahun berkhidmat sebagai doktor perubatan. jadi, masih tak apa di usia anda 25 tahun tetapi masih belum berjaya mendapat kerjaya pilihan 'jiwa'. teruskan usaha dan doa, masanya pasti tiba.
p/s: nantikan entry akan datang, 'pasangan pilihan jiwa'.
Comments
sangat kasihan mereka yang tidak menyukai apa yang kerjakan tiap-tiap hari. sangat.