YOU TUBE:- some videos are really good to watch.


selamat pagi sayang-sayang sekalian. selamat kembali bekerja selepas semalam bercuti. 


so, entry dimulakan dengan pertanyaan.

*sejak bilakah anda mula melayari You Tube?..

*adakah anda akan melayari you tube everytime you guys come online?..

*what kind of video yang you all suka tengok?.. video Cikgu Shida? atau ujibakat Akademi Fantasia?


aku sendiri gemarkan You Tube. setiap kali online. selepas menghadap Facebook, cek email. baca blog-blog, dan kalau rajin baca berita online. mesti bukak You Tube. selalunya carik video klip lagu-lagu favret. atau video Siti Nurhaliza, perbezaan masa mula-mula beliau nyanyi pakai tudung, dengan yang sekarang. makin lama jambul makin kelihatan. Eh. Eh. itu contoh saja.

beberapa hari lalu. aku ada membaca satu entry di blog Ariffshah, klik SINI untuk baca lanjut. tentang penggunaan bahasa Inggeris. bukan nak puji entry tersebut menarik atau apa, tetapi dari entry itu aku mendapat idea untuk mencari video-video di You Tube yang boleh membantu menambah baik penggunaan bahasa Inggeris aku. frankly speaking. bab berbahasa Inggeris ni, kalau tulis ok. tapi kalau nak cakap memang tak berapa. sebab nak tulis kita sempat nak fikir, kalau cakap kena spontan lalu gagap di situ.


yelah. dah tua-tua begini, nak belajar dengan buku memang tak tertarik. nak belajar dengan text/article pun agak liat juga. jadinya aku hanya randomly search something good kat You Tube. any videos tentang English Conversation. sebenarnya banyak video yang bagus dan membantu.














video di atas merupakan antara simple video, but the simple thing can also gain our knowledge.


contoh:-


What nationality are you?
German.


Where you from?
Germany.




dalam bahasa kita, kita sebut negara Germany sebagai Jerman. but in English, 'Ger-Man' merujuk kepada nationality. sebutan yang sama tetapi makna yang berbeza.


contoh:-


Are you from London, originally?
No, Im Danish.


Danish merujuk kepada nationality negara Denmark.



dari apa yang aku tengok, bila kita berbahasa Inggeris, kita sangat menitik beratkan BETUL dan TEPAT. serius tak macam kita menitikberatkan bahasa sendiri. I dun know why. kalau menjahanamkan bahasa sendiri tak ada orang nak gelakkan kau. sama ada time cakap, atau pun tulis blog, tapi bila buat silap sket bila speaking, atau salah grammar bila menulis status di twitter, mesti kau kena bahan punya. 



'Ada lelaki yang mengaitkan rupa paras yang cantik dan gaya wanita yang sophisticated dengan kebolehan untuk bertutur dengan baik dan penggunaan bahasa yang betul. Bukanlah kita nak grammar tu perfect, cuma kalau maksud dia dah jadi lain, itu memang parah.'




                                                                                                          petikan dari entry di blog.Ariff.



anyway, aku harap, macam mana pun kita belajar menguasai bahasa asing. moga kita adil dengan bahasa ibunda kita juga. yes. aku tak sangkal bahasa Inggeris memang penting. sebab kalau kau boleh speaking berhabuk, memang senang kau nak apply position bagus di alam pekerjaan. dan mungkin senang naik pangkat juga. so itu memang bonus. 

dan pada yang selalu online lepas tu boring tak tau nak surf apa kat internet, daripada jadi sang anonymous yang mengganas kerjanya cari salah orang kutuk sana sini. ada baiknya anda cari video-video yang boleh tambah pengetahuan am. mana tau bila-bila kau jalan ada orang sua mikrofon and tanya kau. "What nationality are you?".. tolong jangan jawab "Malaysia". malu dowh.


Comments

Shahada Fauzi said…
a'a..aku pun setuju dengan entry ariff tu..setuju dgn pendapat ko jgk..

aku tak reti sangat nak speaking..tapi aku suka belajar..lagipun kerja aku sekarang memang memerlukan aku untuk menguasai english dgn baik..T_T

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S