menonton Step Up 3, feel dia memang rasa nak menari dalam panggung..


ok. ini dia review sket tentang movie yang aku tonton malam semalam. yes. STEP UP 3. taktau pun kalau sebelum ni ada Step Up 1 or 2. tak kisah la kan. ini sebab ada orang suggestkan aku supaya tengok sendiri filem ni. katanya cerita ni cool dan smart habis. maka aku yang memang nak tengok wayang. terus tak fikir cerita lain. mahu tengok yang ini juga tak kira macam mana.

semalam habis kerja pukul 3.30 petang. walaupun penat dan mengantuk. paginya jam 6.40 dah kena ada kat kedai. semalam adalah hari pertama aku kerja weekdays untuk after raya. dah lama dah tak rasa suasana 'busy gila' kat kedai kami. sebulan puasa b4 ni kurang sikit customer. dan semalam. memang rasa. sampai tak sempat tengok jam langsung. sampai kul 6.40pagi. sekali time tengok jam lagi sekali. eh. dah pukul 11 pagi. Fuh!

balik rumah dulu. pukul 6 petang baru gerak ke MidValley. dengan Yati. sampai sana beli tiket dulu. Step Up 3 yang biasa. bukan 3D. (tak pandai tengok 3D nanti pening kepala, haha sian). RM10 tiket dewasa.  panggung no 11 jam 7malam. ok. dalam pukul 6.30 kami makan KFC. pukul 7 pergi surau kat Jusco Floor 2. relax la kan. iklan kat panggung kan 15 minit. azan je pukul 7.12 minit terus solat maghrib. lepas solat berlari-lari ke tingkat 3. Golden Screen Cinema.

sampai panggung dah pukul 7.22malam. wah. panggung dah gelap gelita. cerita dah mula. tapi pelik. apsal ada dengar orang jerit-jerit plak. bukankah kami cuma nak tonton cerita pasal show dance. tapi kenapa cerita macam seram pulak nih. adakah kami tersalah masuk panggung?

dan demikian memang benar. sebab rasa lain macam. pi tanya orang sebelah. ni panggung no berapa. dia kata ni panggung no 12. cepat-cepat tarik tangan Yati. salahkan Yati sebab dia yang masuk pintu nih. walhal aku memang dah pelik sejak awal lagi. dengan laju-laju kami terus keluar. sampai terpijak kaki seorang lelaki. bhahaha. maaf der. kami budak baru belajar. belajar berlari masuk panggung inilah dia sampai salah masuk. Lol.

kami adalah orang terakhir yang masuk dalam panggung. tapi tak apa. semuanya baru bermula. heeee.


full review:-





STEP UP 3


semuanya adalah demi sebuah pertandingan tarian berkumpulan. diterajui oleh watak hero:- Luke, dan heroin:- Natalie.  Luke, berperanan sebagai ketua kumpulan Pirates bercita-cita menjadikan tarian bukan sekadar persembahan latar. tetapi sebuah penghormatan. menganggap ahli kumpulan tariannya ibarat sebuah 'keluarga'. dan tarian adalah 'makanan' mereka.

konflik bermula apabila Luke dan Julien. yang masing-masing dahulunya adalah kawan baik. tetapi bermusuhan dan masing-masing membina kumpulan baru. dan keduanya berhasrat untuk memenangi Battle Of The Dance. mengahampiri hari pertandingan, Luke dikejutkan dengan berita bahwa Natalie yang selama ini setia bersamanya rupanya adalah adik perempuan Julien. manakala gudang tempat latihan mereka menari akan dilelong kerana tunggakan hutang.

bagaimana mereka boleh terus mara ke pertandingan akhir?. haa. kenalah tonton sendiri ya.




Moose, salah seorang penari yang cool disamping watak bersahaja yang kelakar. sweet






ini adalah video final Battle diorang. cool. and so smart.!!


kepada yang minat tengok tarian yang super duper cool n smart. ini adalah cerita terbaik buat anda. memang tak rugi menontonnya. watak-watak yang cool. funny. olahan drama yang ringan tetapi menarik dan cantik. scene terbaik adalah time menari atas air. smart habisssss! sangat puas hati menontonnya. 8/10 stars.!! over all. cerita ini. sangat comel. Hahahah! tapi antara Luke dan Julien. aku suka Julien. muka jahat yang handsome. wahh. Im melting. ^_^


Comments

Anonymous said…
orang kate citer dia mmg best..nk tgk jugak..huhu
lala reika said…
suke gler tyme moose dance kat air tuh..
beshhhh ;)
Cik Akma said…
cte ni bestt wooo. moose menari mntappp gila!
NER said…
aritu depa wat promosi menari kt program So You Think You Can Dance gempak gile. nnti nk p cr kt wayang la
Shahada Fauzi said…
wahhhh..ni yang buat lagi rasa membuak2 hati nak pergi tengok ni..
yAtiE said…
kah5 gelak guling2 teringat yg salah masok pggng huk3...seb bek dlm gelap org xnampak hek5


waa3!!! glew besh cite 2...mau tgk lagiii....dahla aku ni minat tarian2 neh...jom tgk lagi skali hak4

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..