alkisah menghadapi stranger jalanan yang menagih simpati..
salam sejahtera semua.
entry kali ini, kita nak kasi cerita yang panjang. sebuah pengalaman yang mungkin boleh jadi pedoman. ok. sila baca sehingga tamat. kalau tak akan mengalami kesukaran penghadaman pemahaman. ok. baca elok-elok.
sebelum bercerita. nak tanya la. pernah kah anda sewaktu sedang ke mana-mana. berjalan-jalan di tempat pengangkutan awam selalunya. tetiba ada seseorang yang tidak dikenali cuba menghampiri anda. dan kemudian dia mula bercerita akan 'nasibnya'.
ok. ini cerita Isnin lepas. tengah duduk-duduk. aku didatangi oleh seorang lelaki. macam lebih kurang baya aku. tapi dia panggil aku kakak. dia sehelai sepinggang je. takde bawak beg ke apa.. di tangannya tergenggam tiket LRT. ya. masa itu aku sedang menunggu LRT dari KL Central ke Stesen Universiti. mula-mula dia tanya "Dari sini boleh pergi UIA PJ ke?", aku cakap. mana ada lrt direct ke sana. kalau turun stesen U boleh la ambik bas ke sana.
then dia kata, dia bukan orang sini. dia dari Terengganu. dia taktau langsung pasal jalan KL nih. dia datang KL ni nak jumpa kawan. tapi tak ada contact number kawan tu. (kat sini dah tak logik dah. takkan dia bahlul sangat nak turun jumpa kawan jauh-jauh tapi tak ada contact number). so aku plak tanya dia. tiket dia pegang tu turun mana. dia mulanya mengelak untuk jawab dengan mengatakan mana dia punya destinasi tiket tu tak penting. kononnya masalah dia lagi penting. Eh?
lepas tu dia cakap. "saya tau kalau saya cakap bukan senang orang nak percaya cakap saya. yela bukannnya kenal pun." dalam hati aku. 'haaa. kalau kau tau tu memang dah bagus sangat lah tu.'
dipendekkan cerita. aku tanya dia direct. "ok sekarang ni u nak apa sebenarnya. boleh terus terang tak?"
(aku memang tak suka orang berbasa-basi cipta cerita sedih bagai, apa lagi kalau cerita sedih tu tak logik. memang buang masa aku je..kau tak kena maki dah untung sangat dah)
dia kata. macam nilah, saya ni 1 sen pun tak ada sekarang nih. (aku dah agak dah!). saya tau kalau saya nak mintak tolong mintak tambang ke Terengganu tu mustahil la ada yang nak bagi.. (haaaaaa. kau ingat tambang pi Terengganu tu 40sen?). jadi ingatnya saya nak mintak dalam belasan ringgit. dapat lepas saya ke Sabak Bernam pun jadilah.
(tadi kau kata nak jumpa kawan kat UIA. ini skang citer Sabak Bernam pulak. ko ni buat kelakar ke apa).
"Sabak Bernam tempat siapa plak you nak pegi?".
" tempat makcik saya "
" oh. you ada makcik kat sini, then nape tak call je dia mintak tolong dia terus la kan senang..
" saya tak ada number dia, ini saya nak cuba-cubalah carik dia..
(hah. ini lagi kelakar. kau ingat ini game hide n seek ke apa. kalau Sabak Bernam tu sebesar KL Central ni pun belum tentu kau boleh carik kalau kau takde contact number).
" you takde contact number dia you ingat you boleh cari dia?...
" InsyaAllah kalau kita usaha dapat lah...
(kau tengok, dia boleh keluarkan ayat macam tu. agaknya supaya aku lembut hati dengan perkataan 'InsyaAllah' yang dia guna tu..oklah. senang kata. aku memang tak percaya dengan ceritera yang kau cipta nih. mintak maaf sangat. sungguh tak logik ah cerita simpati kau nih. kurang latihan aku rasa. nak menipu pun training la dulu. aku yang jujur ni lagi terer kowt menipu. huh!).
" orait. macam nilah. dalam masa sekarang ni memang I tak ada duit lebih nak bagi you. ATM card je ada. maybe kalau you jumpa I sebelum tunggu LRT nih boleh kowt I tolong. "
(muka aku ni takde nampak ah macam aku tak caya kat dia. aku tetap bagi alasan paling cun punya. dalam hati aku, ermm. tak apalah dik. pasni boleh try 'berlakon' lagi. lakonan you ni tak berkesan kat I.)
" saya tau. memang susah 'orang luar' nak percaya. bukan senang nak cari orang yang boleh tolong kat KL ni kan..saya tau.."
(I dun know la. aku rasa nak hempuk je mamat nih. nasib baik LRT pun sampai. aku naik. tapi dia tak naik pun.dia tak naik tu pun pelik gak. apa agaknya plan dia seterusnya?. meneruskan lakonan lagikah?)
now. Can you see? ketidaklogikan this weird stranger. mana logik kalau memang datang dari Terengganu. konon macam jauh gila. tapi tak ada bawak beg langsung? nak jumpa kawan. contact number tak ada. nak jumpa makcik. contact number tak ada. kejap UIA, kejap Terengganu, kejap Sabak Bernam. hey. kalau nak tipu pun bagi la cerita logik sket.
andai kata anda. menganggap aku serkap jarang kata dia menipu. anda memang salah. sebab. aku ni, ada pengalaman 'kehabisan duit' secara tiba-tiba. one day. hp tercicir dalam teksi dari Mid nak ke UM. semua number hilang. esoknya beli hp baru. 500 habis terus duit dalam bank. cukup beli tiket train balik Labis. (balik kat umah abah la kan bila dah susah camni) malangnya aku ketinggalan keretapi. dalam poket cuma ada 12 ringgit. aku tak kembali ke UM. terus ke Seremban dengan Komuter. 6 ringgit tambang. balance?.6 ringgit.!! bas dari Seremban ke Segamat. 11.80sen.!!
aku tau aku tak punya sesiapa nak mintak tolong. ramai sangat orang kat Terminal 1 Seremban tuh. anda tau? aku sampai berfikir. "patutkah aku mengemis?"
Ya Allah. rasa tak terbantu. tak mungkin aku jadi peminta. tak mungkin!! menggeletar bibir aku bila nak dekati orang nak 'suarakan' simpati. kurang 5.80sen je. tapi. lidah aku tak boleh keluar suara. hati aku kata. Ya Allah. mana mungkin aku jadi peminta. meski aku tau aku tak punya pilihan.
berjam-jam aku terperangkap kat terminal 1 Seremban tuh. lebih 4 jam. aku hanya termenung. dan berdoa. Ya Allah. bantulah, tunjukkan jalan..
tiba-tiba. aku nampak seorang kenalan UM. aku memang tau dia orang Negeri 9. tapi aku memang tak ada contact number dia. Ya Allah!. aku tau ini dia 'jalan' yang Dia beri. aku terus dapatkan kawan aku tuh. aku cerita kat dia 'nasib malang' aku. aku mintak pinjam duit. dah tentu dia budak UM. mestilah aku boleh pulangkan duit dia kan. maka semuanya setel..! Alhamdulillah..
aku cuma nak cerita. aku ni dah ada pengalaman rasa sendiri bagaimana menjadi 'pelarian' yang tak cukup wang. maka aku tau. sama ada stranger itu benar atau palsu.
aku tahu aku tak menipu orang. maka aku yakin Allah boleh tolong aku mengenali si penipu. ok mungkin you all nak cakap. tolong jela kalau dia menipu itu hal dia dengan Tuhan. tapi bagi aku. aku tak tolong sebab aku tak nak bagi dia peluang. jadi penipu ni satu je. once dia berjaya menipu. dia akan menipu lagi dan lagi.
p/s: clap.clap. anda berjaya baca habis! hahah, panjang gila entry nih.
Comments
Regard,
Khaizarien Blog
@ Sudi-sudikan melawati Khaizarien In D' House
org menipu ni xkan kemana
pernah jumpa org camni
mmg terbukti what u give u get back tu betol
Dua tiga kali dah aku jumpa orang macam ini. Tapi tak ada lagi yang mintak belas2 ringgit.
sedang aku duduk2 tunggu bas,tiba2 datang seorang lelaki duduk sebelah aku then mengeluh resah tarik perhatian aku.
aku pandang sekilas dia start ayat sedih dia kata dia ditinggalkan bas dan dompet serta barang2 dia semue hilang.dalam poket die just ada rm5 saja.dia datang dari bidor dan nak ke seremban tapi tak cukup duit.
dah tentu dia cuba minta sedikit ehsan dari aku masa tu.tapi aku tak melayan.dah tau tak cukup duit,why masih nak ke seremban lagi kan.baik dia balik ke bidor je minta tolong dari family dia.tak logik betul drama dia tu.
haha..
sy ad la kena cmni..tp xla seteruk ini..
cuma masa tengah berjalan ke stesen monorail, de sepasang suami isteri berhenti kat aku..ckp wife die punye dompet tertinggal dlm loket tmpt keje..skrg nk blik rumah tp xde duit nk isis minyak..mls nk pnjg cite bg je rm5..tp tu pn siap kena mrh ngn member..asal bg RM5.. masa tu juz pk, kalo die tipu pn nk bt cmne..da bg da pn.
jahat punya org!
terlepas panggilan hangit semalam dengarkn disini
baru2 nih kat KFC PJ, tgh syok mkn dgn kengkawan, dtgler satu mamat (tak tau kerakyatannye) dtg nak pinjam duit nak blk Melaka... kitorang x lyn siap tny lg adaler n dia terpaksa mem'blah'kan diri sbb x tau nak jwb hape kut... nmpk riak muka mamat tu mcm bengang, lantak dialer asalkan x dpt duit kitorang dan skrg aku akan lbh berhati2 agar x terkeluar duit dari dompetku ini lagi (aku xnak tergolong sbg s/sorg rakyat Malaysia yg pemurah x bertempat)
sempat dilayan satu hikayat....
:)
"bang..nak mintak singgit bang..nak beli tiket"
kalau offer beli tiket takmo..jadinya yabang memang selalu letak duit kecik dia kat poket..
bile datang orang gitu, seluk poket..keluarkan la sekeping....so bile dahhabis..otomatik isyarat tangan kata dah habes...
bayangkan..hari2 setiap kali balik keje jadi gitu....tak tolong kesian..
apa ni..
bikin malu org ghanu je..
ntah2 die org KL tu je kot..
haprak..!
pernah rasa lost gile bile hp kena curi dalam lrt..dalam wallet tgl bape keping duit syiling je..cukup2 nak kol bf infom hp hlg..tapi tak sempat mintak fon num kakak die..sbb masa tu mmg nak tunggu kakak die amik kat bukit jalil..dah la tak kenal lg..pestime nak jumpa dan tumpang bermalam kat rumah..masa tu balik cuti semester dari sabah..huhu..mmg lost gile..dok menangis kat surau..doa byk2..last2 kakak die berjaya jumpe saye tertidur kat surau bukit jalil..hehe..
cerita sara betul2 wat saye teringat kenangn tu..betul2 dalam keadaan 'tersepit'..sampai bile2 takkan lupa..
Akan jawab 'tak ada' @ 'tak tau" lain kali & buat muka inesen.. hehe
aku selalu jumpa stranger macam ni kalau nak naik bas kat Larkin..
ada 1 hari tu, dia panggil aku malas nak noleh n layan leh siap maki-maki lagi.
Oh Malaysia tanah airku..hu..~