ini benar-benar BALIK KAMPUNG TUK RAYA!


Alhamdulillah. Raya tetap hari Jumaat. kalau tak menangis la aku kat KL nih. haha. tak sangka. tahun ni aku berjaya pulang dengan kadar terpaling lewat. biasanya sempat la puasa 2-3 hari kat umah mak kat Johor. tapi tahun ni. betul-betul aku balik sehari sebelum raya. yes! esok (Khamis). baru aku balik Johor.  terus balik ke kampung mak abah di Muar. sempat berbuka jela kat sana. sahur tetap kat KL gak. ok la kan.

tahun ini. pertama kali beraya tanpa atuk abah. atuk meninggal November tahun lepas sebab sakit tua. dan tentunya feel beraya kali ni lain. mesti lepas solat Hari Raya kami akan ziarah pusara arwah atuk. dan bacakan surah Yasin tuk arwah.moda Arwah tenang di sana. Amin.

oh ya! tahun ini... akan kah dapat duit raya lagi?

yep. aku memang dah kerja. tapi aku masih jugak belajar. maka kiranya aku tetap layak dapat duit raya jugak kan? ala.. gaji keja part time ni cuma lepas belanja makan, tambang, n sewa umah je. errr. lepas la gak nak shopping raya. tu pun kena berbelanja ketat-ketat. maksudnya. berbelanja dgn rasional lah.. haha!

ok. sebut hal duit raya. Nuffnang dah bagi dah duit raya . ~cek kedua dah sampai umah~ dan hari esoknya terus masukkan dia dalam mesin deposit. terima kasih Nuffnang! dalam akaun pun sebenarnya dah boleh cash out untuk yang ketiga kali. tapi biar lah dulu. kali ni nak biar dia banyak-banyak berbukit. ceh! macam la boleh berbukit. tipu sungguh.

baiklah. maka dengan ini. penulis blog Dihatisara.Blogspot.Com secara rasminya ingin mengucapkan SelamaT HarI RaYA AidilFitRI, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca budiman sekalian. semoga Lebaran kali ini membawa kegembiraan dan kebahagiaan untuk kita semua InsyaAllah. Amin.

jangan lupa bertakbir, pi sembahyang raya, saling bermaafan. n kalau makan ketupat dengan rendang daging tu. jangan makan banyak-banyak. kalori tu! n kalau makan kuih bahulu, ingat daku selalu. hehe.



p/s: blog juga bakal bercuti raya selama beberapa hari. harap maklum. =)


Comments

aizatshafiq said…
Selamat menyambut hari raya dan selamat pulang ke kampung ye...

=)


Laksa Sarawak|Menu Berbuka Hari ni
aizatshafiq said…
This comment has been removed by the author.
Leyha said…
Salam Lebaran, Maaf Zahir dan Batin., Aty2 balik kg~
fara said…
syoknye dpt duet raye dr nuff!

salam aidilfitri sara! ^^
MOFASAD said…
SELAMAT HARI RAYA!!! :)

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..