memasang pelita. tradisi yang kian luput.
salah satu perkara tentang menjelang hari raya yang menjadi kegemaran aku sejak kecik adalah bila mana dapat melihat nyalaan pelita yang bersusun-susun berderet-deret di semua halaman rumah setiap penduduk kampung. Ya. hanya di kampung saja dapat melihat yang demikian. di Kuala Lumpur seperti biasa. hanya nyalaan lampu jalan menerangi malam. kurang syiokk! that is y. I love kampung very much. tapi sayang. kampung hanya sinonim dengan Hari Raya sahaja. nasib baik juga ada Hari Raya. kalau tak tentu kita akan terus melupakan kampung. Kasihan kampung. :p
dulu masa sekolah menengah, satu-satunya adik lelaki dalam famili aku akan excited lebih bab pasang pelita. sibuk dia cari kayu nak pacakkan atas tanah. sibuk beli pelita, beli stok minyak tanah. nanti lepas buka puasa. pelita dah siap pasang dah. saja seronok tengok nyalaan pelita. rumah orang lain ada maka rumah kita pun nak ada jugak. tapi sekarang adik lelaki aku dah malas dah. paling rajin. beli lampu kelap-kelip tu pasang kat siling anjung rumah. ada benda ni pun dah kira meriah dah.
kalau diikutkan. sekarang memang dah jarang jugak nampak orang pasang pelita macam ni. mungkin sebab sekarang mercun dengan bunga api tidak dijual secara besar-besaran macam zaman aku sekolah dulu. maka kalau ada deretan pelita tapi tak dapat main bunga api atau mercun bukan kah berbunyi macam tidak best. maka kadang-kadang malam raya pun tak have fun. hanya duduk dalam rumah. tengok Buletin Utama. Arghh!. zaman kanak-kanak sekarang memang tidak seronok macam zaman kanak-kanak aku dulu. sungguh berbeza feel dia.
tak pasti. adakah tahun ini. dapat melihat deretan nyalaan pelita lagi di halaman rumah-rumah di kampung. mungkin masih ada yang terus mengekalkan tradisi Hari Raya sebegini. demi cucu-cucu mereka. tiba-tiba rasa rindu sangat ke zaman kanak-kanak dahulu kala. Isk!
Comments
ermm.. tak nak balik swak la rasa.. boleh? ngeh2..
tapi raya dulu dgn raya skang lain sgt.raya dulu merish...raya sekarang macam x nampk hari raya pun.biasa je kemeriahan tu semakin hilang...
P/S : Nak Buat Kejutan Tapi Tiba - Tiba....Hahaha!
harap-harap tahun ni daopat pasang pelita.
banyak stok ni...
hehehe