selamat datang 2010.

aku sengaja nak publish entry ini sebagai mengalu2kan kedatangan 2010. tutup buku lama buka buku baru, walaupun sebenarnya lama dah aku tak beli buku tulis. asyik beli kertas A4 garis2 je, sebab tu after salin lecture note mulalah kertas A4 garis2 bersepah sana sini. hanya susun balik nota bile exam/test menjelang tiba. perangai hodoh cam ni mmg mensampahkan. sampah2 pun perangai aku juga. cis.

ok, special thanks to blogger uruchimaru/ kf sebab beliau telah menolong aku yang jahil ni meletakkan iklan nuffnang dalam blog. haha, kantoi la aku ni jahil gile.. jom gelakkan aku. orang lain dapat cek nuffnang dah 3 4 kali aku baru nak mula menabung.. tp takpe, sikit2 lama2 kan jadi banyak. mana ada jadi bukit sumpah karut-marut ja tu.

apa lagi nak cerita?

rite now mesti  blogger Lumut sedang berada dalam flight ke Australia. ermm, moga dia selamat bertransit di sana dan selamat juga terbang ke Auckland, walaupun aku cam ralat sebab tak sempat jumpa dengan dia sepanjang dia balik m'sia nih, tapi aku tidakla berasa kecil hati. lagipun aku mmg belum pernah berjumpa dengan mana-mana rakan2 blogger. kononnya weekend lepas nak dating dengan Ah Fatt sebelum mamat tawau ni pulang ke sabah, tapi dia telah mengecewakan aku. cis. berani betul dia. tiada lagi peluang kedua buatmu ah fatt.( tapi aku tak kecik ati pun. tapi ralat juga sebab tak dapat nak try jadi pisau cukur.=p)

aku taktau bila agaknya aku akan berjodoh untuk berjumpa dgn mana2 rakan alam maya (bloggers). sebenarnya aku segan bab jumpa2 dari dunia 'maya' nih. maklum la aku ni biasa2 saja bukannya comel mana pun tapi cun tu adala jugak kot. hahaha. sebenarnya baru2 ni ada plan juga nak jumpa blogger cahaya riang gembira dan blogger Jard. tapi entahlah taktau la adakah plan itu mungkin sekadar hangat2 tahi ayam saja..(kerana sebenarnya hanya plan dalam ruangan komen blog Jard je).

ok, aku rasa aku patut stop rite now sebab perut aku dah mula lapar. (sindrom lapar selepas jam 1 pagi sudah bermula sejak pulang ke K.L. ). padahal macam ada lagi aku nak taip. tapi aku tetap kena stop. i need to sleep. kalau aku tak tido sekarang maka dibimbangi aku akan buka tudung saji kat dapur pula.. haha, bahaya weh bahaya..


p/s: seellaaaammaaatt taaahhuuuunnn baaarruuuu!


Comments

Sarah.. Azam baru jadik pisau cukur ni mnarik gak.. Ehehehe.. ;p

Kalau kita sume pree, on jek.. Ku slalu gak pi IPGM tu anto atau amik adik aku.. Nanti ku roger2, kita main hoki kat stadium.. Ahaks..

~ selamat tahun baru.. ;)
sharamli said…
epi new year tu...
Seimura said…
wow template baru siap ade nuffnang. syabas. selamat tahun baru juga.
FR said…
lalalaa
selamat thun bru akak :)
kawie2020 said…
happy new year sarah...

x moh jumpa kawie ker? hehehehehehe
hisham said…
salam slmt thn baru..moge Allah permudahkan sgale urusan u..aminnn
Beruwang said…
selamat tahun baru
Anonymous said…
putih itu suci..
all the best babe~
Anonymous said…
huhuhuh terharu kf owh !sobx3..
erk pe dah ..lalala

terima kasih cik sarah karin...

now u believed what i believed sarah?

btw slmt thn baru senyum sllu..

jgn lupe taw ! ahaksz...

hope u happy now with u nuff..dh jgn ganaszx2 taw ..hahahha
myQza said…
selamat tahun baru :)
fara said…
ko tak nak jmpe aku ke?
Hehe

:P
ILA HonEyBuNNy said…
seellaaaammaaatt taaahhuuuunnn baaarruuuu jugak...hihiihih
miszgarfien said…
selamat tahun baru 2010 sarah....hehe

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..