rindu nak makan big apple!

big apple!


nak cakap sikit...err..tajuk dan gambar dalam entry sebenarnya takda kaitan langsung dengan kandungan karangan disini..huahua! baiklah! pertamanya sy nak ucapkan terima kasih kepada readers blog nie kerana sudi menjenguk dan membaca entry dalam blog ini..dan terima kasih juga kepada commentators yg rajin meninggalkan jejak di setiap entry2 di sini..sy amat hargai sokongan anda semua.. terima kasih sekali lagi..



disini sy ingin memberitahu, bahawa anda bebas untuk mengunjungi blog ini bila2 masa yg anda sukai..sy sememangnya sangat berbesar hati menerima setiap kunjungan, cuma sy ingin menyatakan sesuatu perkara yg sy tak berapa senang dengannya, biasanya perkara ini dilakukan oleh pengunjung yg meninggalkan jejak mereka di shoutbox blog ini..





actually pesanan penaja seperti ini tidak diperlukan dan tidak akan diendahkan oleh sy=>>



"jgn lupa lawat blog sy dan jd Follower sy ye.tq"



dan....



"misi klik iklan nuff...jgn lupe you follow me ok..and tekan iklan nuff key..wassalam"



untuk pengetahuan, sy sejenis yg macam semakin tidak mahu follow bila sy diminta berbuat demikian..dgn rendah hatinya sy mintak maaf kalau sy tak follow back bila ada blogger follow sy, tapi sy tak fikir mem'follow' adalah satu kewajipan...mmg banyak je blogger yg sy rajin leave komen kat blog diorang even sy bukan follower mereka..dan bukannya semua blog yg sy follow akan follow me back..dan sy tak pernah kisahkan benda nih..dan yg peliknya permintaan mem'follow' nie biasanya dtg drpd org yg tak pernah meninggalkan jejak dalam mana2 entry dalam blog ini...kalau ada pun, maybe cuma sekali..



dan lg 1, mintak tanya, ada ke sesapa nampak blog biru sy ni tertampal iklan 'nuff'? jika anda mmg tak nampak, sy rasa anda tidak sepatutnya berjalan ke blog sy semata-mata untuk suruh sy jenguk anda kembali dgn misi klik iklan nuff..sy bukan 'tukang klik tak bergaji' ok.. harap maaf..



apa salahnya apabila kita menjenguk satu2 blog, kita bagi ucapan selamat kpd tuan blog dalam shoutbox..sy rasa itu jauh lebih baik drpd bg perintah 'follow me' or 'klik my nuff'...macam annoying gila perbuatan macam ni..seakan menunjukkan tujuan berblog hanya kerana mahu collect follower dan mahu uwang!



p/s: ok..setakat ini saja..siapa makan donat dia akan rasa kesedapannya..

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S