pertunjukan percikan bunga api..

percikan bunga api di putrajaya..



tepat jam 12.00 a.m, kedengaran letupan bersama sinaran bunga api..baru teringat, ini adalah malam deepavali...maka kaum India memulakan 'hari raya' diorang dengan percikan bunga api di tengah malam..sy pun saja menjengah dr balkoni..dapat lihat betapa meriah nya percikan bunga api..penuh warna-warni..macam tengok pertunjukan bunga api plak..sangat cantik!



tetiba teringatkan pertunjukan bunga api yg sy tengok kat putrajaya 2 thn lepas...makcik sy jemput sy di kolej, semata-mata untuk tonton bunga api...seingat sy, pertunjukan bunga api mlm tu cuma melibatkan 5 negara..antaranya adalah Itali dan Sepanyol..yg lain sy dah lupa..tapi Malaysia tak termasuk...masa tue, jalan sesak sejak maghrib! punyala ramai yg nak tengok bunga api 'canggih' buatan negara luar..padahal pertunjukan start pukul 10.00 mlm..



punyalah lama tunggu, sampai berjam-jam..padahal show bunga api tu cuma 30 minit..isk!



tapi rasanya, itu adalah show bunga api yg paling best pernah sy tengok....mmg cun giler bunga api tu boleh memercik dalam bentuk love secara banyak, kuntuman bunga ros yg mekar.. dan segala macam jenis design percikan! mmg teruja sampai nganga sekejap!..huahua.. cumanya sedih sebab just dapat tengok dr kejauhan...(jalan sesak maka tak boleh dah nak pergi dekat)..
ntah bila lagi agaknya sy berpeluang tengok show bunga api macam tue..huhu


p/s: best tak lagu dalam blog nie?.....err..tetiba tanya soalan cam takda kaitan ngn entry..=p

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..