cerita alam sekolah..

waktu rehat hampir habis, aku langsung tidak ke kantin hari ini kerana begitu sibuk mencari buku tulis karangan di dalam kelas. puas sudah aku menggeledah beg galasku untuk mencari buku tersebut. tetapi ternyata aku gagal menemuinya. habislah aku kali ni. Cikgu Haslina pasti akan 'membaham' aku sekiranya aku gagal menghantar tugasan kerja sekolah yang diberi olehnya semalam. ada lagi 50 minit sebelum waktunya Cikgu Haslina masuk, mungkin aku sempat buat sesuatu.

aku bergegas menuju ke koperasi sekolah untuk membeli buku tulis yang baru. apabila aku kembali, ku lihat Miss Bong sudah pun duduk di meja guru. Miss Bong adalah guru mata pelajaran Kajian Tempatan yang agak tegas, tetapi beliau sebenarnya baik hati. seperti biasa, Miss Bong akan mencatat apa yang bakal diajarnya di papan hitam. sebaik sahaja beliau memegang kapur tulis, aku terus mula menyiapkan karangan menggunakan buku tulis yang baru kubeli. sambil didalam hati mengutuk nasib diri, sumpah aku ingat bahawa aku masukkan buku karangan aku dalam beg awal pagi tadi. aku memang tak faham macam mana buku tu boleh tiada. ada orang sabotaj akukah?

dalam pada aku mengarang, sesekali aku melihat apa yang tertera di papan hitam. lagaknya macam aku juga sedang menyalin nota di papan hitam seperti yg dilakukan pelajar-pelajar lain. ntah kenapa, aku macam perasan bahawa gelagat aku diperhatikan oleh seseorang, tapi aku biarkan saja dan cuba berlagak biasa. sedang aku mengarang perenggan terakhir, aku melihat bahwa orang yang memerhatikan aku sebentar tadi sedang berjalan ke hadapan kelas, aku nampak dia membisikkan sesuatu di telinga Miss Bong. dan Miss Bong serta-merta memandang tepat ke arahku. entah kenapa tangan aku tiba-tiba menggeletar.

..................................................................................................


aku mengesat peluh yang memercik di dahi seraya mengerling ke arah jam tangan yang kupakai, menghampiri jam 11 pagi, patutlah hari dah mula panas. aku hanya menguis-nguis rumput dengan kasut sambil menahan gelodak perasaan. aku tahu aku sudah berbuat kesalahan, Miss Bong menghukum aku bukan kerana benci, tetapi sebagai pengajaran supaya aku tidak mengulangi kesalahan ini, dan juga pengajaran kepada pelajar2 lain supaya tidak jadi seperti aku. tetapi aku sedikit kesal dengan sikap Fatihah, benci sangatkah dia pada aku. bila teringatkan senyuman sinis Fatihah semasa Miss Bong mendenda aku supaya berdiri di luar kelas. aku jadi sakit hati. aku menarik nafas panjang, cuba kuatkan semangat. aku tak boleh menangis hanya kerana hal sebegini. kalau aku menangis, maka akan ada orang lain yang gembira mentertawakan aku.

aku menarik nafas lega apabila melihat Miss Bong sudah beredar dari kelas. aku segera melangkah masuk dan menuju ke mejaku. sekilas aku memandang Fatihah, wajahnya yang kelihatan riang ria benar-benar seperti mahu menerima penampar. Astaghfirullah. aku tidak boleh kalah dengan hasutan syaitan. pasti ada hikmah disebalik ujian yang menimpaku hari ini. dan kedatangan Cikgu Haslina menamatkan amarahku serta-merta.

...................................................................................................

sedang dalam perjalanan ke tempat basikal, aku terdengar namaku dipanggil.

"sara, ni buku kau kan? aku jumpa kat dalam bakul sampah kat belakang kelas kita".

"bakul sampah?"

"a'ah. entah la siapa yang buang buku ni dalam tu"

................................................................................................

dalam perjalanan pulang, aku menyumpah-nyumpah dalam hati. aku tertanya-tanya, kenapalah wujudnya manusia yang berhasad dengki sebegitu sekali. kenapa aku dibenci sedangkan aku tidak pernah membuat salah. agaknya pelajar baru seperti aku memang selalu mengundang benci ramai orang. dan akhirnya, airmata yang ku tahan-tahan tumpah jua.




p/s: bersambung...............

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..