Posts

Dah Pindah Dari Bumi Mersing

 Assalamualaikum gais. blog dah bersawang. Cuma rasa penting nak bagitahu. saya sudah tinggalkan bumi Mersing. Alhamdulillah. hampir 10 tahun duduk Mersing. Dari sebelum kawen sampai anak dah 4. Akhirnya dapat pindah ke daerah sendiri. teka kat mana? Kita now Muarians. Muar Bandar Pencen, bandar orang kaya-kaya duduk. kenapa orang kaya, korang boleh search harga Hartanah kat Muar ni. memang tempat orang kaya. Nak beli hartanah kat sini kena income 5k ke atas tapi dapatlah rumah teres semata. itu pun semput kalau korang ada komitmen hutang lain macam personal loan atau loan kereta. rate rumah kat sini 350k ke juta-juta. mungkin kena gaji 10k ke atas.  ok enuf bab tu. nanti ada berjalan kat Muar kita update story. 

bakal ibu anak 4

 hi Asslamualaikum.  aku rasa blog ni hanya tempat untuk update bila aku menambah ahli baru dalam keluarga. im counting days untuk deliver baby keempat. MasyaAllah Subhanallah. maha baiknya Allah mengurniakan anugerah ke4 dalam keluarga.  at the age of 35, pregnancy journey this time boleh tahan mencabarnya. walaupun hari ni baru 37 minggu, rasa macam dah tak larat nak membawa diri.  doakan urusan ku dipermudahkan. aaminn. 

A mom of three

 Assalamualaikum. hai. Penulis masih menulis sebenarnya. ya Allah rindunya blog sendiri. apa kabar kawan2 yang masih membaca coretan di sini. dah hampir dua tahun menyepi sebab Covid19. Tahun kedua kita bersama pandemik ni. sangat mencabar sebenarnya. banyak perkara yang berlaku sepanjang lebih setahun ni.  Status pun dah bertukar dari ibu anak dua kepada ibu anak tiga. banyak benda nak share untuk info sebab ada juga dapat komen-komen yang bertanya di post post lepas. InsyaAllah i will continue blogging sikit masa lagi. stay tune gais. 

hi 2019

Image
Assalamualaikum readers. Ok baru perasan last year aku cuma update blog sekali je so cuma 1 post je sepanjang 2018 serius lah haha. semakin merudum mood menulis nampaknya tapi no lah aku sebenarnya membebel di medium lain. biarkan saja blog ini bersawang. Nuffnang pun tak naik naik haha frust lah. so kali ni just nak say Hi je. penulis masih hidup lagi and happy with my small family.  My kids, they are growing so fast. sekejap je rasanya dua dua macam dah besar. Azzam nak masuk 2 tahun 6 bulan n Alisya pula setahun 3 bulan Mac ni. and Mac ni kena bawak diorang cek up kat Klinik Kesihatan. Alisya ada imunisasi. Azzam just cek perkembangan dia n timbang berat ukur tinggi. Alhamdulillah anak anak sihat dan cerdik. perkembangan diorang seiring dengan usia.  ini update gambar terkini dua hari lepas kami berkelah kat Tanjung resang Mersing Johor. kalau u guys nak datang mersing and taktau nak berkelah kat mana boleh roger ai. nanti aku pecah rahsia port mana yang tenaang ...

Kelahiran Anak Kedua (My 1st Baby Girl)

Image
Assalamualaikum. sumpah tak perasan dah setahun blog tak update. last update bulan 9 tahun lepas dan sekarang dah bulan 10 di tahun 2018. oh mai god. nampak tak dah jadi mak anak dua ni semenangnya super duper busy tersangat. banyak perkara terpaksa dilupakan termasuklah lupa bahawa saya seorang penulis blog. lamanya meninggalkan dunia blog ni mesti orang ingat blog ni sudah terkibur. back to the topic. Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah Taala. anak kedua kami adalah anak perempuan yang sudah tentu sangat menyerikan kehidupan kami sekeluarga. yeaaa dah sepasang. dah bleh shopping baju gigirl dan boboy setiap kali rasa nak shopping. cerita kelahiran anak kedua ni masih segar dalam ingatan. segalanya Allah permudahkan. sakit bersalin (contraction) pun aku tak rasa sangat sampai lah dah masuk LR and doktor pecahkan ketuban. masa masuk LR jalan dah buka 6cm. untuk makluman anak kedua juga dilahirkan di Hospital Sultanah Fatimah Muar Johor. sama dengan anak sulung. anak pere...

26 weeks of 2nd pregnancy

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.   perjalanan 2nd trimester untuk pregnant kali kedua ni hampir sempurna, terima kasih Allah kerana mempermudahkan episod mengandung kali ini. Ya Allah sangat mudah atas rahmat dan kasih sayang Allah. Allah Maha Mengetahui situasi aku yang masih ada anak kecil, tak terasa sangat seperti sedang mengandung. tidak mengalami sebarang alahan dan mabuk. masih boleh dukung anak sulung dan rutin sebagai isteri dan ibu bekerja tetap lancar seperti biasa. syukur Alhamdulillah.   sebenarnya untuk our second baby ni aku memang tak kisah kalau mengandung jarak dekat. memang aku bersedia dan positif untuk tempuhi. orang kata biar penat sekali harung. disebabkan minda positif tu banyak urusan yang Allah bantu dan permudahkan. sangat banyak tidak terhitung, bukan sahaja aku tak mengalami sebarang alahan, tapi anak sulung pun sangat mudah dijaga dan diuruskan. tidak meragam, dan boleh dijaga oleh sesiapa. mudah ditidurkan, pandai bermain sen...

Kenapa Menganggur Dipandang Hina

Mengimbau kisah dahulu. actually tahun 2015 la masa awal tahun. masa ni aku dah terima tawaran masuk government tapi surat panggilan belum sampai lagi. and kebetulan aku ada krisis sikit dekat tempat kerja lama yang memaksa aku untuk resign awal dan jadi penganggur untuk beberapa bulan. oleh sebab memang jenis tak suka duduk rumah, and tak nak susahkan mak kalau tau aku tak ada kerja, yelah sebab aku ada komitmen kereta, sewa bilik and so on. so aku still stay kat putrajaya duduk saja kerja berjalan je tapi bukan berbelanja lah. sikit-sikit simpanan aku habis. dari amaun lebih tiga ribu dalam bank, memang susut dan susut sebab menanggung diri aku yang menganggur time tu.   ok cerita nya baru nak mula, sebenarnya ini bukan kali pertama aku tanam anggur berbulan-bulan (2-3bulan) tapi kali ketiga. sebelum tu masa tahun 2011 lepas aku pindah dari UM. dan jugak 2013 lepas aku resign dari taska kat putrajaya. masa 2011 n 2013 still okay sebab aku ada buat kerja secara part time...

Rutin Ibu Bekerja

Image
  Assalamualaikum. Hai Julai 2017. Selamat Hari Raya. mood masih beraya sebab nak makan makan di open house raya minggu ini dan minggu depan. Tahun ni beraya pertama di rumah mertua. Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja 5hari 4 malam berpuasa dan sambut awal Syawal di sana. Pertama kali beraya bersama anakanda teruna sulung kami. Azzam murah rezeki, siapa yang jumpa dia terus hulur angpau raya. kadang satu rumah tu sampai 4-5 orang hulur angpau.   diam tak diam dah 7 bulan ibu bekerja selepas cuti bersalin. Azzam pun dah nak masuk 10bulan. sekejap je masa berlalu. Anak ibu tak lama lagi masuk setahun umurnya. Rindu Azzam yang baby yang merah-merah lagi tu.     Azzam Ashraf umur 4 hari. tembam, mata sepet macam anak cina. merah lagi masa ni. Wangi sangat         Selama nak masuk 10 bulan ni, Azzam easy baby sangat-sangat. dia tahu ibunya bekerja tak dapat nak berkepit dengan Azzam 24jam. Azzam sangat mudah dijaga, jara...

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Image
Alhamdulillah segala puji bagi Allah. throwback sikit pengalaman bersalin Muhammad Azzam Ashraf. Sebenarnya Azzam ni lahir dah terlepas due date. EDD 10/9/2016 and Azzam lahir pada 12/09/2016 iaitu bersamaan dengan 10 Zulhijjah (Hari Raya Haji).   Plan awalnya masa awal pregnant ibu memang konon ada rancang nak bersalin kat Hospital Muar sebab memang rumah mak kat Muar. lepas tu masa ibu dah 7 bulan camtu atuk Azzam kata ala bersalin je kat Hospital Mersing, lepas bersalin baru balik Muar. Tapi nak dijadikan cerita sampai dah lepas due pun ibu tak bersalin lagi and dah nak Raya Haji pun kan jadi balik la kampong Muar and bila balik Kampung tu memang confirm lah akan bersalin di Muar.   Hari Jemaah haji wukuf di Arafah tu dikhabarkan waktunya doa kita dimakbulkan Allah. Ibu doa banyak-banyak yang ibu akan bersalin esoknya. Alhamdulillah, malam raya haji tu pecah ketuban di rumah and segera ke hospital sampai terlupa dah nak mandi dulu ke nak pakai pad ke semua tak inga...

Update Blog 2017

Assalamualaikum. Hai. Masih kah blog ini punya pembaca? Ok. Just nak update je sikit, sebab entry terakhir sebelum ni masih mengandung kan. Alhamdulillah penulis dah selamat bersalin seminggu selepas entry terakhir tersebut. Bersalin pada usia kandungan 40 minggu 2 hari istimewa bay lahir di pagi Hari Raya Haji. Alhamdulillah normal delivery +episiotomy, induce drip. Baby boy seberat 3.5kg yang diberi nama Muhammad Azzam Ashraf. Syukur pada Allah, esok genap lah 7 bulan penulis memegang jawatan sebagai seorang ibu.   Bercuti bersalin selama 3 bulan di rumah emak di Muar. Tempoh pantang dilalui dengan kejayaan dibantu oleh emak, abah dan adik-adik di kampung. Pengalaman bersalin dan berpantang sangat manis sebenarnya sentiasa diingati sampai bila-bila. Ibu bersalin di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar Johor. Semua doctor dan staf nurse sangat baik dan ibu tiada sebarang masalah langsung diuruskan sepanjang di LR. Terima kasih sangat membantu ibu melalui proses melahirkan...

9 bulan 10 hari?

Image
39 minggu 2 hari.  hai readers. penulis belum bersalin lagi hehehe. so confirm lah anak kami ini adalah Baby September. syukur ke hadrat Allah kerana telah memberiku nikmat mengandung hingga ke 39 minggu atau mungkin jejak 40 minggu. lebih 9 bulan dah kandungan ni dibawa ke mana-mana. Alhamdulillah atas nikmat ini, Allah sentiasa menjaga si ibu dan bayi. pernah banyak kali nak terjatuh atau tergelincir tapi setiap kali itu juga Allah selamatkan kami. terima kasih ya Allah, Dialah sebaik-baik pelindung. sebak pulak, pengalaman mengandung ini bakal berakhir tak lama lagi bila aku dah melahirkan. aku pasti tak dapat melupakan setiap suka duka susah senang membawa zuriat dalam perut selama lebih 9 bulan. rasa terima kasih yang tak terhingga kepada suami yang melayan isteri mengandung dengan super tip top. begitu terharu bila dikenang.  dari awal mengandung yang diserang alahan dan emosi tak stabil. 2nd trimester yang berselera hebat. dan 3rd trimester yang sentiasa is...

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Assalamualaikum. bertemu kembali. penulis masih belum bersalin dan sedang menunggu hari dengan penuh kesabaran dan perasaan berdebar. lagi 3 hari kandungan dah cukup 37 minggu, consider full term dan baby dah cukup matang untuk dilahirkan. Jadi sementara menunggu baby nak keluar, mari kita kongsikan sedikit pengalaman ibu mengandung ini tentang 'scan baby' sepanjang check up di Klinik Kesihatan.  Baru-baru ni masa kandungan dah genap 36 minggu, adalah kali terakhir ibu tengok baby melalui ultrasound. dan sebelum itu, Klinik Kesihatan scan baby pada usia kandungan 10 minggu dan 29 minggu. Jadi kita start dari scan minggu ke 10. Ibu mula buat buku pink masa kandungan 5 minggu 3 hari. buat awal sebab kandungan pertama, excited nak tau betul ke mengandung. lepas cek UPT +ve bila 10 hari lewat datang bulan. disebabkan ibu memang tak ada masalah period, kalau period datang lambat berbungalah harapan di dalam hati. InsyaAllah hamil. Klinik Kesihatan tak akan scan masa kandun...

Jurugambar Perkahwinan Muar EzyWedStudio

Image
Assalamualaikum. entry ni khas nak share gambar-gambar kawen sahaja. Ok. aku dapat harga yang sangat berpatutan dengan servis untuk hari nikah dan majlis sanding pada dua hari yang berbeza iaitu Jumaat dan Sabtu iaitu harga bawah RM1600.00, cover majlis nikah, majlis sanding dan outdoor. Fotografer ni aku memang tak kenal and dapat contact pun melalui Google je. aku booking 4 bulan awal dari majlis, kebetulan slot tarikh majlis kami masih kosong. kami cuma deal melalui wassap dan email sahaja. tak ada jumpa pun, aku konfiden dengan hasil kerja beliau melalui Facebook Page beliau iaitu EzyWedStudio.  Korang boleh search sendiri, dalam Intagram pun beliau guna nama yang sama jugak EzyWedStudio cuma mungkin beliau jarang post latest update sebab team diorang super busy tetiap minggu ada job. But seriously service sangat bagus, sporting sepanjang majlis dan hasil kerja boleh dapat lepas 2 bulan dari majlis. pantas bukan? customer akan dapat album glass cover, 1 frame gam...

Jodoh dan Rezeki.

Image
  Benarlah jodoh itu rahsia Allah. datanglah sejuta calon pun, kalau dah jodoh kita dengan seseorang, Allah telah sediakan episod pertemuan dan perjalanan menuju perkahwinan melalui jalan yang tidak kita sangka. Tak pernah terfikir akan kawen dengan orang yang berasal jauh dari bumi Kelantan. Tak pernah terfikir juga berjodoh dengan lelaki yang lebih muda 4 tahun. (Nasib baik aku ni awet muda kahkahkah). Kita mula kenal pada tahun 2013, masa tu umur aku dah 26 tahun. Actually dari umur 23 hingga 25 memang aku kerap fikirkan soal jodoh. Siapalah gerangannya kenapalah tak jumpa-jumpa lagi. Then bila aku stop fikir, tak semena-mena ia datang.  Berkahwin di usia 28 tahun pada tahun 2015. Aku panjat rasa syukur Alhamdulillah. Allah beri jodoh pada masa yang tepat, masa kita benar-benar dah sedia.  Allah kurniakan jodoh yang tepat, slow-slow hidup aku jadi tersusun.  Masa aku decide nak kawen tahun 2015, beberapa perkara juga Allah susun dalam hidu...

Perubahan Fizikal Ketika Mengandung.

Image
Assalamualaikum. lama dah kan tak nampak penulis?. this is me pada 33 minggu kehamilan. ada beza ke dengan sebelum pregnant? Sejujurnya aku ni memang dah mengembang sebelum kawen lagi. sejak plan nak kawen (a year b4 wedding date) hati memang riang kuat makan, hati senang lah orang cakap. dari 60kg ke 67kg. plan nak diet sebelum kawen pun kelaut sebab aku baru dapat kerja kerajaan (ofis hour) April 2015. faham-fahamlah kerja menghadap PC, duduk berjam-jam, menternak lemak lah jawabnya jadi perancangan untuk lose weight gagal sama sekali. aku memang kawen masa tengah gemuk. mujur baju wedding yang ditempah tu muat dengan badan. lepas kawen memang aku plan nak terus dapat baby. memandangkan umur aku masa kawen pun dah 28 tahun. beberapa bulan sebelum kawen lagi dah mintak kat Allah agar diperkenankan hasrat nak dapat baby secepat mungkin. Alhamdulillah Allah makbulkan doaku. kalau ikutkan usia kandungan aku sama dengan usia perkahwinan jugak. aku nikah 11/12/2016 and EDD a...

Pregnancy: Cara Kira Gerakan Baby

Assalamualaikum.  Hari ni nak share sikit tentang info dan pengalaman mengandung dalam bab mengira pergerakan baby dalam kandungan. Ok. Biasanya bila dah pregnant 20 minggu dan keatas, mommy dah boleh rasa gerakan baby dalam perut. mula-mula akan rasa slow je macam kena sentuh-sentuh jentik jentik je camtu. tapi apabila kandungan makin membesar iaitu 24 weeks, mommy akan mula rasa kena kick dengan kuat sampai bergoyang-goyang perut.  Klinik Kesihatan akan minta mommy catat pergerakan baby apabila genap kandungan 28 minggu. Ramai yang konfius cara betul nak kira, ok, ini yang aku dapat kongsikan apa yang nurse kat KK tempat aku ajarkan. Cara kira adalah tetapkan waktu dalam sehari tu 12 jam, biasanya dari pukul 9 pagi sampai 9 malam. Gerak baby mesti lebih dari 10x gerakan kuat. So mommy jangan bangun lambat sangat. Hahaha. Let say start jam 9 pagi, fokus untuk rasa pergerakan baby yang paling kuat dan paling lama, kalau boleh yang lebih 20 saat gerakan. dan catat...

Selamat Hari Raya 2016.

Image
Alhamdulillah. tahun ini 1st time beraya sebagai isteri. dah lama berangan nak beraya dengan suami. Ecewaahhh. sebenarnya beraya bertiga, dengan my baby dalam perut dah 7 bulan kandungan. Kalau ikutkan macam dah sarat, tapi gagah je sambut raya. cuma tak ambik gambar je sebab gemuk. Kahkah, tak boleh terima kenyataan. Kami pulang beraya di Muar terlebih dahulu, sampai Muar malam Selasa. aku off day hari Selasa je. so sempatlah bersahur dan berbuka puasa kat rumah mak sehari sebelum raya. Raya pertama cuma husband aku je menantu lelaki yang ada kakak n adik yang dah kawen semua belum balik lagi. so husband dengan abah jela sama-sama pergi solat sunat Hari Raya kat masjid. ini kali pertama husband beraya di Johor.  Baju raya 2 tahun lepas. ada baju baru tapi taknak pakai. Songkok je baru beli kat Giant Muar time malam raya. Samping songket pinjam abah. hahaha. pakai baju raya ni bertahan sampai Zuhur je. lepas Zuhur dah tukar. hahaha. panas katanya. tapi memang agak p...

Pregnancy: Minum Air Gula dan Diabetis Ketika Mengandung

Assalamualaikum. Ok kali ni kita nak sharing sikit entry ilmiah untuk ibu-ibu hamil. Ada banyak persoalan bagi ibu-ibu bila ibu disahkan hamil, antara persoalan yang paling glamer adalah tentang prosedur minum air gula, siapa yang perlu/wajib minum air gula? untuk tujuan apa ada prosedur minum air gula? dan apa yang perlu dilakukan ketika ibu diminta minum air gula.  Ok. ini perkongsian dari Klinik Kesihatan tempat aku cek up. Tak semua ibu hamil perlu minum air gula. Antara faktor ibu-ibu perlu minum air gula adalah: 1. Faktor keturunan, ada sejarah kencing manis dalam ahli keluarga 2. Berat badan berlebihan. Bergantung pada BMI, jika overweight atau obesiti ketika 1st time buat buku. 3. Kenaikan berat badan yang mendadak ketika hamil, iaitu lebih 2kg dalam sebulan.  4. Faktor umur, hamil pada umur 30 tahun ke atas wajib minum air gula walaupun tiada sejarah kencing manis dan tidak obesiti. Tapi ada jugak sesetengah Klinik Kesihatan yang wajibkan minum air ...

Resepi Nasi Goreng Kampung Simple

Image
Bahan-bahan: Sepinggan nasi putih (pinggan besar dan penuh, menu untuk seorang makan) Minyak masak (sesenduk) Segenggam ikan bilis  2 Ulas bawang putih 1 Ulas bawang besar 8 tangkai Cili Padi Sebiji telur ayam Garam dan ajinomoto secukup rasa Cara-cara: Goreng ikan bilis yang telah dibuang kepala. Angkat dan asingkan. Kisar/tumbuk bawang putih, bawang besar, cili padi dan sedikit ikan bilis mentah. Panaskan kuali, tuangkan sesenduk minyak masak. Setelah minyak panas, masukkan bahan kisar. Kacau rata, masukkan garam dan ajinomoto. Masukkan sepinggan nasik putih, Kacau rata. Masukkan telur dan kacau lagi. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng. Gaul rata, dan nasik goreng sedia untuk dihidang.Boleh goreng telur mata kerbau jika rajin. 

6 bulan Perkahwinan.

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah. tak terasa masa berlalu, rupanya dah melepasi setengah tahun tempoh perkahwinan. Thank you suami kerana sudi berhijrah mengikut isteri menetap di bumi Mersing ni. walaupun pada awalnya merancang untuk PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh) tapi saat akhir aku request supaya suami berhenti kerja sebagai chef di Senawang Negeri Sembilan supaya kami boleh duduk bersama mulakan hidup baru bersama-sama di Johor. Ya, suami berhenti kerja 2 hari sebelum kami berkahwin and masa tu suami belum dapat apa-apa tawaran kerja pun kat Mersing. Tapi aku yakin je, rezeki di tangan Allah. dan rezeki ada dimana-mana. Keputusan dibuat setelah fikir masak-masak, disebabkan aku kerja tak tentu masa, weekend pun on call sebab aku bertugas bawah unit Penguatkuasa Jabatan Agama, selalu ada Operasi, and suami pun kerja sebagai chef cuma dapat off day sehari dalam seminggu itupun weekdays, jadi untuk PJJ memang tak praktikal. Tambah pulak dengan kos perjalanan dari Mersing ke S...