Ada Apa Dengan Putrajaya
Salam sejahtera to all readers. Pertama sekali thank you sangat kepada yang beri pandangan tentang my previous entry sama ada yang bagi pendapat di blog, facebook mahupun Twitter. Aku pun dah tengok website semua Telco and rasanya dah berkeputusan nak pilih DiGi Smart Plan. Ok. Kita tinggalkan alkisah postpaid. Cuti-cuti ni penulis nak update lah sikit pasal Putrajaya. Haha. Padahal bukan apa-apa sangat. Just nak kongsi gambar-gambar je.
tempat tinggal penulis, untuk tahun 2012 ni. plan nak duk sini setahun je. sementara masih bujang. ^_^
aiskrim potong pelbagai perisa. my favret dah tentunya kacang merah. 80sen satu. macam mahal. sebab tak puas makan satu je. haha
sepinggan nasik ni berharga RM6. bagi saya ini adalah mahal. kat food court Kompleks Kejiranan Putrajaya. cukup sekali je makan tengah hari kat sini.
aiskrim ni pun nak try sekali ni je. bukanlah sedap sangat-sangat. tapi macam feel macam sedap sangat sebab agak mahal banding dengan aiskrim lain. 3.90 each.
beli nasi lemak pagi hujung minggu. nasik lemak biasa rm1.50sen. not bad. pakcik yang jual nasik lemak ni baik je air muka dia. hehe
apa tah nama benda ni. otak-otak2 ke sata? 70sen setiap satu. makan kat presint 14. nama kedai dia Ramai Seafood. rupanya ada kedai style camni kat Putrajaya. memang ramai yang datang.
so bolehlah order makan style macam kedai makan kat KL. nasik putih dengan tomyam campur RM5.70.
dan yang paling common, jambatan Putrajaya. ramai lepak sini malam minggu. sesekali melepak bolehlah. sementara masih bujang ni. Kahkah!
oklah. setakat itu saja update kali ini. daaaa.
Comments