semanis kuih kole kacang.


Hi readers. salam nisfu Ramadhan. sudah setengah bulan.  lagi setengah bulan. aku bukan counting hari raya lah. sebab kemeriahan raya semakin tidak mendapat tempat dalam jiwa aku. dewasa ini, aku memikirkan lebih banyakkkk hal lain yang lebih utama dari persiapan raya. cuma hari raya memang menjadi hari ulangtahun berkumpul sanak saudara. yang itu best. 




kuih kole kacang.


siapa tak pernah makan kuih ini dia rugi. sebab kuih ini adalah sangat sedap. walaupun manis, tapi bila kita makan, paling banyak pun kita akan makan 3 ketul sahaja. sebab kuih ini tidak sesuai dimakan banyak-banyak sampai satu dulang, kuih ini tak sama macam makan kuih karipap yang boleh dimakan sampai 10ketul selamba. kuih ini hanya makan tahap secukup rasa, tapi biarpun makan ia cuma sedikit tapi sangat memuaskan perasaan. kuih ini sweet sangat. kuih paling sweet dalam hidup aku. 

nak ceritanya, my mom tak pernah pun buat kuih ni. jadi aku berkenalan dengan kuih ni sebab jiran masa darjah 5 dulu jual kuih kat pasar malam. and kuih ni salah satunya yang dia buat dan sedap gila. sampai sekarang terkenang. aku beli kuih ni dekat rumah dia je. kejap ingat balik apa nama jiran aku tu ya. haaa. Cik Nab nama dia. suaminya nama Encik Halim. anak bongsu dia nama Nani. selalu Nani datang rumah kami lepas tu berceloteh kat tangga dengan adik aku. celoteh macam mak nenek. tapi fasih walaupun baru umur 3 tahun. (pada tahun 1998). comel sangat.!

aku memang tak tau macam mana nak buat kuih ni. everytime teringin memang aku beli je. dulu di tahun 1998, kuih ni aku beli dengan harga 20sen. sekarang aku duk KL, kuih ni aku beli dengan harga 50 sen. mujur kuih ini sweet, makan sikit dah rasa puas. jadi beli 3 pun dah cukup. mahal nya kuih kat KL 50 sen. rasa macam bila nak beli kuih tu kan, nak cakap kat peniaga tu, "saya nak beli seketul je kuih ni..." pastu pegi kat peniaga kuih lain beli pulak lagi seketul, dan begitulah seterusnya. biar diorang rugi plastik. wakaka!



p/s:- my mr.kingkong sebenarnya sweet macam kuih kole kacang. tak banyak pun yang dia lakukan dalam perhubungan kami, tapi setiap apa yang dia lakukan, adalah begitu manis. kekal dalam ingatan.


thanks sudi baca. =)

Comments

kaizen said…
kuih ni mmg sedap tp lagi sedap kalo tuan blog buat n bg free kat sy...hehehe
Satu je aku tak suka, taik minyak atas kole kacang ni.. Haha.. Pada hal itulah yang menyedapkan dia kot.. Kan? Kecik-kecik dulu, kalau duduk rumah nenek, memang selalu tengok nenek aku wat kole kacang ni.. Sampai berloyang-loyang sebab nak wat meniaga kat warung..
May Maisarah said…
Manis kan kuehhh ni...bak sini ckittt!!!! =))
Bob Merley said…
kolleh kacang!!!
Whoopz said…
ni la satu2nya kuih yg gwa suke.. Smlm beli, 3 singgit.. :)
Adziim said…
aku x pnh try mkn kot...
aamalinaazman said…
hhehee
ni kueh peveret mak teman nih!=)
abghani said…
kueh ni kt johor byk.
salam ramadan 2 u....i folow yr blog
Shahada Fauzi said…
uiii..sedap tu!lama tak makan..nak pergi membeli kat bazar memang idok le nak pergi..
Unknown said…
i like kole kacang
m said…
mcm best je =)

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S