masak-masak:- my first rendang and kuah kacang


Hi readers, Salam Ramadhan. 


seperti yang dirancang, semalam, penulis telah berjaya menghasilkan rendang ayam dan kuah kacang yang pertama dalam hidup. disebabkan ianya adalah pertama kali, maka wajib kita catatkan pengalaman tersebut dalam blog. akan datang boleh tunjukkan dekat my kids, "mama sebelum kawen lagi dah pernah masak rendang and kuah kacang sendiri, percubaan di bulan puasa pulak tu. ingat tak terer?"

cikgu memasak, dah tentulah my mom. sebelum ni pun memang banyak kali tolong-tolong emak memasak rendang and kuah kacang. tapi kalau dekat rumah emak biasalah, 50-50. mak masak 50%, anak sudahkan masak 50%. macam tak boleh dibanggakan kalau cuma tolong-tolong. nak kena masak sendiri. baru tau senang ke susah. kan?

so malam Sabtu aku pun gigih call emak mintak resipi.  alah. resipi dia bukan susah sangat pun. cuma step masak yang aku nak tau. aku ambik resipi asas je. tak accurate sangat bab berapa bijik bawang, berapa tangkai cili merah, semua ingredients memang ada, tapi sukatan dia tak accurate, sebab ini adalah percubaan pertama. apa yang penting, tahu basic.

dan mari kita lihat apakah rupa rendang ayam dan kuah kacang tersebut. lulus atau tidak?




rendang ayam

tadaaaa, inilah rendang ayam pertama yang berjaya aku masak. setelah post mortem dijalankan, rendang ini berupa begini kerana kurangnya santan, dan kurang cili kering. sebab aku letak cili kering blender and cili api tumbuk. so kaler dia tak merah. and aku guna kerisik yang in packet siap. akan datang kalau masak rendang aku tau dah apa yang patut aku buat, supaya bahan dia balance. dan rendang ini dah cukup bagus untuk orang yang baru 1st time try masak rendang, sila percaya.





kuah kacang

kuah kacang yang mendapat pujian my sister, dia cakap sedap. bangga weh. bangga. orang puasa dapat masak kuah kacang pertama dengan sukses. mulanya nervous gak takut tak sedap sebab aku main agak-agak je letak air asam jawa, gula and garam then nasib baiklah rasa dia balance. (secukup rasa). tak perlu banyak kali letak-letak garam gula. sekali je letak. haaaa. kan terer tu. *kredit to my sister sebab tolong tumbuk sepinggan kacang goreng. tugas my sister tumbuk-tumbuk je semalam, yang lain aku handle seorang.





dan inilah dia menu buka puasa semalam, dimasak dengan kegigihan selepas pulang dari Jalan TAR. bab rebus nasik impit tak payah story lah. budak darjah 6 pun terer rebus nasik impit. memang aku sengaja masak ala-ala menu raya sebab teringin gila. teringin sangat nak makan, tapi nak makan puas-puas. so kenalah masak sendiri. kalau beli dah tentu tak puas. lagipun mana nak order nasik impit kuah kacang kat kedai makan?.. ada ke jual? bazaar Ramadhan pun aku tak sure ada ke tak menu ni. Hehe




bila dah hadap sepinggan ini, dalam hati cakap kalau ada sayur lodeh dah tentu best. memang real punya juadah raya bagi kami orang negeri Johor. kalau hari raya mengadap juadah begini sampai raya ke-5 pun aku tak jemu. sebab ini memang juadah paling favret dalam hidup. kalah Kepsi Mekdi semua. tak boleh lawan punya. 


*semalam lepas Isya' emak call, beliau tanya jadi ke rendang ayam and kuah kacang tu?.. haha. mestilah jadi. anak mak kan terer! cuma hasilnya memang tak boleh lawan tauke lah kan. mesti emak masak lagi sedap.

*gambar guna handphone my sister, gambar dari kamera ada tapi malas nak transfer. 


p/s: rendang ayam and kuah kacang masih ada dalam peti. so maknanya petang ni aku boleh goyang kaki. panaskan je. 


Comments

una berry said…
tahniah!
lepas ni tayang sayur lodeh pula :)
Shahada Fauzi said…
ok..terliur pulak tengok..nanti mahu masak jugak la nasi himpit beserta lauk2nya yg begini..
Awalnya rayaaaaa!!! :))

Ada satay pun menarik ni kannn.. Hehe..

Tahniah babe!!
ILA HonEyBuNNy said…
lulus dah la tu kan masak rendang dah kuah kacang..hehe

nyum3...nak sikit...hehe
Daddylicious said…
peh...pandai yer memasak...
Intanberlian said…
sedapnye. den terliur tgk.uhuk.nak mak masak!!!

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S