review filem:- Captain America.

hi readers.

dah lama blog ni menyepi daripada sebarang review filem. sebenarnya banyak filem yang ditonton tidak direview kerana selalunya penulis macam dah terlambat tengok, so malu nak buat review bila semua orang pun dah buat review. 

kali ini, macam tercepat sikit lah menonton filem ini. so. buat lah review. kot la ada yang rindu slot review penulis pinggiran ini.

review filem Captain America:-

diadaptasikan dari kartun bergenrekan superhero. penyelamat Amerika sekitar tahun 1940. dimana ketika ini style rambut sang heroin adalah blonde, ikal, berkulit putih, dan lipstik mesti merah gelap. alaaa. zaman dulu-dulu.

Steve, seorang lelaki muda, yang berjiwa murni mahu menyertai pasukan askar demi cintakan negara, tetapi secara fizikalnya beliau tidak layak, kerana kurang ketinggian, kurang berat badan, dan...beliau juga penghidap asma.

nasib beliau berubah apabila perbualan beliau dengan rakan baiknya tentang mengapa beliau ingin menyertai askar didengari oleh seorang saintis. lalu beliau diberi peluang. menjalani latihan ketenteraan, dan disinilah beliau bertemu... sang heroin.

Steve dijadikan bahan eksperimen beberapa serum tertentu, dan hasilnya beliau 100% berubah secara fizikal. lebih tinggi, tegap, handsome, dan gagah. malah kelihatan lebih hebat dari kesemua askar yang sedia ada. dan apalagi, pastilah heroin jatuh cinta. Lol

Steve tidak terus menjalani hidup sebagai askar, akan tetapi terpaksa menjalani hidup sebagai watak superhero dalam persembahan pentas, memakai kostum, menyanyi sambil diiringi penari-penari. dan disinilah watak Captain America bermula.

perkhabaran tentang rakan baiknya mungkin mati didalam tahanan Hydra (organisasi gila kuasa yang mahu menguasai dunia), Steve bertekad meninggalkan pementasan dan kembali kepada cita-cita asal beliau, berjuang di dalam peperangan, menumpaskan Hydra dan membebaskan rakan-rakan askar yang menjadi tawanan. dan bermulalah kehidupan sebenar Captain America di dunia realiti. 

dapatkah Hydra ditumpaskan? apakah kesudahan kisah cinta Captain America bersama heroinnya? Jeng.jeng.jeng. haaa. yang itu kenalah tonton sendiri.


overall, Captain America bukanlah filem yang gempak macam Transformers. tapi filem aksi yang boleh tahan menghiburkan. ada banyak humor, dan Captain America sebenarnya berwatak comel. (bukan sahaja handsome macho). comel sebab kelakar bersahaja. boleh bagi 7/10. 

*nak tau tak, Captain America punya watak bersahaja beserta mimik muka dia tu ada macam reaksi my mr.kingkong sikit-sikit. selalu spontan, dan gaya bercakap pun ada sama. aduh. serius terbayang mr.kingkong masa tengok citer ni. Lol.

*aku tengok citer ni dengan my friend, kat Summit USJ, time nak balik, tiket parking hilang walaupun kami dah bayar. and my friend selamba cilok jalan kereta depan. oleh sebab kereta depan slow je gerak. makanya time kami cilok, gedegang jugaklah penghadang tu kena bumbung kereta. my friend cakap, peduli apa cctv ada ke apa. Lol.


p/s: musim puasa, turut berpuasa dari tengok wayang. =)

Comments

James Alexander said…
oh begitu...

akan ditonton di masa yg lapang akan datang...
Unknown said…
belum tonton :(
ILA HonEyBuNNy said…
sama la..

ila pun xtgk lagi...

hehe..betul tu...puasa xleh tgk wayang la..hormati ramadhan...
Adziim said…
kesian kereta jadi mangsa.

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S