manusia itu....boleh berubah.

kita semua memang boleh berubah, mungkin susah, tapi bukan mustahil sekiranya kita mahu mencuba. satu-satunya penghalang besar kepada perubahan adalah diri sendiri.

seorang yang pasif pernah bertanya, 'macam mana nak bercakap dengan orang, sedangkan saya begitu pendiam, saya sukar diajak berbual, malahan sukar juga untuk ketawa'.

apabila di suggest kan begitu begini. dia asyik kata tak boleh, katanya dia memang semulajadi sudah begitu. pasif dan pendiam.

bagaimana kita boleh berubah sedangkan kita sendiri yang gemar berdalih dan tak pernah mencuba?


keep on trying!


kita asyik bertanya bagaimana dan bagaimana caranya berubah. sayangnya, berapa kali sebenarnya kita mencuba?


apa salahnya berubah kerana orang lain?

- bukan soal tak ikhlas, cuba fikirkan, asalkan perubahan itu ke arah yang lebih baik, doesnt matter la kerana siapa pun. mulanya mungkin kerana orang lain (someone special ke apa). tapi lama-kelamaan, kita sendiri akan sukakan perubahan itu jika ianya memberi kebaikan kepada semua orang.


jadi diri sendiri.

- tapi bukan bermaksud kita tidak boleh berubah. cuma jangan bersikap hipokrit. sesekali, apa salahnya kalau kita tidak 'berdegil'. cuba jadi fleksibel.


egois

- apa sangat nak jaga ego/ air muka. bukan semestinya boleh bahagia.



walaupun tarzan itu mungkin manusia, tetapi manusia bukanlah tarzan. kita tidak hidup bersama orang utan, kerana hidup adalah sesama manusia, harus cuba belajar mengurus ego dan cuba berubah menjadi lebih baik.

again, mungkin susah, tapi bukanlah mustahil.







Comments

Hafiz Yusof said…
terima kasih..nasihat yang bagus
Unknown said…
betul3.
kalo berubah biarlah ikhlas,berubah ke arah baik.
=)
sani tensai said…
2 la...mmg boleh berubah...hua2
.::WaNiE::. said…
ye lah sarah,
nasihat yang bagus :)

kita hidup sesama manusia jadi kene toleransi :)
Anonymous said…
aku lak bercakap tp x diam
haha
Kujie said…
kadang2 dia bukan nak sgt nasihat, cuma nak luahkan perasaan je... sebb tu dia akan mati matian mempertahankan pendapatnya walaupun salah
meo188 said…
wah... betui2...
Cik Akma said…
yuppp yg penting jgn hipokrit. haizzzz jadi diri sendiri lg bagus la. huhu~
perubahan macam konsep piramid, kita kena berubah pada satu peringkat. jangan berubah peringkat terlalu tinggi dengan cepat, takut nanti pada tingkat pertengahan kita akan jatuh sebab memaksa diri berubah hingga hilang jati diri..adik ku
ILA HonEyBuNNy said…
setuju sgt....jd lah dri sendri n berubah kerna allah...

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S