emosi:- si pendiam lebih merbahaya?

si pendiam yang dimaksudkan bukan merujuk kepada orang yang jarang bercakap, tetapi lebih kepada orang yang 'no response'. always bibirnya menyebut, 'ok' at all.

orang yang kurang bercakap sebenarnya ada bagusnya. kalau banyak bercakap tapi percakapannya banyak menyakitkan hati tak guna jugak. yang seperti itu kalau di cili mulutnya memang indah sekali. HAHAHA!

berbalik pada tajuk, perasan tak? mereka yang selalu ada masalah psikologi, kebanyakkannya adalah si pendiam. si pendiam ini biasanya 'no comment' atas segala perkara. senang kata, golongan ini nampak macam 'tak kisah'. semua macam orait. sedangkan dalam hati dia. langsung kita tak tahu.

si pendiam yang tidak bereaksi. yang always no respon adalah sukar dibaca hatinya. kita tidak tahu. benarkah dia diam itu tandanya dia redha. atau diamnya dia tetapi menyimpan dendam.

emosi itu adalah fitrah manusia. mengekspresikan emosi itu perlu. supaya kita sihat selalu. tidak stress diam-diam sehingga memakan diri sendiri, akan tetapi,  emosional selalu adalah menyampah. mind you!

makin lama kita meniti hidup, kita harus semakin bijak mengekspresikan emosi. bagaimana bereaksi dengan yang lebih tua, yang hampir sebaya, mahupun  yang lebih muda adalah berbeza. oh ya. remember this! -> jangan sesekali 'over emo' dengan parents. sebab kita tak layak berbuat begitu. kalau tak setuju or nak protes, lakukan dengan bijaksana. senang kata, 'jangan kurang ajar'.

dalam memberi respon, elakkan daripada berpura-pura. tak perlu hipokrit. sekali kita berpura-pura, kita akan terus terjerat dalam kepura-puraan, then lama-lama mulalah rasa tension. then mulalah perang saraf. so, kalau sesuatu itu kita tidak suka. katakan saja yang kita tidak suka. biar jelas. demi mengelakkan salah faham.



ikut hati mati, ikut rasa binasa. fikir-fikirkan.



p/s: siapa ada penambahan dalam topik ini, jangan malu-malu berkongsi. =)




Comments

setuju ape ko kate kan...
hehehehe...
aisHa 'S' said…
wah...mcm bt research plak yer...
haha...
mmg betul..
kalo pendiam ni sgt merbahaya...
oh ya..
part pendam tu mmg mkn diri..
sakit sorang2..
sape pn xtau..
jgn sampai tahap jd mental...
tu da kritikal.
suara said…
org sebegini ialah org yg suka mengelak konflik. Mungkin respond begitu terhasil akibat pengalaman lepas... terutama dengan org yg pernah memberikan reaksi yang dia tak senang.

Wujudnya org sebegini ada bagusnya... terutama dlm menjaga keharmonian hubungan. Namun jangan pula ada yang mengambil kesempatan. Sebab jika terusan menangguk di air keruh, pasti akan ada kejutan yg merentap jiwa sehingga luluh.
Hafiz Yusof said…
betul juga..

kan ader kes yg kat luar negara tu..

pendiam..rupanya mental..

pas tu bunuh org lepaskan tekanan
.::WaNiE::. said…
betul, kalau kita start dgn berpura2 lama kita letih sendiri dgn kepuraan tu
sani tensai said…
demi mengelak salah paham kan...2 la...huhu
farhana said…
Org yg biasanya diam ni..
sekali bersuara..ambik kau, pedas ayatnya!!!
deus X machina said…
setuju dgn komen dr farhana
bahaya kalau org diam tiba2 bersuara nih
Unknown said…
rasenye dalam hidup aku dah buat 2 kali ikut hati binasa.

tapi kita belajar dari kesilapan kan.
Aku mcm ade iras2 msalah ni sket.. Hehehehe.. Aku jenis pape kalau orang tanye, aku cakap okey jek.. Sedap jek.. Layan jek.. Hahahaha.. Sbb aku jenis malas nak pikir kot.. Ahaks..
Cik Akma said…
agreed! btw i x suke sgt owg yg pendam2 perasaan ni. kalo terasa juz tell us. huhu~
Ariff Shah said…
aku pendiam gak. hehe~ tapi takdelah sampai tak beremosi
farR said…
currently ade masalah ngn guy yg mcm ni.. always ok ok..pape la.. x paham..
i pon rase mcm bagus..x byk yg nk digado..tp same je la..u akan gado gak..haih. lagi die x byk ckp, lagi u rase nk tekan2..padehal u x berniat pon..tp u pon tertekan kot..
best way..is not to get entangled with this kind of guy actually..pening la

nway first time commenting! nice post.
tapi ada juga lelaki atau perempuan tetiba diam dulu banyak bercakap setiap kali berjumpa. itu maknanya masing masing ada hati dan perasaan cinta cuma tak mahu meluahkan ..
sharamli said…
saya budak pendiam...heee
Anonymous said…
ak jnis pendiam tp lau jmpe.krng yg jnis peramah.akh.pulak.lebh sudu.drpd.garpu

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S