Berkunjung ke LIMA'15 Langkawi



Assalamualaikum dan hi readers. Baru-baru ini telah berlangsungnya LIMA'15 Langkawi iaitu Langkawi International Maritime &Aero space Exhibition iaitu pada 17 Mac 2015 hingga 21 Mac 2015 di kawasan lapangan terbang Langkawi, Kedah.

Setelah beberapa kali LIMA diadakan di Malaysia, Alhamdulillah kali ini aku berpeluang untuk menyaksikan sendiri show begini di depan mata. dan lawatan ini telah ditaja sepenuhnya oleh ibu bapaku. Alhamdulillah rezeki. kebetulan diorang diajak oleh jiran kami. maka aku berpeluang turut serta memandangkan aku pun telah berhenti kerja dan bercuti panjang sementara menunggu surat panggilan dari SPA Johor.



Sedikit info berguna sekiranya anda ingin berkunjung ke LIMA Langkawi:-

  1. show bermula jam 11 pagi atau 12 tengah hari, bergantung kepada jadual penerbangan domestik flight di Langkawi. selesai semua penerbangan berlepas dan mendarat, maka barulah show LIMA dimulakan. 
  2. sekiranya ingin menonton show di kawasan sekitar lapangan terbang, sila datang awal untuk mengelakkan kesukaran mencari tapak letak kereta. datang pukul 10 pagi dah okay. carilah port yang sesuai. kami cari port berdekatan gerai jualan so boleh makan minum jika lapar dan haus. kalau dah bawa bekal sendiri, bolehlah lepak dimana-mana. lagi elok kalau bawa tikar. jika nak berkelah sekali.
  3. cuaca agak panas terik walaupun seawal 10 pagi, apatah lagi kalau dah tengah hari, disarankan bawa payung seorang satu, atau pakai topi dan sunglasses. bawa juga bekal air mineral. sebab show ni berjam-jam jugak. kalau nak tengok puas-puas, selesakan diri dengan membawa keperluan tersebut.
  4. pengunjung boleh solat Zuhur/Asar di Masjid Balai Polis berhadapan padang terdekat kawasan airport. boleh juga menggunakan toilet di masjid, tapi pastikan mendapat kebenaran polis yang menjaga gate balai polis tersebut.




ini adalah kawasan tempat kami parking dan tengok show. 


kami sarapan di area gerai lori 'Laksa Ikan Sekoq'. sini sangat redup dan berangin sebab terlindung pokok. meja dan kerusi disediakan. laksa sangat sedap. memang taste aku. kuah pekat dan tak pedas, kalau nak pedas boleh request extra cili potong. selain laksa, ada juga makanan lain seperti pasembor dan rojak mee. 


kami pergi masa hari pertama LIMA'15. Oleh sebab kami nak balik hari itu jugak, so tak berkesempatan nak tengok show maritim. untuk pengetahuan, terdapat pameran dan banyak lagi aktiviti lain di dalam kawasan airport, tapi tak semudahnya boleh masuk ke dalam, mungkin ada dikenakan bayaran dan sebagainya. untuk show aerospace ni memang dari jauh pun boleh nampak. Alhamdulillah seronok. tak sangka dapat jugak berkunjung ke LIMA'15. Sebelum ni tengok dalam tv je.


Untuk itu. sekian saja entry kali ini. semoga bermanfaat.

Comments

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S