IOI City Mall Putrajaya
rasanya ramai yang dah maklum tentang kewujudan Mall baru ini berhampiran Putrajaya iaitu IOI City Mall Putrajaya. sebenarnya dah lama dah kami ke sini. dalam sebulan selepas mall ini dibuka untuk orang ramai. tapi baru kali ini nak share tentangnya dalam blog. kalau on the way dari Putrajaya, makan masa dalam 15 minit sahaja dah sampai. at that time kami pergi memang ramai sangat orang and parking dia masa tu belum berapa teratur lagi so jem dekat parking. tapi sebab masa tu parking masih free, so tak apalah.
dari tepi jalan lagi dah jem nak parking. ini yang masa baru-baru opening la. now taktau macam mana keadaannya. mungkin dah okay. actually masa kami pergi sini, time tu masih banyak lagi kedai yang belum beroperasi. Magnum punya kedai aiskrim pun tak bukak lagi masa ni. tapi IOI City Mall ni memang besar, lagi luas dari Alamanda. kedai makan pun lagi banyak pilihan and of course pengunjung pun lagilah ramai. macam semut.
masa kami pergi ni bulan Disember 2014, nak cari kasut untuk pergi wedding bakal abang ipar I. sebenarnya bukanlah beli kasut untuk ke wedding tapi memang kasut yang ada masa tu dah putus so kita belilah baru. kononnya nak jalan ke IOI City Mall so alang-alang tu mestilah shopping sesuatu.
so grab lah sepasang itu pun jenuh nak pilih, yang berkenan tak ada size and yang ada size tak berkenan. last-last si peneman dah bosan so ambik jelah yang paling sesuai tapi Alhamdulillah okay je sebenarnya.
lepas shopping perut pun lapar kan. jadi carilah makanan yang boleh dimakan, tapi teman I itu taknak makan fastfood. nak makan nasik. mulanya nak makan The Chicken Rice Shop tapi aku tak minat sangat menu dia. so carik kedai lain yang ada nasik goreng ke nasik lemak ke then jumpa lah Teh Tarik Place. so here we go. masa tu dah lunch hour memang fullhouse. sampai kena tunggu orang siap makan untuk dapatkan table.
makan berdua dalam 30 ringgit sekali dengan service charge and tax. teh tarik ais dia sedap gila. memang padan dengan nama kedai Teh Tarik Place. aku order nasik goreng, dan beliau order nasik lemak. not bad bagi aku sedap je cuma ayam tu over cook macam hangus sikit. tapi okay jela dah lapar makan habis licin jugak.
katanya IOI City Mall ni ada jugak Ice Skating tapi aku pun tak sempat pusing habis sebab kaki dah lenguh. memang terpusing-pusing jugak 1st time masuk dalam mall ni, sampai bila nak balik and cari parking boleh bergaduh sikit sebab tak ingat tadinya masuk ikut pintu mana. aku selalu perasan aku ni betul padahal salah. hahaha.
after all, IOI City Mall ni sama je macam mall mana-mana yang besar-besar macam MidValley and One Utama tu. cuma dekat la untuk orang sekitar Putrajaya ni nak berjimba buang-buang masa atau berhabis duit kat sini. untuk itu, sekian.
Comments