plez welcome, 'teman baru'.





Khamis ini hidup aku bakal berubah wajah. sebab aku akan mendapat teman baru, kawan baru. dan istilah lebih tepat lagi adalah roomate. yeah. kalau difikirkan selama 3 bulan ini aku hidup tanpa roomate sebenarnya bukanlah satu masalah. memang selesa duduk seorang. cumanya setelah difikirkan masak-masak. aku rasa aku perlukan seorang kawan rapat, yang aku boleh ajak turun bawah pergi kedai makan, ajak keluar jalan round KL dan sebagainya. tak dinafikan, mungkin boleh buat aku lupa untuk menghitung hari, dah berapa lama aku tak jumpa si dia. Ah!. balik-balik si dia lagi Pffttttt boringlah masuk blog ni Muahaha!

Selain itu, dengan adanya roomate maka dapatlah menjimatkan duit sewa untuk bilik aku ni. yes, dari mula lagi, aku memang request kat tuan rumah single bed yang ada dua tilam. (rujuk gambar di atas). mulanya macam konon sebab sometimes adik aku yang kat PPUM tu mungkin akan datang sekali sekala. tapi bila aku timbang balik. dalam sebulan mungkin cuma sekali je dia datang. apa ada hal kalau kongsi katil dengan aku. that's why lah aku pun bertukar fikiran, biarlah aku ada roomate. and dah nak dekat Ramadhan ni. bagus kalau boleh share makanan sahur ke berbuka ke. apa yang penting. kerjasama. :p

cerita sikit pasal rumah, sebenarnya kami masing-masing lebih kepada menyewa bilik dengan tuan rumah. so masing-masing akan bayar secara berasingan. harga bilik berbeza ikut saiz bilik. so ikut keselesaan akulah sama ada aku nak roomate ke tidak. penyewa bilik lain tak boleh say No. sebab masing-masing bayar secara asing. cuma bagusnya owner rumah ni sediakan semua kelengkapan rumah. semua penyewa boleh guna barang-barang yang owner provide. tv astro, sofa, fridge, gas stove, washing machine, water heater. dan juga single bed n wardrobe di bilik masing-masing. bila aku ada housemate nanti, aku cuma perlu bayar semua kemudahan ini dengan harga RM140 sebulan. (termasuk bil-bil). well, berbaloi bukan?

ok. bercakap pasal housemates pula, mereka kesemuanya kerja swasta. and masing-masing cuma off day hari Ahad sahaja. dan kesemua mereka ni umur lebih kurang aku, 23 nak masuk 24 tahun. tapi itulah, masing-masing suka memeruk di dalam bilik je bila balik kerja (online Facebook/main sms dengan bf/bergayut telefon dengan emak masing-masing) ntahlah. that's y aku rasa macam sunyi-sunyi. kadang-kadang konfius. rumah ni ada orang ke tak ni. sonyap yo. tapi tak apa. semua ini bakal berubah bila aku ada teman sebilik kelak. at least ada jugak kawan yang boleh aku cerita kat dia bahawa aku rindukan mr.Kingkong. eh, mr.Kingkong lagi. asyik pasal dia je. Ahhh sudahlah!, baca blog ni memang boringlah Pfftttt!



Comments

Shahada Fauzi said…
semoga dapat teman bilik yang sekepala..yg tu sebenarnye yg penting..^_^
HAFIZAL said…
berbaloi-baloi
Whoopz said…
selamat berteman baru.. Nampak sgt rindu mr kingk0ng.. Heheh
beautiful_rose said…
bestnye banyak kemudahan di sediakan.harga pun berpatutan.



hope dpt member sebilik y sekepala.
semoga dapat roommate yang sekepala. :)
Nobita Sensei said…
kirim salam pada 'teman baru' itu.
violetless said…
cari rumate yang betul2 ngamm..tak ngam nanti lagi susah...bilik rasa macam dok dalam apa ja nanti.
Unknown said…
ade roomate leh gak ade teman borak kan? hee :)
KuNanGKuNanG said…
follow blog ni...wah..ada teman xla sunyi..sy pn dok sorang..cakap ngan dinding je la..huhu
Azwa Mohamad said…
best ada roommate tapi yang sekepala la ;)
Ur Other Half said…
dh keje pun ade housemate? best gak 2.aie duk sorg2 jer.. mls nk duk ngn kwn2 cz xske bising.kehkehkeh
Hanis Azla said…
bila berteman selalunya lebih seronok dari berseorangan.. harap2 dapat yg sekepala nnt.. Salam kenal yer.. Thanks sudi singgah ke blog akak..

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..